Memaparkan catatan dengan label Duit Rakyat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Duit Rakyat. Papar semua catatan

Isnin, 24 November 2014

PEMBANGKANG DI SELANGOR DAPAT KEISTIMEWAAN


Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM2.4 juta bagi memberi peruntukan sebanyak RM200,000 setahun kepada setiap 12 orang wakil rakyat BN mulai tahun depan. MB Selangor, Azmin Ali berkata di sini, peruntukan kerajaan negeri kepada wakil rakyat BN itu pertama kali dilaksanakan di Selangor. Semasa membentangkan belanjawan 2015 hari ini, Menteri Besar itu berkata, peruntukan itu diberi bagi tujuan Program Mesra Rakyat serta meningkatkan khidmat wakil rakyat kepada rakyat dan menjamin prinsip demokrasi.

YANG JADI MANGSANYA ADALAH RAKYAT..?

Putrajaya terus lupus hutang, ‘bail out’ syarikat, kata Rafizi Ahli Parlimen Pandan itu berkata, terbaru Putrajaya cuba memasukkan dua usul oleh Kementerian Kewangan dalam urusan kerajaan persekutuan di Parlimen hari ini dengan menukarkan hutang dua anak syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan bernilai RM876 juta kepada ekuiti.
"Ini bermakna, hutang anak-anak syarikat milik kerajaan itu dihapuskan begitu sahaja dengan menukarkannya kepada pegangan saham atau ekuiti," kata setiausaha agung PKR itu DI SINI.
Tindakan menghapus hutang secara sembunyi mengakibatkan rakyat terus dibebankan dengan kos sara hidup, 

Sabtu, 12 November 2011

BERITA DUNIA: LEMBU MALAYA DAH DUDUK KONDO BERHARGA RM9 JUTA?




Ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengakui bahawa syarikat National Livestock and Meat Corporation yang dimiliki anggota keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil telah membeli unit apartmen mewah One Menerung di Bangsar, dilaporkan dengan bayaran sebanyak RM9.8 juta katsini...


Pembelian kondominium itu dibuat supaya NLMC mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh National Feedlot Corporation mengalami kelewatan operasi, kata ahli parlimen Rembau itu dalam tulisan di blognya, rembau.net.


HAHAHAHAHAHAHAHAHA.... ini bukan soal untuk mendapatkan pelaburan bahalol..!! SOALNYA PERUNTUKAN ITU DISALAH GUNAKAN, DALAM ERTI KATA 'SUDAH PECAH AMANAH'..... RAKYAT SEDANG LIHAT DAN TUNGGU APA KATA SPRM ..??

Rabu, 3 Jun 2009

Mari Kita Tengok, SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL


"SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BN" biasanya ditulis dipapan tanda projek-projek dibawah pemerintahan kerajaan BN tak kira samada projek kecil mahupun projek mega. Papan-papan tanda tersebut adalah untuk menunjukkan hanya kerajaan Barisan Nasional sahaja yang berkemampuan memberikan pembangunan kepada rakyat.
Namun dalam perlaksanaan projek, kejujuran memainkan peranan ke arah sesuatu kejayaan untuk mecapai matlamat yang sebenarnya. Tanpa kejujuran dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab akhirnya duit rakyat bernilai RM292 juta untuk sebuah pembangunan projek mega akhirnya runtuh di Gong Badak yang mengakibatkan kemusnahannya 50 peratus daripada strukturnya musnah. Amat memalukan negara, kata Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor.
Sementara itu, kerajaan negeri pula akan melantik perunding bebas yang benar-benar berkemampuan dan mendapatkan maklumat dari Jabatan Kerja Raya bagi mengenalpasti punca kejadian yang mana kerugian dianggar RM25 juta. Kerajaan negeri dijangka terpaksa pula menambah kos untuk perunding bebas dari luar negara. Begitulah kaedahnya duit rakyat dibelanjakan hasil dari 'SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL". Apa lagi SPRM tunggu..??

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN