Isnin, 16 November 2009

SPR TIDAK DAPAT MENGATASI KUASA SPEAKER DUN ???

Speaker DUN Negeri Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail akhirnya berjaya memfailkan semakan kehakiman pada 1 Oktober lalu setelah SPR membuat keputusan tidak berlaku kekosongan dalam kerusi DUN Kota Siputeh. Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu, Abu Hassan tidak dibenarkan daripada menghadiri persidangan DUN esok.

Keputusan Abdul Isa memecat Ketua UMNO Bhg. Jerlun itu memang ada asasnya mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah dan wakil rakyat tersebut gagal menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut serta tidak mempunyai alasan yang munasabah seperti yang diminta. Bagaimanapun, sebelum itu, SPR dan beberapa pemimpin tertinggi UMNO telah mengarahkan Abu Hassan tetap akan menghadiri sidang DUN dan mengekalkan beliau sebagai Wakil Rakyat.

Namun Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin telah menegaskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak secara tidak wajar meskipun beliau bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan, namun beliau berpendapat SPR tidak dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah. Alhamdulillah dalam kes ini pihak mahkamah sebenarnya telah berjaya memelihara institusi sesebuah DUN dan kuasa Speaker.

Namun dalam hal ini berlainan pulak seperti apa yang berlaku dalam DUN Perak dahulu, dimana Hakim Alauddin telah membuat keputusan yang mencipta sejarah dengan memerintahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi tersebut dan bukan Speaker DUN Perak S. Sivakumar. Beliau berpendapat bahawa tafsiran Perkara 36 (5) Perlembagaan Perak, yang dibaca bersama Seksyen 12 (3) Akta Pilihanraya 1958, bermaksud SPR merupakan entiti sah untuk menentukan jika wujud kekosongan kerusi DUN Perak.

Mahkamah tersebut buat pertama kali telah memutuskan bahawa ia mempunyai bidang kuasa untuk mentafsir isu perlembagaan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak bagi menjelaskan pertikaian sama ada Speaker DUN atau SPR berhak menentukan kekosongan tiga kerusi DUN di negeri itu. Mana satu yang betul ni, SPR atau Speaker?? Wallahuaalam.

Tiada ulasan:

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN