Khamis, 26 Mac 2009

SAAT GETIR SHARIZAT DAN KJ BERAKHIR

Dato Seri Sharizat Abd. Jalil kini boleh menarik nafas lega setelah rasa cemasnya yang sebelum ini menyokong Tan Sri Rafidah Aziz tetapi tersentak dengan keputusan yang dibuat oleh timbalannya, Dato Kamiliah Ibrahim yang tetap mahu meneruskan bertanding jawatan no. 2 dalam wanita. Keputusan itu membuatkan beliau berbelah bagi dan terpaksa berpatah balik meneruskan untuk menentang bekas ketuanya. Namun saat getirnya berbaloi jua apabila beliau berjaya menewaskan Tan Sri Rafidah Aziz dengan memperolehi 507 undi berbanding pencabarnya yang memperoleh 280 undi.
Manakala ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin atau KJ dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno yang baru. Beliau yang memperolehi 304 undi menewaskan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir. Khir Toyo menerima, 254 undi, manakala Mukhriz pula 232 undi. Biarpun sebelum ini beliau menerima kritikan dan kecaman dari berbagai pihak dari luar dan dalam UMNO itu sendiri yang mendakwa gaya kekepimpinannya yang mempengaruhi bapa mertuanya . Malah disaat2 akhir sebelum bermulanya perhimpunan UMNO beliau di heret ke muka Lembaga Disiplin berhubung kes politik wang. Namun situasi yang genting itu hampir2 mengembirakan dua calon lain yang akhirnya berjaya membuktikan bahawa kepimpinannya diperlukan dalam sayap UMNO itu.
Kulat: Syabas dan tahniah buat kedua-dua pemimpin sayap UMNO itu dan parti Melayu itu kini sedang bermula proses transformasi kepimpinan dari semua sudut. Bangsa Melayu mahu melihat penukaran baju baru ini akan memberi impak yang besar kepada survival bangsa Melayu di negara ini. Jika UMNO masih lagi tidak berubah, nescaya UMNO akan berubah pada PRU13 nanti sebagai sebuah parti yang 'rebah'.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

untunglah UMNO mendapart pemimpin yang wanitanya 'PENGAMPU' dan yang pemudanya 'PENYANGAK'.

Tanpa Nama berkata...

BAJU NYA AJE BARU, PERANGAI TETAP GAK SERUPA..!!

Unknown berkata...

Walau apa pun, suka atau tidak mereka telah menang dan berhak menerima ucapan tahniah.

kulatlapok berkata...

salam Blogger:
1. tanpanama 08:31
2. din
3. mountdweller

Apa pun seperti kata tuan mountdweller memnag mereka 'berhak' menerima ucapan tahniah. Justeru itu juga mereka sedang mengorak langkah untuk mencorak wajah bangsa melayu negara ini ke arah mana?? Nah... Kita sedang memerhati lakonan mereka selepas ini.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN