Rabu, 4 Mac 2009

MANA PEGUAM NEGARA..?? KATA RAIS & NASIB NAJIB JADI PM..??

Menteri Luar, Dato' Dr. Rais Yatim mempersoalkan kenapa 'pihak berkenaan' tidak memainkan peranan yang sepatutnya berhubung dengan krisis yang berlaku di Perak. Menurutnya pihak berkenaan iaitu merujuk kepada 'peguam negara' yang mempunyai autoriti sepatutnya harus tampil untuk menerangkan hal2 yang berkaitan dengan undang2 perlembagaan kepada rakyat. Namun sehingga ke hari ini tidak ada satu kenyataan pun dikeluarkan oleh bukan sahaja dari pihak peguam negara malah menteri di Jabatan Perdana Menteri pun terus sepi membiarkan pihak2 tertentu membuat dan berhujah dengan pandangan yang berbeza2 mengenai undang2 perlembagaan negeri dan sidang DUN. Beliau berkata semasa menyampaikan penerangan berhubung isu-isu semasa di Angkasapuri hari ini.

Selain daripada itu, Dr. Rais yang juga seorang pakar undang2 memberi penerangan hal2 isu di Perak dan berkaitan 3 perkara penting iaitu:

1) Kuasa Perlantikan Menteri Besar oleh Sultan dan kuasa perlantikan Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong.

2)Berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri oleh Sultan dan pembubaran Dewan Rakyat oleh Yang di-Pertuan Agong.

3) Berkaitan dengan mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu dan juga hal2 berkaitan adat istiadat Melayu dan Agama Islam.

Justeru, menurut Dr. Rais dalam penerangannya, tidak ada mana-mana pihak yang boleh mempersoal ke atas ketiga perkara tersebut kerana ianya adalah hak mutlak Sultan/Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong yang dilantik.

KULAT: Dalam hal ini, majlis penerangan Dr. Rais dilihat seperti memberi 2 maksud iaitu:
1. Membidas peranan Menteri JPM yang sehingga kini tidak langsung memberi kenyataan atau penerangan yang sejelas2nya berkaitan isu di Perak.
2. Seolah2 PM yang baru juga tidak semestinya yang telah diaturkan oleh Pak Lah. Justeru Agong mempunyai hak yang tidak boleh dipertikaikan untuk memilih PM yang benar2 sesuai dari pandangan dan pemikirannya untuk mentadbir negara.
Jadi harap jangan ada pemimpin atau rakyat yang bakal sakit jantung sekiranya Najib tidak akan jadi PM. Wallahuaalam.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam Kulat:

Najib tidak akan di perkenankan oleh Agong, rasanya Agong akan memilih Ibrahim Ali sebagai PM Malaysia....lompat jangan tak lompat...

Tanpa Nama berkata...

Saudara Najib

Rakyat Pasir Mas akan buat kenduri 3 hari 3 malam siap dengan pesta kalau 'Tun' Ibrahim Ali dilantik menjadi PM. Bnadar Pasir Mas akan bermandikan cahaya sehingga ke siang.

Tanpa Nama berkata...

peguam negara sibuk dengan kes liwat saiful aje

Tanpa Nama berkata...

BN menggunakan undang2 rimba yang yang diamalkan oleh semua amkhluk kejadian Allah SWT termasuk Tarzan...

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN