Ahad, 29 Mac 2009

KETUA PEMUDA UMNO PERMATANG PAUH BIMBANG KEHEBATAN ANWAR.



Ketua Pergerakan Pemuda Umno Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said mendakwa kerajaan telah membuat satu kesilapan besar dengan membebaskan Dato Seri Anwar Ibrahim. Ini bermakna seolah-olah kesilapan kerajaan itu secara tidak langsung mengheret sama menteri yang bertanggung jawab yang menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri ketika itu. Siapa menteri itu? sudah tentulah seorang pemimpin paling kanan dalam UMNO yang menjawat jawatan penting itu. Tak payahlah nak sebut namanya siapa dia...

Dakwaan ketua Pemuda itu dikesan semasa menyampaikan ucapannya pada perhimpunan UMNO baru-baru ini. Beliau mendakwa Anwar seorang pengkianat kepada bangsa dan negara dan kerajaan telah melakukan kesilapan yang besar menyebabkan negara menjadi huru-hara angkara kebijaksanaan Anwar Ibrahim yang bertanggungjawab merencanakan strategi politik Pakatan Rakyat setelah dibebaskan dan menyebabkan BN/UMNO hampir-hampir tersungkur dilanda gelombang 'kuasa rakyat'.
Begitulah dangkalnya pemikiran seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang secara tidak langsungnya mentejermahkan Anwar seorang pemimpin yang hebat dalam politik yang boleh mengoncangkan senario politik negara khususnya strategi untuk menjatuhkan kerajaan BN. Kenyataan Ketua Pemuda UMNO itu pula seolah-olah begitu gerun dengan kebijaksanaan politik Anwar. Belum lagi berjuang sudah menyalahkan pihak lain. Ibarat bimbang dengan gelombang jangan berumah ditepi pantai. UMNO baru sahaja direformkan yang jelas mahukan UMNO itu sendiri mesti berubah kalau tidak mahu 'rebah'. Kesimpulannya dakwaan ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh itu jelas berniat mahukan Anwar sepatutnya berada lebih lama di dalam penjara dan ucapannya pada perhimpunan UMNO lalu cuba mempengaruhi kepimpinan baru agar lebih tegas menggunakan kuasa yang ada (ISA). Wallahua'alam

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

http://www.petitiononline.com/pmbersih/petition.html

SERTAILAH KEMPEN ANTI-NAJIB INI SEGERA BAGI MENGHENTIKAN BELIAU DARI MENJADI PM!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

KETUA PEMUDA UMNO P.PAUH MEMANG TAKDE OTAK!!! DULU DIA KATA ANWAR BOLEH DIKALAHKAN DALAM P/RAYA DI P.PAUH....MALANGNYA MALU BUAT ZAIDI DAN SELURUH PARTINYA APABILA ANWAR MENANG!!!!


CUBA ZAIDI DILUCUTKAN JAWATAN KETUA PEMUDA UMNO!!! SAYA GERENTI 100% DIA AKAN MENYERTAI PEMBANGKANG UNTUK MENENTANG UMNO!!!!!

Sangkelembit berkata...

rupanya selama ini dia tidor dan sekarang baru dia terjaga dari lena bahawa DSAI memiliki KARISMA yg tidak ada kepada pemimpin lain. Pemuda UMNO permatang pauh tu jauh lebih hampeehhhh dari pemuda cawangan. lebih baik jangan jadi ketua pemuda bahagian. duduk dicawangan je lebih baik.

Master Yoda berkata...

Salam Tok Cendawan....

Kah kah kah

Ni hujah mangkok mane ni? Ade degree ke mamat ni? (Maaf la kasar sket ye...)

Kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Itulah PENJUAK NAMANYA..PEMUDA YG MENYOKONG MEMBAWA REBAH.. UMNO KIAN REBAH

Tokwan berkata...

PEMUDA HARAPAN BANGSA DARI PERMATANG PAUH ITU TELAH MENJADI 'PEMUDA BUANG MASA'. CAKAP IKUT KEPALA LUTUT KOT.

Sontot berkata...

rakyat mahu melihat hasil kerja pemuda di 3 PRK ini terutama di kawasan2 yg dikuasai oleh PR. jika mereka gagal bemakna memnag pemuda tidak lebih daripada retorik sejarah pemuda lama. reform yg melanda hanya sekadar gimik untuk meraikan presiden nya yang baru.

Tanpa Nama berkata...

Senang je, bila Pembangkang berkuasa nanti kita masuk kan Ketua Pemuda PP ni dalam penjara atas kesalahan sodomi Kerismuddin, biar dia rasa macam mana terinaya, apamacam setuju tak?

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN