Kenderaan pacuan tiga roda ini juga turut disita??
Pelbagai jenis peralatan pejabat dan kenderaan milik Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka telah disita di sini apabila gagal menjelaskan arahan pembayaran oleh Mahkamah Tinggi berjumlah RM4.5 juta kepada sebuah firma. Firma terbabit Tropical Profile (M) Sdn. Bhd. telah memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi di sini pada 2004 untuk mendapatkan pembayaran yang gagal dilunaskan oleh JKR negeri setelah siap projek lebuh raya yang menghubungkan Durian Tunggal dan Sungai Udang tahun 2003. Namun, JKR Melaka di sebalik penghakiman tersebut gagal mengambil langkah sewajarnya untuk melunaskan jumlah yang ditetapkan mahkamah dengan alasan perintah tersebut tidak sah. Sehubungan itu, JKR Melaka hari ini menerima writ rampasan dari Mahkamah Tinggi dan seterusnya menyita semua peralatan pejabat dan beberapa kenderaan yang dirampas terdiri daripada van, kereta, kenderaan pacuan empat roda, lori dan traktor.
5 ulasan:
tak ada koje, tapi ada gaji, itu namanya makan gaji bute..
Cendawan:
Kalau pancuan yg macam dalam gambar tu dilelong, ada Broker dari Nepal nak beli kesemuanya sekalai yg ada....kah kah kah
PANDAINYA KERAJAAN ALI RUSTAM AL KOKOKI NI BEKERJA. DULU MAJLIS PERBANDARAN PERLIS NYARIS2 KENA JUAL. BN MMG PANDAI JANGAN MALAYSIA KENA SITA SUDAHLAH.....
salam RAJAUDA,
Datuk Ali memnag PRO-AKTIF, cara perlaksanaan kerjanya di Melaka banyak yg pening, iaitu BUAT DULU KERJA DUIT BOLEH CARI. Itu kekadang yg ada bertahun tak bayar pasal dok pikir mana nak cari uit kerja yg dah buat. Dengar pulak kini kerajaan negeri pulak nak saman syarikat yg sita JKR Melaka. Pulak.
Kulat:
Datuk Ali asyik suka mengata orang itulah sebab kena pada agensi negerinya pulak. Duit orang apa lagi nak tangguh kerja dah serahkan pada JKR jalan puLAK orang dah gunakan, Datuk Ali pun dah gunakan,apa yg JKR tu tunggu lagi, BAYAR AJE LAHH.. ITU DUIT BUKAN jkr PUNYA b ukan kerajaan negeri punya..
Catat Ulasan