Rabu, 11 Februari 2009

KINABALU MENGAMIT LAGI..!!

Rasanya tak sabar lagi untuk aku menjejakan kaki di puncak Kinabalu. Saban hari aku menghayal berada dipuncak "Warisan Dunia" ini. Aku harap segala perancangan yang telah diaturkan oleh rakan-rakan ku akan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Pendakian ku kali ini adalah yang ketiga buat diriku namun begitu aktiviti kegemaranku ini telah terhenti hampir 10 tahun yang lalu.
Walau bagaimana pun, aku sentiasa berdoa semoga ianya tidak akan memberi sebarang masalah untuk aku mencapai matlamat tersebut.

Insyaallah, aku bersama dengan sembilan lagi rakan2ku dijangka akan bertolak ke Kota Kinabalu dari LCCT pada 12 Februari (Khamis) ini dan kami akan menaiki pesawat Air Asia yang telah ditempah sejak enam bulan yang lalu. Penerbangan kami dijadualkan berangkat pada jam 6.30 pagi. Ini bermakna aku mesti berada di LCCT lebih awal supaya perjalanan kami tidak menghadapi sebarang masalah. Kumpulan kami dijangka akan berada dipuncak pada 15 Februari dalam masa sekitar 5.00 pagi ke 6.30 pagi.

Semoga pemergian aku kali ini dapat melupakan seketika hiruk-pikuk terutama fenomena politik yang melanda negara ketika ini. Kepada rakan2 blogger semua, hubungan cyber ini mungkin terhenti buat seketika dan insyaallah kita akan berhubung kembali pada minggu hadapan.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam Bro:

Semoga selamat sampai dan selamat kembali.

Unknown berkata...

Salam Sdr. kulat.

Saya ucapkan selamat mendaki dan mencapai kepuasan.

Kinabalu saya tidak tahu kerana saya pun dan berpuluh tahun tidak ke sana tetapi Gunung Tahan menghampakan. Dalm jangka masa 15 tahun sudah hancur lebur. Cukup sedih dikesalkan. Tapi apakan daya Gunung bukan hak peribadi kita.

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum anakku Kulat,

Wah! Mak Cik tumpang gembira kamu akan InsyaAllah dapat menjejakkan sekali lagi kaki kamu di Gunung Kinabalu.

Mak Cik pernah sekali...err 'tengok sahaja' Gunung Kinablu dan menjejakkan kaki di KAKI Gunung Kinabalu. Sungguh menakjubkan..SubhanaAllah!!
Indah sungguh ciptaan Illahi untuk kita semua. Betapa bertuahnya kita masih boleh melihat keindahan Alam semula jadi.

Mak Cik bangga Gunung Kinabalu setanding dan secantik Mount Cook di New Zealand!!

Selamat Bercuti, dan berhati hatilah. ..Puteri Nabilah tak ikut ke? Jangan bimbang pasal politik, Mak Cik jamin kamu balik nanti pun temponya, sama sahaja.

kulatlapok berkata...

salam Mountdweller:

memang benar nikmat pendakian hanyalah semata2 KEPUASAN. namun saya percaya tuan lebih jauh berpengalaman. Trek Kinabalu memang agak mudah berbanding gunung2 di semenanjung. Saya agak serik ke Gunung Korbu, namun pengalaman mengajar saya erti ketabahan.

kulatlapok berkata...

salam Makcik:

Terima kasih kerana tidak menjemu singgah ke sini. Kekadang suasana poltik yg tidak stabil ini begitu menjelekkan. Daripada kita stress so ada lebih baiknya kita meninggalkannya semnetara waktu dan menerjah pula ke suasana yang melapangkan sambil menterjemahkan alam semulajadi ciptaan Ilahi. Kinabalu memnag cantik dan ianya telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai Gunung WARISAN DUNIA. Insyaallah pagi 12hb ini saya bersama rakan2 akan terus ke Kinabalu. Terima kasih nasihat itu.

Tanpa Nama berkata...

Sumui sui do jambatan. jambatan tamparuli , pan pagila .....


uinna.. selamat datang bah ke KK. Siwik putih2 .. hahhaa..

kulatlapok berkata...

salam Borneo:

Lahni aku masih berada dicyber cafe tengah lepak sebelum bertolak ke LCCT. Dah 10 tahun tak kesana, debaran menanti perjalanan ku ke kaki kinabalu. Semoga aku terdaya ke puncaknya. Ok nanti jumpa Siwiknya yang gebu2 bah... TQ

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN