Isnin, 9 Februari 2009

'DIA' Harus Mengikut Undang2 Bukan Langgar Undang2

Laporan Berita TV3 - 8 Februari 2009

Karpal mendakwa Sultan telah bertindak melampaui perlembagaan negeri bersabit perlucutan Mantan Menteri Besar Perak lalu baginya menyaman Sultan 'tidak salah' baginya dari segi undang-undang.


Kenyataan Karpal - "Sultan Perak adalah satu Raja dan dia harus Mengikut Undang-undang bukan Melanggar Undang-undang. Jangan langgar perlembagaan Perak. Oleh kerana Perlembagaan Perak adalah undang-undang yang ada memberi kepada dia (Sultan) satu status (kuasa) Raja di sana"

KULAT: Senario politik Perak membuka satu lembaran baru yang tidak akan terluput dari lipatan sejarah negara. Kini ianya seolah-olah mengulangi kembali sejarah lama yang hampir serupa pada tahun 1974 disini. Hari ini, Isu derhaka dan melanggar Undang2 Tubuh Negeri Perak di timbulkan oleh beberapa pihak bagi membela Sultan Perak untuk meneruskan kesinambungan simbol kekuasaan orang Melayu. Kenyataan Karpal yang dianggap biadap mempersoalkan kuasa Sultan menjadi isu utama di Perak sekarang. Sehingga hari ini telah berpuluh2 laporan polis dibuat terhadap peguam veteran itu berkaitan dengan isu nya untuk menyaman sultan Perak. Namun kalau kita lihat maksud yang tersirat kenyataan beliau itu iaitu "UNDANG2 YANG ADA MEMBERI KEPADA DIA (SULTAN) SATU STATUS (KUASA) RAJA DI SANA" iaitu mempunyai maksud yang mendalam dan dalam erti kata siapa sebenarnya terlebih dahulu yang melanggar Undang2 Tubuh Negeri Perak? Aku tak berani nak ulas panjang nanti takut dicop 'Penderhaka' . Wallahua'alam.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

happy valentine!

Tanpa Nama berkata...

chopper wallpaper: Ko ni salah post ke?? Tengku Karpal tak dapat jadi Sultan, itulah pasal dia korek by law of Perak Undang2 Tubuh tu. Kot-kot nama dia ada dalam senarai TENGKU MAHKOTE PERAK.. KA KA KA KA

Tanpa Nama berkata...

Salam Cendawan: Apa maksudnya sdr mengungkit Undang2 Tubuh Negeri Perak ni. Bukankah ianya telah termaktub dalam Perlembagaan Perak, Sultan Azlan Shah sah dan waris Raja Perak. Jangan sdr nak ungkit2 intitusi Raja Perak yang sdr sendiri tak tahu perlembagaannnya.

KMF berkata...

persoalan nya disini adalah undang2 dan perlembagaan negeri perak. bukannya soal biadap, derhaka dll. Hanya media perdana yang mengguna istilah biadap dan durhaka. Sultan tak cakap pun Kapal ni durhaka. perkataan durhaka adalah perkataan paling rendah daripada segala perkataan. dan hanya berhak disebut oleh sultan atau raja. Tapi kini perkataan itu sewenang-wenangnya digunakan oleh rakyat, bukannya raja. keberkesanan durhaka bila dititah oleh raja sahaja, dan ini akan lebih menampakan status raja kita. persoalannya sekarang siapa yang menghasut? adakah kapal atau media? siapa yang menghukum kapal sebagai durhaka? sultan atau rakyat? jawab lah bangang......

kulatlapok berkata...

KMF: Saya bersetuju dengan pandangan sdr. ungkapan DERHAKA hanya diperbesarkan oleh media2 penjuak. Mereka seperti melepaskan geramnya pada Pakatan Rakyat dan cuba menunjukan pada rakyat nah.. inilah parti yg tidak berguna yang korang sokongkan. Sama juga dengan isu Ketuanan Melayu yg mana para pelajar UiTM seluruh negara berdemontrasi mempertahankan Hak Ketuanan Melayu (Hakikatnya mereka berarak atas arahan pemimpin2 atasan)padahal isu yg dibangkitkan HANYALAH SEMATA2 CADANGAN SAHAJA. Samalah seperti di Perak, rakyat berdemontrasi hanya untuk meluahkan rasa ketidakpuashatinya atas tindakan Sultan Perak dan ianya harus diperjelaskan kenapa dan mengapa Sultan bertindak sedemikian?? Bukan memberi alasan majoriti Adun tidak mempercayai kepimpinan Mb yg hakikatnya masalah 2 ekor Adun tersebut. Namun kerajaan baru yg dibentukpun masih tidak mendapat majoriti seperti mana Sultan maksudkan. Jadi BANGANGNYA yg sdr maksudkan eloklah ditujukan kepada penjuak2 yang MENIMBULKAN isu2 DERHAKA DAN BIADAP ITU. kENAPA TIDAK ULAS "SEJARAH PERAK BERULANG KEMBALI' OLEH MSO??

KMF berkata...

memang pun BANGANG HANYA UNTUK BN/UMNO DAN MEDIA HARUS PERDANA..... media inilah yang manghasut kaum-kaum melayu walaupun hanya secubit isu sekalipun oleh kaum bukan melayu. Tapi persoalannya tiada seorang pun antara kita yang cuba melaporkan tindakan ini?

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN