Penyayi Melayu Singapura yang popular dengan lagu 'Gadis Melayu' pada zaman 70an telah membuat kejutan dengan mereka laman web khas untuk Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam. Laman web berkenaan dipenuhi dengan input dan info terkini mengenai pencalonan Datuk Ali Rustam atas jawatan kedua tertinggi dalam UMNO. Menurut penyayi itu, tujuannya adalah untuk rakyat negara ini menyokong kepimpinan Ketua Menteri Melaka itu dalam bidang politik dan laman web tersebut menurutnya lagi serba sedikit dapat membantu beliau meneruskan misi dan visi dalam UMNO yang sememangnya memberi impak positif kepada seluruh masyarakat.
untuk mengetahui laman web yg dibangunkan
oleh penyayi tersebut, sila klik pada gambar
KULAT: Memang ramai juga yang terkejut bila mendapat tahu artis Singapura itu rupanya penyokong kuat Ketua Menteri Melaka. Bila difikirkan, apa kaitannya dengan kerajaan negeri Melaka. Nak kata penyanyi tu ada kaitan sedara sepupu sepipit tak tahulak Kulat. Selama berpuluh2 tahun bergelar artis, setahu Kulat penyanyi tu pun tak pernah diundang menyanyi di majlis2 rasmi kerajaan negeri? Apapun tindakan penyanyi itu sebenarnya satu kejutan dan sebagai tanda sokongannya kepada Datuk Ali Rustam. Semoga selepas ini, tahun depan penyanyi tersebut bergelar Datuk Othman Hamzah. Wallahualam.
6 ulasan:
Haah... kebodohan melampau. Nampaknya bintang kebesaran "Datuk" akan jadi sama nilainya dengan pingat sukan.
Salam anakku Cendawan Melayu,
Tak usah pening peninglah akan hal ini. Biarlah. Kalau dah jadi rezeki Othman Hamzah itu rezeki dialah.
Dia dapat Dato atau tidak pun, hidup kita macam ini jugak. Lepas ini mungkin rezeki James Bond, siapa tahu.
Salam Bro....
Kadang kala nilai 'datuk' kita dah macam bole diperolehi sekelip mata....
Susah la pulak hati Sumandak tengok keadaan kita yang semakin pemurah tak bertempat
Betul juga tu puan!
Salam Bro....
Rezeki orang jan nak jelezzz tapi kita kena pertahankan jugak kualiti 'pangkat' yang dianugerahkan kat individu yang betul-betul layak......nanti anugerah ni tak ada nilai sape gak yang susah....
Kalau aku jadi Othman Hamzan,
bagi tahu AR tak payahlah bagi Datuk,
bagilah BMW 7s ke, atau Rumah Bunglow ke,
atau tanah 4,5 hektar ke, lagi bagueh,
apa ada pada nama, ada harta susah2
boleh jual, datuk jual pun tak laku,
ha..ha,....ha......
tabik Datuk Polis trapik
Catat Ulasan