Sabtu, 22 November 2008

"SAYA TIDAK BUANG DIA" - PUTUS SUDAH KASIH SAYANG......

"Saya reda malah tidak menghirau tanggapan orang ramai terhadap duda anak lima yang menjadi pilihan hati saya itu. Saya tidak kisah dengan keadaan dirinya yang tidak boleh berjalan dan sukar untuk bertutur. Memang ramai orang yang akan memperkatakan mengenai perkahwinan kami ini. Tetapi ini adalah keputusan saya dan ia bukannya kerana atas dasar terhutang budi ataupun sebab-sebab yang lain. Kasih sayang saya terhadap Abang Bayu tidak pernah berubah. Malah saya sudah bersedia untuk berkongsi kepayahan bersamanya". Demikianlah kata-kata 'keikhlasan' (cerita seterusnya klik sini) Erema atau nama sebenarnya Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, penyanyi berusia 23 tahun kelahiran Kuching, selepas majlis akad nikahnya di Masjid Al-Muhsinin, Danau Desa, Kuala Lumpur pada 19 Disember 2006.

"KAU LILIN CINTA KU" - Kenangan Manis Seri Bayu ketika menyerahkan mas kahwin RM80 kepada Erema bersama sebentuk cincin emas selepas mereka diijabkabulkan. Kini cinta lilinnya telah terpadam.

Itu dulu, tapi sekarang.........

"Saya tidak buang dia, tetapi ini soal kasih sayang. Bila sayang sudah hilang lebih baik kami berpisah. Badan saya sudah tidak mampu untuk menanggung segala penderitaan. Hanya di sini jodoh kami, saya harap Seri Bayu lepaskan saya cara baik di mahkamah nanti," Demikian pengakuan penyanyi Erema mengenai permohonannya untuk bercerai dengan penulis lirik popular, Seri Bayu. Erema, telah memfailkan tuntutan perceraian di Mahkamah Syariah Petaling Jaya awal November lalu dan kes pasangan ini akan dibicarakan pada 1 Disember ini setelah hanya mampu belayar bahtera bersama sebagai suami isteri selama dua tahun. (cerita seterusnya.... klik sini).

KULAT: Bila cerita tentang 'KEIKHLASAN' ni sebenarnya agak sukar kita nak tafsir dan terjemahkannya dengan perbuatan. Adakalanya apa yang tehambur dari mulut yang manis tidak seiring apa yang ada di dalam hati. Teringat kulat dalam satu hadis yang diRiwayatkan Ibnu Majah iaitu: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Adakah kamu mahu aku memberitahu kamu tentang suatu perkara yang aku takuti ke atas kamu daripada dajal? Mereka menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah! Bagindapun berkata:” Syirik khafi iaitu seorang lelaki bangun bersembahyang lalu dia memperelokkan sembahyangnya kerana ada orang yang memerhatikannya.” Walau bagaimanapun 'keikhlasan' itu sebenarnya adalah milik Allah swt. Tidak ada seorang manusiapun di dunia ini dapat menghuraikan cara keikhlasan sebenar. Hanya dia sahaja yang mampu menterjemahkan sesorang hambanya itu melakukan sesuatu dengan sifat 'IKHLAS'. Apapun apa yang berlaku kepada Erema dan Seri Bayu ini adalah hal dalam sesebuah rumahtangga. Kegembiraan dan kesusahan, hanya mereka berdua sahaja yang mengetahuinya. Bagi Seri Bayu, penderitaan yang ditanggungya adalah ujian untuk dirinya. 'Lilin Cinta'nya terus terpadam bersama penderitaan yang ditanggungnya. Semoga beliau dapat meneruskan kehidupan ini dengan lebih tabah. Wallahu'alam.

4 ulasan:

Unknown berkata...

Salam sdr.

Masa kita remaja dulu ada satu perupamaan "Cinta Monyet" tapi sekarang ditambah satu umpama "Cinta Artist"

Bolehkan sdr. kulat?

sumandak bayu berkata...

Salam Bro...

Sumandak setuju benar 'keikhlasan' tak boleh diungkap dengan kata-kata ia lebih kepada perbuatan seseorang......

Cinta sejati juga macam tu bila cinta mudah dihuraikan Sumandak yakin ia hanya kata-kata di mulut dan mudah berubah...

Tetapi jika cinta tak dapat diungkap dengan kata-kata yakinlah bahawa ini adalah Cinta yang sejati. Mari kita fikirkan bersama

kulatlapok berkata...

salam blogger:
1. Mountdweller:
2. Sumandakbayu:

Agak sukar untuk kita menterjemahkan soal 'keikhlasan' Namun keikhlasan itu sebenarnya adalah milik Allah swt. Tidak ada seorang manusiapun di dunia ini dapat menghuraikan cara keikhlasan sebenar. Hanya dia sahaja yang mampu menterjemahkan sesorang hambanya itu melakukan sesuatu dengan sifat 'IKHLAS'. Adakalanya niat itu berubah2. Lain dihati lain bicaranya... Wallahualam

Tanpa Nama berkata...

bg saya,x boleh salahkan erema semata2...mungkin pihak lelaki patut kaji balik,atas dasar apakah dia mengahwini perempuan itu dulu...sebaik2 wanita yang dikahwini itu adalah kerana agamanya...

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN