Sabtu, 8 November 2008

RPK, LEPAS DARI ISA MASUK PULAK SEKSYEN 500

Pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin yang ditahan dibawah ISA telah dibebaskan. Raja Petra yang telah membuat permohonan pembebasan menerusi habeas corpus dan terbukti penahanannya tidak mengikut undang-undang. Dia ditahan kerana menyiarkan artikel yang didakwa menghina Islam. Namun selepas ini, RPK bakal menempuh pula halangan lain iaitu tuduhan memfitnah. Beliau dijangka akan dikenakan tuduhan dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah pula. Antara kes yang bakal mengheret beliau ialah kes melibatkan seorang peguam, Datuk Muhammad Shafee Abdullah dan yang terhangat melibatkan isteri timbalan perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dan Timbalan Perdana Menteri Itu sendiri.
KULAT: Episod pertama telah menelanjangkan karektor Menteri Dalam Negeri Malaysia yang sebelum ini mempertahanankan tindakannya menahan RPK dibawah ISA. RPK dijangka akan dikenakan tuduhan lain yang sedang dalam proses pertuduhan ke atas dirinya. Apapun yang paling penting sekarang, rakyat sedang ternanti-nanti akan kehadiran beliau di mahkamah tinggi untuk mengetahui maklumat penting tentang kes ALTANTUNYA.

6 ulasan:

melayuangkat berkata...

Anakku Cendawan Malaya,

RPK kata dia bukan Pengganas dan dia hanya seorang penulis.

Mungkin dia patut tahu bahawa "The Pen is mighter than the sword".

Dan hadith Rasullullah saw yang bermaksud "Fitnah itu lebih dasyat dari membunuh".

Ya, mungkin dia tidak ada M16 macam pengganas dunia tapi dia ada keyboard yang boleh menaip fitnah yang amat besar implikasi pada orang yang difitnah dan kesan kesan yang begitu tidak baik bagi difitnah, keluarganya, bangsanya, agamanya dan negaranya.

Salam.

sumandak bayu berkata...

Salam Bro...

Berita ni akan menjadi hangat dipasaran.... kita nantikan kehadiran beliau di mahkamah tinggi..

kulatlapok berkata...

salam;

1. MAKCIK MELAYU ANGKAT:
Sebuah Hadith ada menerangkan :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Syaitan akan menghantar tentera-tenteranya untuk memfitnah manusia, manusia yang lebih tinggi kedudukan akan mendapat fitnah syaitan yang lebih hebat. Syaitan akan datang kepada seseorang kamu dan berkata:”Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini ? Sehingga syaitan akan berkata:” Siapakah yang telah menjadikan Tuhan kamu?” Apabila perkara ini berlaku kepada kamu maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.”

Riwayat Bukhari Dan Muslim
Huraian
1.Lintasan hati tidak akan memudaratkan iman yang ada pada seseorang.
2.Allah bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan. Oleh itu sebarang bisikan yang menafikan segala kesempurnaan Allah wajib disanggah agar seseorang itu bebas daripada kesesatan yang meracuni akal fikirannya.
3.Kemungkaran dan kemaksiatan adalah jalan yang memandu manusia ke arah kesesatan. Ia merupakan perangkap syaitan dan Iblis yang mahukan manusia tergolong sebagai makhluk yang menderhaka seperti mereka.
4.Fitnah syaitan akan mendatangi sesiapa sahaja. Hanya iman yang teguh dan mantap sahaja dapat menangkisnya. Oleh itu sebagai pendindingnya kita hendaklah sentiasa membiasakan diri dengan berzikir dan beristighfar agar hati tidak mudah lalai dan terpesong kepada perkara yang mendatangkan dosa dan maksiat.
Wallahualam.

2. SUMANDAK BAYU:
Selepas dibebaskan RPK akan menjadi semakin penting kerana mendakwa beliau ada MAKLUMAT tentang Najib (Altantunya). Wallahualam.

Unknown berkata...

Pandangan saya senang aje, kalau RPK membuat fitnah, dakwa saja. Buktikan di mahkamah yang dia memfitnah. Kalau dia terhukum padan muka, tapi kalau apa yang diperkatakannya itu betul, tangkap saja sipelaku dan dakwa juga. Itu barulah adil, bukannya digunakan ISA. ISA hanya untuk kerajaan yang lemah saja (terpakai untuk Idi Amin atau pun mugabe saja) atau lebih tepat adalah undang-undang rimba. Nak bercakap tentang hukum saya tak reti. Tapi kalau tanpa keadilan itu, maknanya berlawanan dengan ajaran Islam yang maha adil.

fikir-fikrkanlah... kita hamba yang lemah.

Tanpa Nama berkata...

Salam sedara cendawan,

Den sokong kata2 pakcik "pemanjat gunung" tue...

Dah dilepaskan,kene tuduh balik...

Takut ke depa2 ni???Klu depa2 ni ade bukti yg RPK ni bersalah,nape takut smpi begitu skali??

Tanpa Nama berkata...

Salam Saudara Kulat,

Sepertimana titipan saudara Mountdweller, kalau benar RPK menfitnah, sila dakwa dia di mahkamah terbuka.

Samada dia menitipkan dengan keyboard, pen atau apa saja itu bukan persoalannya. Dakwa dan bicarakan secara adil.

Benar titipan saudara Kulat, episod pertama telah membogelkan MENTERI UMNO - HAMID ALBAR.

Pada saya, apa yang jelas ialah penipuan dan kepura-puraan bani umno.

salam takzim.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN