26 Jun 2008 Tarikh di mana UMNO melakarkan sejarahnya tersendiri apabila kuasa MTnya meluluskan kemasukan semula Ezam dalam parti yang pernah diludahinya. Hari ini dalam sejarah patut dipahatkan bila mana mereka mungkin sama ada sedar atau tidak, mengkianati sendiri perlembagaannya Fasal 20 - Disiplin ( 20.10 Seseorang ahli yang bertanding sebagai calon Bebas atau parti lawan dalam pilihan raya akan dipecat daripada parti dan tidak boleh diterima balik sebagai ahli selama-lamanya). Mungkin sekarang sudah dipinda..?
Hal demikian pernah disuarakan oleh beberapa pemimpin kanan UMNO termasuk Naib presidennya sendiri Tan Sri Muhyiddin Yassin bila mana beliau pernah menyatakan status Ezam (Utusan Malaysia -29 Mei). Namun kini atas kuasa MT UMNO, terungkai sudah dan Ezam sudah pastinya menjadi ayam tambatan baru bagi UMNO walaupun dia tidak dibenarkan bertanding pada pemilihan Disember ini.
Sesungguhnya hero baru UMNO ini nanti akan bersedia berjuang terutama panggilan "Sanglang" nanti. Tidak syak lagi beliau pasti akan diturunkan sebagai 'penyerang' untuk mengempur kubu lawan terutama untuk membentes serangan mantan ketuanya DSAI. Kesempatan itu juga nanti beliau juga berpeluang melontarkan rasa kekesalan dan kekecewaannya meninggalkan UMNO iaitu parti yang sebenar menjiwai dirinya sebagai bangsa Melayu yang tulin. Rakyat Malaya tak sabar untuk menyaksikan 'Road to Sanglang' . Sama-samalah kita saksikan aksi penyerang ini. "Hanya Jauhari saja yang kenal Manikam". Wallahualam.
PS* Jangan lupa bawa kotak rahsia di Sanglang nanti.
7 ulasan:
dia ni tahap balaci je. Tak leh pi mana pun.
Hari tu Dia bertanding kawasan mana yer?
salam Desprado,
Rasanya Ezam pernah bertanding kawasan Parlimen Shah Alam. Tewas tipis.
Salam:-
Bicara serupa tapi tak sama:-....
Nak dengar DSAI hentam BN hadiri ceramah PR..
Nak dengar DSAI hentam PR hadiri ceramah BN..
Memang " Road To Sanglang" gamat.
Yang lebih gamat pengundi2 Sanglang dah senaraikan permintaan2 mereka.
Selalunya " by election" tempat mengadu hal dan durian runtuh...
Salam Cendawan Malaya
Dalam dunia Politik macam macam boleh jadi. Inilah realitinya. Jangan jangan tak lama lagi Anwar Ibrahim pun masuk UMNO.
Diharap Ezam benar Ikhlas dan jujur kali ini, benar benar telah INSAF mahu berjuang untuk UMNO.
WaAllahualam. Mak Cik doakan yang terbaik untuk bangsa, Agama dan Negara.
(Main bawa bawa kotak ini bahaya Cendawan Malaya-Kalau Mak Cik, taruk seekor ular dalam kotak tu, tengok bila buka, bertempiaran tak orang Politik lari)
Salam Abas n Makcik,
Politik adalah tipu daya manusia, namun sejarah tidak boleh ditipu malah menjadi rewinder untuk kita kenangkan.
Apapun SANGLANG sedang menanti limpahan 'ad-hoc'dari pemerintah. Warga Sanglang juga yang untung. Mari kita tengok, warga miskin sudah pasti jadi tumpuan. Ceruk manapun mereka akan kunjungi. Rasa jijik kemiskinan menjadi agenda orang-orang tertentu. Wallahualam.
'Mari kita tengok sapa yang kena.."
salam....
PAS mana berani nak lawan BN- satu lawan satu... PKR dah buat hal..Ezam dah jadi agen dan pengkhianat kepada PKR...
kalau ikut perancangan sekarang peluang BN cerah dan majoriti tak lah macam 2008- iaitu 100 undi sahaja antara BN dengan PAS.
pkrpasdap.blogspot.com
Catat Ulasan