Aku masih lagi terima emel dari rakan taulan. Tak kurang juga mereka yang tak dikenali begitu murah hati mengirimkan emel-emel mereka untuk berkongsi maklumat. Kali ni aku ada terima satu emel yang minta aku siarkan dalam blog 'Cendawan Malaya' ni . Katanya maklumat ini adalah cara-cara bagaimana bersalam untuk menghormati orang yang kita sanjung siap dengan tertibnya sekali.
Cara hormat dan bersalam yang betul adalah seperti berikut:-
1. Badan perlu dibengkokkan 90 darjah tepat.
2. Yang menyalam perlu memegang erat kedua belah tangan orang yang disalam.
3. Sengetkan kepala sikit untuk mendapatkan lebih feel.
4. Mulut perlu dimuncungkan hampir atau lebih 1 inci.
5. Semasa mencuim tangan, sedut sehingga berbunyi tangan orang yang disalam tanpa mengeluarkan setitikpun air liur.
6. Pastikan bulu roma tangan yang dicium tidak termasuk ke hidung orang menyalam, kalau tidak, nanti terbersin dan ini boleh menyebabkan kurang sopan.
7. Cara bersalam begini tidak harus dilakukan pada ibubapa, akan tetapi kepada orang politik yang kita sanjung.
8. Yang akhir dan penting sekali jangan salam tangan kosong.
PS*Seni fotografi begitu unit. Ianya boleh dimanipulasikan sebagai hasil seni. Persepsinya terpulang kepada orang yang melihatnya. Wallahualam.
emel from:wfx8yx@onsemi.com
6 ulasan:
bang,
pinjam gambar. lawak gila. Dah macam cencorot dah aku tengok.
hahahaha...cencorot..!!
cencorot tu nak projek kot..hahaha
kulatlapok quot : AMBOI MAK OII APA BETUL KE APA YANG KAU PAPARKAN NI. DIAORANG NI GI TENGOK BOLA KE? MANA LAWAN MANA TU?? ADA PEMINAT KEDAH NAMPAK TU SIAP ROPOL-ROPOL DI KEPALA.
TETAMU KERHORMAT MACAM DR. KHIR, TANS RI MOHD TAIB DAN PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO SELANGOR TAK JEMPUT KE?
RUGILAH KALAU DIOARANG TAK DATANG TENGOK PERLAWANAN HEBAT ANTARA PR DAN UMNO. GOLLLLLLLLLLLLLL...!!!!
PS* AKU DAPAT TENGOK LIVE KAT TV JE. ITUPUN RTM YANG SIARKAN.
Topengperak_Xinwugi - yg gmbo kedah fan tu aku amik kat luar stadium melawati...mcm2 gerai ada...termasuk gerai kelab bolasepak kedah...macam-macam ada...!!!
Wah!!!
Aku ingat gambar ni boleh menang pertandingan photo of the year kot.
Mohon copy utk dibuat arkib.
http://kuda-trojan.blogspot.com/
Salam Cendawan Malaya,
Beginilah resam hidup di dunia yang fana ini. Selagi kita berkuasa semua orang akan hormat dan sayang.
Hormatilah diri kita sendiri dulu sebelum kita menghormati orang lain. Kita sayang diri kita dengan berusaha memperbaiki apa apa kelemahan yang ada sedaya upaya sambil, terus mendekatkan diri kepada pencipta kita.
ha...ha...
best la gambau ko nih...tampa penerangan pun kita dah tahu maksud yg tersirat...bak kata omputih 'picture can tell everything'
Catat Ulasan