Selepas pengumuman 40% kenaikan harga minyak, dengan bangganya kerajaan cuba mengambil hati rakyat dengan mengumumkan pula mereka yang memiliki kenderaan layak pula mendapat subsidi tunai sehingga RM625. Keistimewaan diberikan kepada mereka selepas membayar cukai jalan dan potongan cukai jalan dan sehinggalah kepada pengguna minyak diesel.
Namun begitu, bagaimana pula dengan mereka yang tidak menggunakan bahan api? Contoh bagi golongan penarik beca disesetengah negeri, mereka tidak mendapat apa-apa keistimewaan daripada subsidi tunai malah terus terhimpit dan menjadi mangsa kesan kelangsungan kenaikan harga minyak dengan kenaikan mendadak harga barang keperluan. Ini akan mengundang pelbagai masalah.
Pak Lah kata rakyat negara ini kena faham (Berita Minggu, 8 Jun) kenapa minyak negara kita mesti dinaikan. Sejak ianya menjadi isu, kerajaan mendakwa akan mengatur pelbagai strategi dan berusaha sedaya upaya mengurangkan kesempitan yang dialami, terutama oleh golongan berpendapatan rendah. Baguslah kalau tahap kualiti hidup rakyat sentiasa menjadi agenda penting kerajaan seperti slogan popular BN "Tradisi Membela Rakyat".
Namun bagaimana pula kualiti kehidupan rakyat sebelum ini? Adakah selepas isu minyak ini kerajaan baru sedar untuk memperbaiki tahap kualiti rakyat? Cuba kita lihat pendedahan dalam blog Dr. Hj. Mohd. Hayati b. Hj. Othman, MP Pendang dalam "Malaysia Negaraku Yang Kaya". Menurut Dr Hj. Mohd Hayati, (seperti dalam gambar) ini adalah sebahagian daripada suasana yang berlaku diceruk kampong (di Kedah) dan suasana ini masih kelihatan dalam laungan 50 tahun negara merdeka. Bukan sahaja Sabah dan Sarawak yang membuat laungan kemiskinan dan kemudahan asas yang berkurangan, malah Kedah sebelum ini tidak pernah diperintah oleh parti lain selain Perikatan dan Barisan Nasional, tetapi dalam susana mewahnya negara, lihatlah rumah rakyat masih lagi diperbuat dari buluh. Bagaimanakah nasib mereka selepas kesan kenaikan harga minyak ini? Wallahhualam.
2 ulasan:
Saudara kulatlapok,
Tak tengok Buletin Utama semalam, subsidi minya itu ibarat memberi candu kepada rakyat. Apa pandangan saudara? Kadang2 naik meluat tgk TV3 suku tu, ntah apa nak jadi dengan Malaysia ni.
http://kuda-trojan.blogspot.com/
Mungkin ini ujian Allah... dulu kita diuji oleh pemimpin bernama Dr. Mahathir yang dikatakan zalim tetapi tak pernah nak naikkan harga minayk yang drastik.
Sekarang kita diuji oleh Imam Hadhari yang mencari Al-Ghazali dan As-Shafie, tetapi nampaknya terlupa kesusahan rakyat....
Catat Ulasan