Naib Presiden dan orang kuat UMNO, Datuk Mohd Ali Rustam mebantah jika RTM siar Debat di antara Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Kegusaran Naib Presiden UMNO itu bimbang jika debat itu nanti akan memberi satu advantage kepada PKR dan secara tidak langsung ianya akan memberi publisisti percuma kepada Dato' Seri Anwar melalui saluran yang dimilikii oleh kerajaan.
Semangat yang ditunjukkan oleh Menteri Penerangan yang baru ini tidak seperti Menteri Penerangan yang tewas pada PRU12 yang lalu yang lebih banyak bercakap dan memomokkan terhadap pembangkang terutama kepada DSAI melalui TV yang pernah dikuasainya dulu. Namun hasilnya pula beliau masih gagal mempertahankan serangan yang bertalu arus dari DSAI dan akhirnya tewas pada PRU12 yang lalu.
Berlainan pula dengan Menteri Penerangan yang baru ini, semangatnya sangat dipuji kerana menyambut cabaran DSAI untuk berdebat tentang isu (minyak) yang sangat popular sekarang. Keberanian beliau mengalahkan semangat Hang Tuah yang sepatutnya dimiliki oleh Naib Presidennya, Datuk Mohd Ali Rustam yang begitu gusar dan amat tidak bersetuju (Bernama-28Jun) jika debat ini diadakan. Saranan orang kuat UMNO itu seperti sudah tewas sebelum berjuang.
Debat bertema "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" anjuran portal berita Agenda Daily yang dijadualkan pada 15 Julai depan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Dato' Ahmad Shabery dan Dato' Anwar telah mengesahkan penyertaan mereka sebagai panel dan debat itu mungkin disiarkan secara langsung oleh beberapa stesen televisyen. Apa yang pastinya kedua-dua ahli panel ini sudah semestinya telah bersedia dan mempunyai berbagai alasan yang kukuh untuk menangkis serta mempertahankan serangan antara satu sama lain.
Sebelum itu menurut orang kuat UMNO, Datuk Mohd Ali berkata ramai lagi pemimpin yang mempunyai kreadibiliti dan bekerja keras membantu kerajaan boleh diundang untuk berdialog dan disiarkan melalui televisyen. Beliau menyatakan banyak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) telah membantu kerajaan menerangkan kepada rakyat supaya faham, kenapa tidak panggil mereka ini berdialog di televisyen daripada memberi tempat kepada (DSAI) orang yang hari-hari mengata kerajaan.
PS* DICADANGKAN PIHAK PENGANJUR PERLU MENAMBAH LAGI AHLI PANEL TERUTAMA DATUK MOHD ALI RUSTAM YANG MAHIR TENTANG EKONOMI BAGI MENANGKIS SERANGAN DSAI. WALLAHUALAM.
6 ulasan:
Orang gagap mana boleh berdebat..
Wah..tak sabar nak tengok ni...jangan lupa remind member-member kalau tahu..
Salam:-
Kemungkinan tak jadi.Anwar didakwa meliwat lagi. Report polis telah dibuat oleh mangsa di Kuala Lumpur.
salam... abe MIE ada seorang sahabat bekerja bersama-sama. Kisah ini berlaku lebih 10 tahun lepas. Dia berbangsa India. Kejadian berlaku jam 2.00-3.00 pagi. Pada masa itu disko yang beroperasi di damansara, selangor itu ingin menutup operasinya. jadi semua pelanggan diminta pulang. Tiba-tiba datang VVIP, iaitu anwar ibrahim yang ketika itu menjadi TPM dan menteri kewangan. Beberapa orang guard peribadinya menyuruh disko dibuka tetapi hanya orang tertentu sahaja boleh memasuki termasuk beliau. menurut sahabat saya yang bekerja di sana, katanya anwar 1. sedang minum minuman keras 2. dihimpit bidadari beberapa orang 3.kemudian menari dan berdance macam penari 70-an 4. berkaraoker sambil memeluk bidadari yang masih bergetah (azizah tak ada)... mat sabu (PAS), pernah gelar anwar sebagai al-juburi...tetapi susah hendak percaya.... terimalah hakikat sekiranya kita memberitahu keburukan orang lain sebenarnya keburukan itu adalah diri kita sendiri. mungkin anwar kena terima sejarah yang dia alim ULARMAK dan alim kucing. pkrpasdap.blogspot.com
salam for abas n abi Mie,
Dalam politik segala macam hal boleh berlaku seperti dalam Hikayat 1001 Malam. Untuk kita selamat naik ke atas yang bawah seperti terpaksa menjadi tempat memijak, biarpun setakat paras leherpun sudah mencukupi.
Biarpun seribu saksi yang tampil,namun untuk mendapatkan yang satu sebagai benar-benar tulen pun masih diragui. Wallahualam
Salam Cendawan Malaya,
Sekarang ni JOM HEBOH satu Malaya pasal Anwar Ibrahim. Pening Kepala, buat malu Melayu dan Islam sahaja.
Nak suruh berdialog untuk kebaikan Negara pun susah sangat nak kumpulkan mereka mereka ini. Hah, sekarang lagi pening dan banyak yang nak didialogkan..
nampaknye abe mie dah keluar topik. tahu dia ni bahasa melayu? padanlah tak ade pengomen nak layan dia. banyak dia mencelah di mana-mana ulasan pun semuanya merapu. dah lama saya perhatikan komen dia ni. tapi maaflah saya nak layan dia kali ni jer. agaknya dia ni bukan dari plenet bumi kot. saya dia terima islam pun mungkin bukan dari plenet kita. sebab islam di plenet kita ni kalau menghebohkan keburukan saudara sesama islam tu haram. tapi dia ni suka sangat buat perkara tu. ini bila saya respond ni tentu dia suka dan gelak berguling-guling sebab sebelum ni tak pun orang layan dia!
bab saberi ni dia nak tunjuk hero kot? dia ni gagap ke, macam kata harimau-menaip? kalau gagap macam mana nak berbahas? entahlah dunia ni pelik sungguh! tapi kalau gagap macam mana boleh tok lah angkat dia jadi menteri penerangan?
Catat Ulasan