Khamis, 12 Jun 2008

MAKLUMAT PENTING! SILA BACA HINGGA HABIS

Kepada semua rakan blogger, jangan ambil mudah maklumat ini. Mungkin ramai yang dah mengetahuinya, tapi di sini saya siarkan semula untuk maklumat pembaca dan penulis blogger. Emel ini saya terima dari rakan saya, dikatakan dihantar dari Tokyo, Japan. Mungkin ianya maklumat berguna untuk kita semua. Baca!..baca!..baca!... sila baca hingga habis....!!


Alida Mahmod,
SecretaryMalaysian Indsutrial Development Authority (MIDA),
Tokyo Office32F, Shiroyama Trust Tower,4-3-1, Toranomon, Minato-ku,
Tokyo 1055-6032Tel: 03-5777-8808Fax: 03-5777-8809

E-mail: midatokyo@midajapan.or.jpWeb: http://www.midajapan.or.jp/

Tolong baca sampai habis. Mungkin ini buah fikiran yang sangat baik. Mari kita renung dan fikir- fikirkan, kemudian kita lakukan. Idea daripada orang-orang yang kerja kat PETRONAS - price control. Idea yang sangat menarik? Tapi adakah ianya berkesan? Nampaknya menjelang tahun depan harga petrol akan menghampiri RM 2.00. Mahu supaya harga petrol turun? Kita perlukan satu tindakan bijak dan bersepadu. Philip Hollsworth menawarkan idea bagus ini. Ianya LEBIH BERKESAN berbanding kempen 'jangan beli petrol pada hari tertentu' yang dilakukan pada April atau Mei lalu.

Syarikat minyak hanya akan mentertawakan sebab mereka tahu dengan tidak membeli petrol, kita akan menyusahkan diri sendiri. Ia lebih menyusahkan pengguna sendiri berbanding penjual. Tapi, tak kiralah dari siapa idea ini yang mencadangkan pelan yang benar-benar berkesan. Sila teruskan membaca dan ambillah bahagian dalam rancangan ini. Mengikut kenyataan dari negara-negara pengeluar minyak anggota OPEC harga seliter petrol adalah semurah 89 hingga 95 sen sahaja.

Tetapi syarikat-syarikat pembekal minyaklah yang mengaut keuntungan besar dari situasi sekarang ini. Kita sebagai pengguna perlukan tindakan agresif untuk 'MENGAJAR' mereka bahawa PEMBELI juga ada kuasa untuk yang mengawal harga, bukan penjual sahaja. Dengan harga petrol yang naik begitu tinggi sekarang ini, kita pengguna perlu bertindak segera. Satu cara yang disarankan untuk menurunkan harga petrol ialah dengan memberikan tamparan 'market leader' industri berkenaan, iaitu dengan tidak membeli petrol dari penjual tertentu.

Ini dapat kita lakukan tanpa menyusahkan diri kita sendiri. Ideanya begini :-
Untuk sepanjang tahun ini, JANGAN beli petrol dari TIGA SYARIKAT MINYAK TERBESAR DI DUNIA, iaitu:- 1) ESSO/MOBIL 2) SHELL dan 3) PROJET. Tiga syarikat gergasi inilah yang sebenarnya mengawal harga runcit petrol dan mengaut keuntungan berbilion untuk diri mereka sendiri. Jika mereka tidak merasa penjualan petrol mereka menurun secara tiba-tiba sedangkan pesaing mereka akan terus maju, mereka akan mula menurunkan harga. Dan jika mereka berbuat demikian yang lain akan turut serta. Tetapi, untuk kaedah ini memberi kesan, kita kena memberitahu berjuta pembeli ESSO/MOBIL, SHELL dan PROJET.
Ia sangat mudah dilakukan. Saya akan terangkan disini caranya:-
Saya menghantar mesej ini kepada ramai orang. Jika setiap kita menghantar kepada sekurang2nya 10 orang atau lebih (30 x 10 = 300)? Dan 300 orang ini hantar kepada sekurang2nya 10 orang atau lebih (300 x 10 = 3,000)? dan seterusnya. Sebaik mesej ini sampai kepada generasi penerima yang ke 6, ia sebenarnya telah disebarkan kepada lebih TIGA JUTA pengguna petrol.
Sekali lagi, apa yang perlu anda lakukan ialah :
1) Menghantar mesej ini kepada 10 orang atau lebih, itu saja.
2) Berhenti dengan serta merta membeli petrol dari ESSO/MOBIL, SHELL danPROJET. Itu sahaja.....Berapa lama ia akan berlaku? Jika setiap kita menghantar email kepada 10 orang dalam satu hari, semua 3 JUTA orang akan dapat dihubungi dalam masa 8 hari sahaja. Saya cabar anda, jangan sangka anda tiada kuasa, bertindak secara bersama. Ia pasti akan membuahkan hasil. Jika anda terima saranan ini, sila sebarkan email ini.TOLONG KEKALKAN KOMITMEN ANDA SEHINGGA MEREKA TURUNKAN HARGA DALAM LINGKUNGAN 80 SEN SELITER..

Mudah saja, anda cuma perlu....... ......
1. Forwardkan email ini kepada kawan-kawan dan kenalan,
2. Beli petrol dari PETRONAS atau BHP atau CALTEX sahaja .....
3. Jauhi diri anda dari stesyen petrol ESSO/MOBIL, SHELL dan PROJET selagi harga minyak masih mahal...

Wallahualam.

11 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Ini adalah taktik orang Petronas. Kencing je bro.

Gelombang Rakyat berkata...

Nama 3 syarikat yang dicadangkan itu bagus. Cuma saya nak tanya, bagaimana rakyat Malaysia yang berniaga secara ikhlas menjadi stesyen outlet ketiga-tiga syarikat berkenaan..?

KUDA TROJAN berkata...

Terima kasih, nanti saya bertindak

Tanpa Nama berkata...

walaupun nie maybe idea orang Petronas utk memasarkan stesen minyak diorg, tapi they got a point here..sememangnya that 3 big companies control world oil prices.

orang malaysia yg menjadi outlet utk 3 syarikat berkenaan terpakselah terima kenyataan nie bahawa mereka meniagakan product syarikat2 ular sawa dunia.

tanyelah soalan2 nie kpd diri sendiri...kenapa perlu fikirkan nasib rakyat malaysia yg bukak outlet 3 syarikat nie...sedangkan kita sendiri tahu mereka2 nie berniaga berpuluh tahun & mereka sememangnya untung besar berniaga bukak stesen minyak.

yg selalu rugi adalah pengguna...pengguna yg asyik duduk diam, tak mahu sertai kempen boikot...mereka2 nie lah yg sebenarnya rugi.

kita ada kuasa pengguna....apa salahnya kita gunakan kuasa nie, tunjukkan kekuatan kita pd dunia.

at least...by end of this year, make sure 3 syarikat besar nie dpt feed back dari malaysia bahawa rakyat malaysia menolak product mereka.

3 syarikat minyak nie kaya berlipat ganda....kita pengguna nie dipijak-pijak kepala, diluku-luku, ditertawakan oleh 3 syarikat besar nie....tidak kah kita terasa marah??

marilah berubah...marilah sertai kempen boikot 3 syarikat minyak nie!!!

melayuangkat berkata...

Salam Cendawan Malaya,

Mak Cik memang sokong Petronas tetapi kadang kadang pergi sahaja ke steysen yang berhampiran.

Kawan kawan Mak Cik pun ramai yang jadi taukeh Shell, Esso dan Petronas.
Bukan senang Kulat mereka berniaga. Seribu satu macam problem.

Contohnya, pengurus sendiri lari bawa wang kutipan harian, pekerja 'chow' ikut suka mereka. Yang Bangla lain problem - tak boleh kerja bila dah bercinta dengan Minah kita, kecurian, tandas di Stesyen atas dirosakkan, hai senarainya tak mungkin habis..

Bukan apa, Mak Cik nak kongsi apa luahan mereka pada Mak Cik. Kadang kadang nak hilang tension dia orang call bual bual dengan Mak Cik.

Mak Cik suruh mereka TABAH sahaja, jangan mudah putus asa. Cina cina dulu pun macam tu, mereka tabah, bukan pandai macam mana pun. Peluang dapat berniaga Stesyen minyak ini pun patut diSyukuri dan dipelihari nikmat ini dengan kerja kuat dan sabar.

Jadi kalau kita boikot Steysen Minyak Shell, Esso atau Projet kesihan pula mereka mereka orang kita yang baru nak berniaga ini.

Begitu juga pekerja pekerja di kilang Penapis minyak Shell dan Esso di Port DIckson yang rata rata pekerja mereka adalah orang Melayu. Warong warong makan disekitar Kg. Arab Port Dickson mungkin terjejas jika Kilang Penapis ini tutup..

Jadi kita fikir fikirkanlah dulu sama ada tindak tanduk kita ini banyak baik dari buruknya dan apa sebenar yang akan kita semua capai akhirnya. WaAllahuAlam.

Tanpa Nama berkata...

Deiii...kulatpok..

Ko memang kulat lapok...Conoco Philip dah tak beroperasi di Asia Pacific..camno nak ado Projet ket sini....

Tapi one thing I agree, those Company putting pressure to Malaysia Goverment to liberalise fuel price...cerita ni dah lama dah....

BP tarik diri dari Malaysia cause Malaysia Control price. Diesel Euro 2M standard tak jadi jual kat Malaysia sebab this Oil company charge extra to Kerajaan. Kalau kita lihat Thailand dan Singapore dia orang guna Diesel gred Euro 3..kita je lagi guna Diesel mencemarkan alam sekitar...tu pun naik sampai RM100....THAILAND DIESEL MAHAL PASAL GUNA STANDARD DIESEL EURO3..INGAT TU>>>

Unknown berkata...

Salam Cendawan Malaya,

Setuju. Saya pelanggan tetap Petronas melainkan jika tiada stesen berkenaan di satu-satu tempat.

Isu harga minyak sebenarnya dipengaruhi atau di"atur" oleh spekulator dagangan hadapan. Inilah masalahnya. Harga pasti akan turun jika dagangan hadapan minyak mentah dihentikan dan dengan itu spekulator tidak boleh "menetapkan" harga. Ada spekulator yang "bekerja" untuk syarikat minyak tertentu semata-mata untuk menaikkan harga minyak mentah.

Negara-negara utama pengeluar minyak seperti Arab Saudi perlu bertindak berani dengan tidak menggunakan dolar Amerika untuk urus niaga minyak. Gunakan wang sendiri atau matawang lain selain dolar Amerika. Langkah ini dapat membantu menurunkan harga minyak.

Gelombang Rakyat berkata...

Terima kasih kerana menjawab pertanyaan saya.

Faham sudah maksudnya.

Sila berikan gambaran lebih jelas macam mana tindakan kita ini boleh mendatangkan kesan yang segera.

Impak maksima!

Terima kasih...

azhar berkata...

Idea yg bagus...!!boleh cuba..aku pun dah lama guna minyak PETRONAS aje...!SUPPORT BARANGAN & SYARIKAT TEMPATAN....

azhar berkata...

Idea yg bagus...!!boleh cuba..aku pun dah lama guna minyak PETRONAS aje...!SUPPORT BARANGAN & SYARIKAT TEMPATAN....

zeme berkata...

Salam,

Selain PETRONAS, ada satu lagi syarikat minyak tempatan iaitu Boustead Holdings Petroleum (BHPetrol) yang dulunya adalah British Petroleum (BP). BHPetrol adalah anak syarikat milik penuh Boustead Holdings Berhad iaitu ahli kumpulan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Jadi sekarang anda ada pilihan PETRONAS dan juga BHPetrol.

Wasalam.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN