Sejak menghadapi kesan kenaikan harga minyak dan barang keperluan, kerajaan pimpinan Pak Lah dan kuncu-kuncu anggota kabinetnya telah mengambil berbagai tindakan untuk membantu meringankan beban golongan berpendapatan rendah. Antara langkah terbarunya ialah membenarkan kakitangan awam menjalankan kerja-kerja sambilan (B/Harian-24 Jun) terutama perniagaaan seperti pasar malam selepas waktu bekerja. Hal ini akan memberi peluang kepada 850,000 kakitangan awam bakal menjadi ahli perniagaan malam hari.
Namun cadangan awal ini telah mendapat tentangan dari Kementerian Sumber Manusia yang tidak bersetuju dengan cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk membolehkan kakitangan kumpulan sokongan bekerja sambilan selepas waktu pejabat.Timbalan Menterinya, Datuk Noraini Ahmad berkata, kakitangan awam tidak boleh melakukan kerja sambilan kerana ia telah terikat dengan perjanjian dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan dikhuatiri boleh mengganggu produktiviti mereka.
Namun lampu hijau telah pun diberikan oleh kabinet dan mereka yang berminat boleh menceburi bidang perniagaan seperti berniaga di pasar malam atau membuka gerai makanan. Apa yang membimbangkan nanti ianya bukan sahaja diceburi oleh golongan berpendapatan rendah, akan tetapi golongan profesional yang banyak hutang juga cuba mengintai peluang ini. Tidak hairanlah nanti kalau budak-budak peon beniaga bersebelahan dengan bossnya. Bagaimanapun, kakitangan awam yang diberikan permit berniaga tidak harus mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai penjawat awam yang diamanahkan kerajaan. Jangan disebabkan kerajaan memberi peluang untuk menambah pendapatan, segala urusan di jabatan diketepikan, sebaliknya mengutamakan kepentingan dalam perniagaan. Jika ini berlaku, masyarakat akan menuding jari dan menyalahkan kakitangan kerajaan kerana gagal memberi perkhidmatan cemerlang kepada rakyat.
Soal kerja sambilan oleh kakitangan kerajaan ini terkenang saya pada Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang sejak awal lagi telah menasihatkan kepada pekerja sektor awam ini dalam filem Masam-masam Manisnya. Antara dialognya - "Saya suka main bola, hari-hari saya main bola" sehingga kepada murid-murid lain dialognya dah berubah "Saya suka main bola, hari-hari err..cikgu tidor, mari kita main" maka memekaklah satu kelas tanpa dihiraukan oleh Cikgu Shaari yang keletihan mengantuk....bbrrrrrr..!!!
6 ulasan:
Salam Kulat....
Itulah kebimbangan yang sering diutarakan, namun jika dipandang dari sudut yang positif, perkata ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan taraf hidup dan pendapatan seseorang individu ni. Biar kerajaan beri peluang, peluang itu harus difikirkan secara kreatif dan bijaksana agar yang yang dikendong tidak berciciran....Selamat bertugas!
Pak Menteri kita, kalau buat keputusan mana pernah pikir impak jangka panjang. Susah-susah, biar kita je perintah negeri ni.
Ramlee...oh ramlee.. Agaknya, itulah kualiti seniman yang didepan zamannya..
Salam Cendawan Malaya,
Ya, kita semua ingat kisah lucu dalam Masam masam manis ini.
OK kot kalau dah dapat lampu hijau nak kerja part time asalkan kerja utama tak diketepikan.
Memang susah jugakan, kalau mereka jadi penyanyi part time malam malam hari misalnya, nanti jadi realiti pulak masam masam manis ini.
Mak Cik rasa ini terpulang kepada keupayaan masing masing. Kena tanya diri sendiri.
Hello bro,
I nak berniaga kuaci dan apam kat depan gate utama PM office.
U orang boleh niaga air ceduk sebelah i.
salam blogger semua,
Dah takyah nak tunggu malam nak berbiaga, lahni kat office dah macam shoping bergerak, macam2 ada diaorang bawak. kalau ada minyak keta blackmarkert pun dioarang nak jual. Yang berniaga malam sekarang nipun dah ada yang tido kat stor di office. Itulah hasil produktiviti untuk Pak Lah.
Catat Ulasan