Memaparkan catatan dengan label Kempen Pilihanraya.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kempen Pilihanraya.. Papar semua catatan

Rabu, 24 September 2014

APAKAH BENAR DAKWAAN CIKGU MALA.??

Bekas calon PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) Tenang NormalSudirman mempertikai
kan tindakan isteri calon BN di PengkalanKubor Khairos Husin disini yang mengambil cuti sebagai guru sekolabagi membantu kempen suami.

Dalam kenyataan itu, Normala yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mala, membandingkan isteri calon BN itu dengan apa yang menimpa suaminya dalam pilihan raya kecil Tenang tiga tahun lalu sehinggakan suaminya menerima tekanan psikologi surat tunjuk sebab 'Buang Kerja atau Turun Pangkat'. 

p/s: PRK DUN Tenang dan PRK Pengkalan Kubor, pasangan warga pendidik dilayan secara tidak adil dan double standard,” dakwanya.

Selasa, 25 Ogos 2009

BN PARTI PERTAMA 'MEROGOL' PERATURAN SPR.??

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan enam peraturan mengikut Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 akan dikuat kuasa pada hari mengundi pilihan raya kecil Permatang Pasir dan ini merupakan peraturan yang pertama diadakan bagi Pilihanraya Kecil dan mungkin seterusnya akan diguna pakai pada Pilihanraya Umum nanti. Setiausaha SPR, Datuk Ngah Senik, berkata peraturan itu merangkumi larangan seperti disini.

Tapi apa yang berlaku pada PRK di Permatang Pasir semalam, BN menjadi parti pertama yang merogol peraturan yang telah ditetapkan. Penyokong Umno dilaporkan memakai unifom rasmi parti BN yang membawa lambang Umno semasa hari mengundi. Mereka didapati terang-terang memakai pakaian parti secara berunifom disini.

Kesalahan yang terang-terang dilakukan ini membuktikan UMNO dan BN melanggar peraturan yang telah dicipta oleh mereka sendiri.

Apakah SPR akan mengambil tindakan terhadap penyokong BN ini?

sumber:beritaharian23ogos/biaqpila.blogspot.com

Rabu, 8 April 2009

PAKATAN RAKYAT PATUT UCAP TQ PADA TV3

Pakatan Rakyat (PR) yang rasanya masih lagi meraikan kemenangan mereka di dua bukit disarankan jangan lupa melontarkan ucapan khas 'terima kasih' kepada stesen TV tersohor negara iaitu TV3 yang tidak pernah ketinggalan mengambil bahagian setiap kali pilihanraya. Kemunculan program2 dan liputan khasnya dilihat oleh ramai pemerhati politik sebagai bantuan khas secara tidak langsung yang patut disambut oleh PR seperti 'kecil tapak tangan, nyiru PR tadahkan' . Pembaca2 TV3 seperti dengan wajah selamba yg seolah-olah terpaksa 'menelan pahit' membacakan skrip liputan khas tentang Anwar Ibrahim yang diulang2 sehingga ke saat2 akhir berkempen. Setiap kali pilihanraya, Ketua Umum PKR itu sentiasa menjadi mangsa exposure TV3 sehingga rakyat pun dah mula muak dengan permainan "ulang tayang" yang menambahkan lagi 'kebencian' rakyat kepada TV penjuak ini. Justeru Pakatan Rakyat perlu membuat postmortem bagaimana bantuan kempen 'percuma' TV3 itu berjaya menambahkan lagi bilangan majoriti pengundi yang dimenangi oleh PR di 3 PRK.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN