Ahad, 9 Mei 2010

PERLUKAH MASYARAKAT MENUDING JARI PADA POLIS?



Belum lagi reda satu kes, timbul lagi satu kes yang membabitkan anggota keselamatan negara ini. Nampaknya isu polis menembak ni semacam bermusim. Seolah-olah kuasa yang diamanahkan kepada mereka digunakan dengan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan kesan kepada masyarakat dan imej kepolisan itu sendiri.
Namun begitu, adakah kita perlu menyalahkan mereka (anggota polis) 100%. Adakah kerana kecuaian atau mereka terpaksa mempertahankan diri mereka daripada menjadi mangsa penjenayah. Kedua-dua persoalan ini sememang tidak dapat lari daripada konfliks yang mereka hadapi. Jika mereka biarkan jika benar penjenayah, nyawa mereka pulak yang terancam. Kalau bukan pulak, mereka yang dikejar atau diminta berhenti untuk pemeriksaan polis, tidak harus melarikan diri begitu sahaja kerana ini boleh mendatangkan curiga kepada pihak polis yang sememang telah diajar mengenali cara atau gerak geri yang mencurigakan seorang susupek.
Dalam kes seperti ini, cuba kita sorot kembali beberapa peristiwa yang mana pihak polis pula menjadi mangsa seperti di sini dan di sini demi tugas yang telah diamanahkan kepada mereka. Adakah masyarakat simpati dengan nasib anggota dan keluarga mereka? Apapun dalam kes-kes seperti ini, kedua-dua pihak antara masyarakat dan pihak keselamatan tidak boleh dapat lari mewujudkan elemen kerjasama. Kedua-duanya seperti saling memerlukan, jika tidak maka pincanglah kerjasama itu dan sesuatu matlamat yang diperlukan tidak akan tercapai terutama elemen yang paling penting iaitu dari segi aspek KESELAMATAN MASYARAKAT KOMUNITI DAN NEGARA KHASNYA.

Tiada ulasan:

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN