




Anggota Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan kini menghadapi risiko hilang kelayakan sebagai wakil rakyat apabila beliau hari ini didenda RM3,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini. Gobalakrishnan didapati bersalah mengikut Seksyen 186, Kanun Keseksaan terhadap pertuduhan menghalang anggota polis sebagai penjawat awam menjalankan tugas pada tahun 2002.
Gambar video di atas adalah merupakan pemeriksaan lubang jubur menggunakan kamera atau dipanggil 'colonoscopy'. Kamera optik akan dimasukan ke dalam lubang jubur individu itu untuk melihat dengan lebih jelas keadaan permukaan dubur luar dan dubur dalam sehingga kepada usus besar. Adakah pemeriksaan seperti ini dilakukan terhadap handsome boys, si Saiful Bukhari yang mengemut selama dua hari menyimpan air mani DSAI?
Prosiding perbicaraan LIWAT PART 2 DSAI kini semakin menarik perhatian masyarakat bilamana cerita2 baru mula terbongkar. Antara yang paling menarik ialah sebelum membuat laporan Polis, rupa2nya si Mat handsome ni telahpun membuat perjumpaan awal dengan beberapa individu yang mana kesemuanya adalah MUSUH POLITIK DSAI sendiri.
Antaranya pertemuannya dengan ACP Rodhwan Mohd Yusof (sekarang SAC 1) dan kemudiannya dia membuat panggilan telefon kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sehari sebelum kejadian berkenaan. Yang paling menariknya ialah pertemuannya dengan orang yg memang sedang 'mengantuk disorongkan bantal', orang yang dikatakan sedang menunggu isu seperti 'pucuk dicipta ulam mendatang' iaitu yg kini telah menjadi musuh ketat DSAI, bekas Ketua Pemuda PKR, EZAM MD NOR (yang mendakwa layak diberi jawatan Senator) di Rawang, sehari selepas kejadian berlaku ( 27 Jun) bagi mengadu kepadanya berhubung “penganiyaan” oleh Anwar.


Rasanya isu Kalimah Allah masih lagi belum reda. Beberapa pihak seperti PERKASAM dan terutamanya beberapa pemimpin dikalangan UMNO tetap berkeras penggunaan nama Allah hanyalah untuk orang Islam. Walau pun ramai percaya ada juga dikalangan ahli2 UMNO terutama mereka yang memandangnya dari segi ilmiahnya merasakan ianya boleh dipersoalkan. Masakan tidak, demi untuk kelangsungan dan kepentingan politik, mereka meredhakan pula bacaan Yassin untuk calon BN, P.Kamalanathan semasa PRK P.094 di Hulu Selangor tempohari seperti yang tertera pada gambar di atas.
GAMBAR INI TELAH DIJUMPAI DALAM LAMAN FACEBOOK YANG MENDAKWA TERTERA DARI 'PEMUDA UMNO'. STATEMENT INI JELAS SUATU UGUTAN/ANCAMAN. AYUH..!! SEMUA RAKYAT MALAYSIA DISELURUH NEGERA DIMINTA MEMBUAT LAPORAN POLIS. INILAH PRODUK YANG PALING MAHAL YANG DIHASILKAN OLEH PARTI DOMINAN BANGSA MELAYU SELEPAS PEKASAM.