Ahad, 15 Mac 2009

UMNO CUBA BUKTIKAN KEPUTUSAN ISTANA PADA PRK PARLIMEN BUKIT GANTANG


BN (UMNO) awal2 lagi telah pun mengumumkan ayam tambatannya bagi menghadapi ketiga2 pilihanraya kecil pada awal April ini. Antara yang paling menarik ialah keputusan Parlimen Bukit Gantang nanti bakal menyaksikan apakah krisis politik di Perak, akan dapat membuktikan kepada rakyat Malaysia yang keputusan pahit pihak Istana itu benar2 menyebelahi Kerajaan Lompat BN yang baru.
Di antara ketiga2 Pilihan Raya Kecil (PRK) ini, Bukit Gantang menjadi fokus rakyat Malaysia dan ramai para pemerhati politik meramalkan PAS dijangka akan mengekalkan penguasaanya. Menurut Profesor sains politik dari Fakulti Kajian Asia Tenggara, Universiti Johns Hopkins di Washington DC, Bridget Welsh meramalkan Pakatan Rakyat akan menang di dua pilihan raya kecil, Bukit Gantang di Perak dan Bukit Selambau di Kedah. Welsh sebelum ini pernah meramalkan dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, PAS akan menang 2,000 undi tetapi PAS mendapat 2,613 undi.
Dijangkakan 40 peratus pengundi tegar Melayu tidak akan berubah dan selebihnya pengundi atas pagar Umno dan beberapa pengundi bukan Melayu yang mungkin meningkat dengan perkembangan kerajaan negeri di Perak di mana kaum Cina dan kaum India akan memberi sokongan simpati kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang bagi mereka hanya masalah teknikal Undang2 Tubuh Negeri Perak dan mainan politik BN yang menyebabkan kerajaan PR Perak tumbang dan bukan masalah dan pilihan kehendak rakyat Perak sendiri.
Menurut tinjauan, hampir dua pertiga pengundi Perak iaitu kira2 74 peratus mahukan DUN dibubarkan manakala 76 peratus pengundi juga ingin melihat "pilihan raya menerusi rakyat" diadakan untuk menentukan kerajaan pilihan mereka. Justeru perbalahan politik di Perak sejak penghujung bulan lalu yang dilihat ramai pemerhati politik bahawa peranan istana dalam kes ini (perubahan kerajaan) tidak mencerminkan kehendak rakyat negeri Perak dijangka akan mempengaruhi PRK Parlimen Bukit Gantang . BN pula dijangka akan menyiapkan bala tenteranya dan menggunakan segala kekuatan yang ada bagi mengembalikan keyakinan rakyat Perak serta cuba membuktikan yang keputusan Istana itu adalah tepat. Wallahua'alam.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Salam sdr.

Walau sebesar mana bala tentera dan kekuatan manusia tidak akan ada bandingannya dengan kekuasaan dan kekuatan Allah.

Kun fayakuun!

Tanpa Nama berkata...

kalau lihat pada gambar pendapat pada post nipun, Dr. Zambry masih tidak mendapat kepercayaan rakyat. Hanya 5% yg setuju tu adalah dikalangan penjuaknya sahaja.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN