MOHD. SULAIMAN menunjukkan keadaan struktur rumahnya yang uzur di Kampung Teluk Jeri Luar, Tanjung Sedeli, Kota Tinggi.
Hidup dalam kedaifan. Akibat tidak mempunyai bilik yang mencukupi, tiga anaknya terpaksa tidur di sini. Begitulah kepayahan yang dilalui oleh Mohd. Sulaiman Abd. Rahman, 56, seorang penduduk dari Kampung Teluk Jeri Luar, Tanjung Sedili yang terpaksa menjalani kehidupan sukar bagi membesarkan lapan anaknya.
Ahli Parlimen K. Tinggi & ADUN Sedili
Begitulah nasib Mohd. Sulaiman yang terpaksa memperjuangkan nasibnya sendiri di bawah naungan payong pemerintahan BN selama 40 tahun manakala Ahli Parlimennya pula bakal berjuang untuk menempatkan diri sebagai pemimpin tertinggi UMNO pada penghujung Mac ini. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi nasib Ahli Parlimen Kota Tinggi itu jika untung sabut timbul... akan merubahkan kedudukannya namun ianya belum menjamin kedudukan yang lebih selesa untuk Mohd Sulaiman dan keluarganya. Mungkin juga ADUN Sedili begitu sibuk dengan tugas sebagai YB sehingga nasib pengundinya tidak mendapat pembelaan sewajarnya. Ataupun mungkin juga mereka pasti bahawa Mohd Sulaiman bukanlah pengundi setia BN. Wallahua'alam.
6 ulasan:
Salam ziarah,sebuah blog yang menarik...semoga Allah istiqomah kita dalam setiap amalan....minta ziarah blog saya untuk tujuan muzakarah dan add blog saya sebagai rakan blog anda..tq
Salam ziarah,sebuah blog yang menarik...semoga Allah istiqomah kita dalam setiap amalan....minta ziarah blog saya untuk tujuan muzakarah dan add blog saya sebagai rakan blog anda..tq
salam Anak Pendang...
Terima kasih kerana menziarah ke sini. Saya sudah ke blog sdr. Tahniah memnag bagus, semoga dapat mentarbiahkan dan berkongsi ilmu khususnya bab2 agama.
Salam Kulat: Yang dah kaya pi lagi cari KUASA untuk lrbih lagi bBERKUASA supaya lebih lagi KAYA. Yang miskin... pilah mampus sama dia..buat apa nak tanggung biawak hidup.!! Itulah Sulaiman yg menjadi mangsa 40 tahun tanpa pembelaaan sewajrnya dari mereka2 yang BERKUASA..
Kat sini kita kekadang tak boleh juga nak salahkan YB kerana mereka memang sibuk dan takan nak melayan satu orang yg susah sedangkan ramai lagi yg susah dari sulaiman tu.. jadi kat sini jelaslah peranan JKKK yg kerja hanya nak elaun tiga empat puluh ringgit tu je.. YB nya patut pekatengok JKKK mana yg malas kerja dan memalukan nama YB PECAT AJELAH kalau kerja nak dok mengangkang aje..
Tuan Kulat & Pak Malau...
Isu JKKK ni selalu menimbulkan kekecohan dikampung2. Ada tu saja nak kan jawatan dari tanggungjawab yg dipikul. Kat kg aku ni JKKK selalu menimbulkan dua puak dalm satu kg. hanya kerana jawatan. Hal ini sama dengan lain2 jawatan dalm UMNO.
Catat Ulasan