Tengku Ahmad Rithauddeen berkata: "Apa yang ada, itu sahaja, nak siasat apa lagi?"
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini sah dilucutkan kelayakannya bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan. Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dalam satu sidang media khas di ibu pejabat Umno mengumumkan kesalahan yang dilakukan oleh Ketua Menteri Melaka itu kerana melanggar peraturan kempen pemilihan parti.
Bagaimanapun, perlucutan hak kelayakan bertanding itu tidak memberi kesan kepada kedudukannya sebagai Ketua Menteri kerana Mohd Ali seperti mendapat perlindugan dan 'amat bernasib' baik kerana hanya diberi amaran keras dan terlepas dari hukuman pergantungan ahli. Hukuman 'aneh' ini menjadi tandatanya kepada banyak pihak kerana kesalahan yang dilakukannya tidak ada bezanya yang pernah dikenakan ke atas bekas Mentari Besar Negeri Sembilan, Tan sri Isa Samad.
Hukuman yang dikenakan ke atas Ketua Menteri Melaka itu dilihat cuba menyelamatkannya untuk terus memegang jawatan ekskutif itu. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam satu kenyataan sidang akhbarnya mengesahkan Mohd Ali kekal menjawat jawatan itu. Mohd Najib cuba mengalihkan soalan wartawan tentang moral pemimpin kanan UMNO itu dengan menyalahkan pula para penyokong yang terlalu ghairah berkempen menyebabkan Ketua Menteri Melaka itu menjadi mangsa.
Kulat: Penafian yang menjadi kebenaran. Suatu hukuman yang aneh dari Lembaga Disiplin UMNO dan suatu jawapan yang pelik dari Najib. Namun logiknya, kalau tiada 'arahan', masa kan tidak penjuaknya bertindak. Pemberi arahan 'bebas' manakala gurka pula yang dihukum. Mungkin terkilan benar Isa Samad di atas hukuman yang disifatkan 'pilih bulu' ini. Yang jadi tanda tanya pula ialah Datuk Norza Zakariah yang disebut2 akan dikenakan tindakan langsung tidak dipangil oleh Lembaga Disiplin UMNO. Manakala Tan Sri Muhyiddin sudah boleh tersenyum sampai telinga manakala Tan Sri Muhammad Taib sedang mengira untung sabut timbul, untung batu tengelam. Wallahua'alam.
7 ulasan:
Tindakan tersebut untuk menjaga reputasi UMNO. Kalau semua dipecat apa yg tinggasl. Hampeeehhh..
salam Kulat Lapok
Lu orang janganlah hairan...Inilah yang dinamakan hukum kanun 'orang bunian' yang nyata nampak tapi perbuatan tidak nampak..
kesiaannn..... nampak gayanya berkecailah harapan Ali Rustam dan berkahirnya era kegemilanganya di Melaka.
hajat dihati nak peluk gunung apakan daya tangan tak sampai..
buah keranji dalam perahu
buah dokong dalam taman
dato ali dibebaskan dahulu
penyokong nya pulak kena tahan
buah keranji dalam perahu
buah dokong dalam taman
dato ali kata dia tak tahu
penyokong pulak kata atas arahan
Begitulah kalau UMNO yg memerintah kerajaan di Malaya ini tidak banyak bezanya keranah yg mereka lakukan dalam kerajaan, Rasuah tetap menjadi sebahgian intipati perjuangan mereka. Macamana dalam UMNO macam itulah mereka nanti dalam kerajaan. Penuh dengan salahlaku RASUAHH.....!!!
Salam saudara kulat,
Rakyat Melaka pastinya rasa malu kerana setelah disahkan terlibat dengan kes rasuah tetapi dia masih menjadi ketua menteri.
Salam takzim
salam blogger semua:
1. Tanpa nama 00:34
2. Putera UMNO
3. Bukit Katil
4. Bukit Cina
5. Busut
6. Kerajaan Rakyat
Terima kasih menitip ke sini:
Iutalah maknanya sudah terang lagi bersuluh. Pengundi di Melaka memnag begitu, matanya tetap BIRU MENDACING walaupun tragedi di depan mata mereka. Wallahua'alam.
Catat Ulasan