Jumaat, 15 Ogos 2008

SAIFUL DAH BERSEDIA MASUK GELANGGANG

"Saya Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 dan pada hari tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya."Jika saya berdusta dengan perkara ini, saya berdusta dengan Allah SWT dan akan dilaknat oleh Allah SWT sehingga hari kiamat."

Dakwaan itu diumumkan di sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur selepas mengangkat sumpah mengikut syariat Islam untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada jam 6.30 petang tadi. Majlis itu disaksikan beberapa pegawai masjid berkenaan dan ahli keluarga Mohd Saiful serta pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Pengakuan beraninya ini menunjukkan pemuda manja ini sudah bersedia memasuki gelanggang untuk pertarungan selanjutnya. Ini merupakan permulaan pusingan pertama dan akan disusuli dengan lebih banyak kejutan selepas ini dimahkamah nanti. Perang sarafnya pertama ini dibuat sehari sebelum hari penamaan calon DSAI di Permatang Pauh esok (16 Ogos). Adakah pengumuman ini merupaka senjata pertamanya yang akan memberi sedikit calar kepada kempen DSAI nanti? Pertembungan yang semakin menarik. Mari kita tengok dan saksikan seterusnya adengan dari pihak DSAI dan seteru utamanya dari UMNO...........Wallahualam.


MARI KITA TENGOK SAPA YANG KENA..??? (Ya! Allah selamatkanlah bangsa Melayu dan Islam negara Malaya ini..)

2 ulasan:

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum Cendawan Malaya,

Sempena Nisfu Syaaban sama samalah kita berdoa agar Allah swt akan mencatatkan Keselamatan bagi kita semua dan Negara tercinta khasnya, InsyaAllah.

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Anwar dah nak jadi Tuhan. Dia dah jadi macam Ayah PIN dan al-maunah dan setaraf ABUNYA. Sumpah 50 kalipun tak ada guna. DIA DAH LAMA KAT BARAT DAH LUPA PASAL ISLAM.

Haji Hadhi anggap sumpah ini macam ajaran Kristian, angkat Al-Quran. DIa memang perangai macam nie. Patutlah rakyat terengganu menolak PAS.

Dr. Asri, memberitahu bila ANwar hendak bersumpah? Jangan main-main dengan sumpah.

Nik Aziz akui sumpah Saiful betul dan mengikut Syariat Islam. Sama diakui oleh JAWI dan ulama tertentu. Patutlah rakyat Kelantan suka pada ulama yang tidak campur aduk dengan politik.

Dr. Harun Din mempersoal kepada Saiful mengangkat sumpah sedangkan Anwar sepatutnya dahulu berbuat demikian. Mungkin Harun Din 'tidak pernah hendak' tahu kenapa Anwar tidak mahu bersumpah.

Bagi abe MIE- Anwar macam Al-Gore. Mana pandang Islam melainkan sebagai pengganas dan menyokong Islam untuk bunuh Islam lain.

Syabas Ibrahim Ali. Anda seorang manusia yang bermaruah. Walaupun menyokong PAS, anda adalah manusia berani kerana benar tanpa mengira bangsa dan fahaman politik.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN