Jumaat, 22 Ogos 2008

BILALAH AGAKNYA MB SELANGOR NAK KENA SAMAN...??

vs

Ulasan menarik dari Abd. Jalil Ali melalui ruangan "dari menara KL" - Sinar Harian 21 Ogos sebuah pandangan untuk dikongsi bersama..

Tidak sangka meletup..!! Hanya dengan memberi pandangan dan cadangan, isu menjadi besar, lebih hangat dari isu 'Pembunuhan Altantuya'. Manusia paling berang ketika isu ini tak lain tak bukan NC UiTM, Datuk Seri Prof Dr Ibrahim Abu Samah serta menegaskan lebih 20,000 pelajar UiTM seluruh negara berasa amat tersinggung. Seterusnya MB Selangor itu dihentam teruk (katanya tiada kaitan politik) melalui media dan pelajar berarak membawa sepanduk mengutuk Tan Sri Khalid Ibrahim.... TIDAK BERHATI MELAYU..??

Menurut penulis, rakyat sekarang sedang menunggu bilakah MB Selangor itu akan disaman oleh NC UiTM itu yang dilihat beberapa kenyataan dalam media eletronik dengan semangat yang berkobar-kobar mengalahkan penceramah politik yang berkempen di Permatang Pauh. MB Selangor itu sepatutnya sudah menerima surat saman sekarang, kata penulis lagi.

Ulasan Menarik Penulis:
1. Cadangan bukan perkara baru, pernah disuarakan sendiri oleh Tun Dr. Mahathir. Tidak ada yang melenting kerana cadangan 'hebat' ini datangnya dari UMNO. Kiranya MB Selangor itu bukan orang PKR mungkin tidak sehebat ini.

2. UiTM bukannya satu2 contoh hak Melayu untuk dikorbankan. Malah sebelum ini, Maktab Latihan Sultan Idris (SITC) yang tubuhkan British pada 1921 di khaskan untuk Melayu sehingga ditukar kepada IPSI dan kini UPSI. Akhirnya 1988 dibuka juga kepada bangsa lain.

3. UKM yang ditubuhkan pada 1970 mulanya diberi keutamaan kepada pelajar Melayu terpaksa mengalah kepada parti2 sokongan BN dan akhirnya dibuka juga kepada pelajar kaum lain. Kini kouta telah melebihi 5%.

4. JPA pada Julai 2008 telah mengumumkan pemberian biasiswa hingga kouta 45% kepada pelajar bukan Melayu. Sebelumnya 60% kouta diberikan kepada pelajar Melayu.

Jadi..menurut penulis lagi, apa luar biasanya isu cadangan MB Selangor itu iaitu cadangan yang telah dikemukakan sendiri oleh pemimpin UMNO lebih 10 tahun yang lalu.

PS*Jangan bimbang, kalau takut hilang Melayu..?? Kita masih ada lagi Tanah Melayu, Keretapi Tanah Melayu, Baju Melayu dan banyak lagi nama2 Melayu... Wallahualam.

11 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Bongap diorang ni.
Tak reti ke sapa yang buat dasar? Nasib baik aku tak study kat UiTM..kalau tak aku mesti sama bengap dengan yang buat demo. tu.

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Buat demo wujud zaman anwar al-juburi lagi. masa tu dia marah kerajaan sebab bekerjasama dengan yahudi. dia juga marah sebab kerajaan ambil alih petronas kerana akan mengganggu urustadbir swasta.

kini, dia kata mahu ambil petronas. anwar juga sahabat kepada yahudi.

PASAL KEDUA-DUA TOKOH, ABE MIE CADANG BUAT DEBAT PERDANA. KITA LIHAT BAGAIMANA SI GAGAP LAWAN DENGAN SI AKADEMIK?

man_helang berkata...

tok rimau...ko jgn ckp mcm tu aku pun terasa gak...tp aku dah lama tinggalkan UITM...bkn sume bdk2 kat dlm tu yg bengong...cuma yg mudah dipengaruhi shj...

abe mie...anwar wujud sejak zaman dlu2 lg ka??? psl dulu2 tok nenek ko gak berdemo tentang malayan union...ha ha...nak ckp tu pandang2 la blakang sket bro...jgn tunjuk sgt ko tu kurang pengetahuan...(bkn bengap bak kata tok rimau...)

melayuangkat berkata...

Salam Cendawan Malaya,

Macam-macam pandangan sekarang ni kan? Ada yang suruh saman, ada yang cadangkan debat.

Lets get this over and done with..soonest possible.

Get back to work!! All of us.

~♥ UmmiAnni ♥~ berkata...

salam mr.kulat,

hang tuah berkata,"takkan melayu hilang di dunia"

yg perlu kita jaga agama Islam yg makin ramai umatnya cuba menentang dan nak meninggalkan Islam...

wallahualam

Tanpa Nama berkata...

Salam sedara cendawan,

Aku sokong penuh ape yg ummi ckp...

Ni idak,asik dok ckp

"Ketuanan tergadai la, DAP pegang M'sia la, jd hamba kat negara sendiri la...."

Nak tanye satu soalan je, mase Singapore dlm Malaya, sape yg perintah Malaya time tu??

PAS ke?? DAP ke? PKR ke??

Berbalik psl UiTM,

aku serahkan kat sedara ayor lemuju tuk komen....

Dia bekas graduate UiTM yg "termasyhur"

Tanpa Nama berkata...

UiTM untuk Melayu???? Atau untuk anak-anak menteri dan kaum kerabat BN? Semak semula komposisi pelajar UiTM, ramainya anak datuk dan berkereta mengalahkan Prof. Pelajar miskin dah semakin pupus di UiTM....

Tanpa Nama berkata...

Alamak,ade ralat sket dlm soalan aku tu?

Maap....

Soalannye sepatut begini:

"Nak tanye satu soalan je, mase Singapore TERLEPAS dr Malaya, sape yg perintah Malaya time tu??

PAS ke?? DAP ke? PKR ke??"

mrf berkata...

apa la..ulasan khalid tu cuma bermotif politik jer..nak pancing undi bukan melayu..tu pon nak gelabah..

masa mahathir cadang nak bukak uitm pada bukan melayu time tu takde ipt cina,ipt india..time tu guna kuota, tak mcm sistem merit mcm sekarang..sekarang ni cina india dah senang2 nak masuk ipt sebab kuota bumiputera dah di hapuskan.. so kasik can la budak2 tu mempertahankan uitm..

kulatlapok berkata...

salam mrf....

Terima kasih respon anda...
Persoalan anda ini tak perlu saya ulas namun anda boleh baca sendiri ulasan Prof.Dr. Abd. Aziz Bari dari UIAM dalam Perspektif -Pendapat@Sinar 25 Ogos 2008.

Sebenarnya MB Khalid tu cuma ulangi apa yg pernah di hasratkan oleh Mantan PM, TDMahathir dalam ucapan sulongnya didewan Rakyat pd. 1964, kemudian diulangai lagi pd. penghujung 1990.Pas tu sebelum berhenti TDM cadang pulak kpd MRSM (dah pun laksanakan) sama seperti apa yng dicadangkan oleh Khali...Tak ada pulak melenting???

Sehingga kini tak ada pulak ulasan dari orang kuat UiTM, Prof. Dtk Seri Ibrahim..?? So apa yang pelik dan ganjilnya cadangan MB Selangor tu Yang hanya dilaungkan hanyalah 'ketuanan melayu' dan Uitm menjaga kepentingan melayu' sehingga pelajar2 melanggar akta universiti tanpa dihalang oleh sesiapa bahkan menteri yang bertanggungjawab..??

Apa yang dicadang oleh MB Selangor itu tidak bertentangan langsung dengan perkara 153(1) Perlembagaan Persekutuan dan tidak ada apa yang salahnya.?? Malaysia sudah merdeka lebih 50 tahun, orang Melayu sepatutnya sudah boleh berdiri sendiri. Manakala ORANG MELAYU YANG SUDAH BERJAYA SEPATUTNYA SUDAH ADA TABUNG MEMBANTU ANAK2 BANGSA MEREKA DAN TIDAK LAGI BERGANTUNG KEPADA KERAJAAN.

Tanpa Nama berkata...

Salam saudara kulat,

Prof. Datuk Khoo Khay Kim kata cadangan ini sudah pun dilaksanakan dahulu (rasa2nya masa zaman TDM) tapi tak dapat sambutan dari bukan melayu.

Jadi apakah sebenarnya isu yang diperdebatkan oleh orang2 melayu mengenai kouta 10% UiTM sampai riuh satu negara?. TIADA ISU.

Masalah yang sebenar ialah BAGAIMANA ORANG MELAYU MENANGANI ISU_ISU YANG MENYENTUH HAK2 ISTIMEWA MEREKA. Tapi nampaknya kita gagal lagi. Perkara ini boleh dibincangkan secara bijaksana tetapi kita memilih demonstrasi dan berkelahi sesama sendiri.

Isu ini sebenarnya boleh diselesaikan oleh 2 orang sahaja iaitu MB SELANGOR, TAN SRI KHALID & VC UiTM, DATUK SERI IBRAHIM ABU SHAH tanpa perlu melibatkan para pelajar dan orang2 lain yang tak 'berdosa'.

Malangnya, si pencadang (ahli politik) yang nampaknya ingin meraih sokongan pihak2 tertentu telah mengeluarkan cadangan yang sebenarnya bukanlah penyelesaian terbaik kepada masalah yang dinyatakan. Sepatutnya jika beliau benar-benar ikhlas untuk membantu UiTM, faktor2 penyumbang kepada masalah tersebut diperhalusi terlebih dahulu sebelum mengeluarkan cadangan yang telah pun dilaksanakan (mengikut kata Prof. Datuk Khoo Khay Kim).

Malang sekali lagi, orang yang bertanggungjawab kepada UiTM (nampaknya ingin turut bepolitik) tidak mengeluarkan kenyataan balas dengan pantas dan sewajarnya bagi menyelesaikan masalah ini. Para pelajar pula yang berdemonstrasi dijalanan secara beramai-ramai. Kini beliau ingin pula mengambil tindakan undang2 kepada si pencadang tadi. Bukankan jika beliau benar2 mengambil berat terhadap nasib anak2 bangsa, sepatutnya cadangan si pencadang tadi dilihat dilihat dari sudut yang lebih terbuka tanpa diganggu oleh fahaman politik sempit. Sama ada cadangan ini benar atau tidak bukan masalahnya. Lagi pun, si pencadang ialah ahli politik yang akan tetap mengeluarkan pelbagai cadangan lagi (sama ada orang melayu suka @ tidak) demi kelangsungan karier politiknya.

Yang penting, jika benar2 ikhlas demi kemajuan anak bangsa, kedua2 pencadang dan penjaga UiTM ini perlu bersemuka dan mencari jalan yang terbaik demi menyelesaikan polemik ini.

Tetapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Apa yang terpapar hanyalah kedangkalan pemimpin2 melayu. Bergaduh sesama sendiri tetapi masalah tetap tak selesai. Seorang 'baling batu dan cuba nak tarik semula tangan' manakala seorang lagi cuba menjadi 'hero' tapi tak bertempat.

Malang sungguh bangsa melayu memiliki pemimpin yang bertindak kerana kepentingan diri sendiri terlebih dahulu sebelum bangsa, agama & negara.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN