Ahad, 17 Ogos 2008

NC UiTM..LEBIH SUDU DARI KUAH..!!


Nampaknya isu 'Ketuanan Melayu" bukan sahaja menjadi isu utama dikalangan pemimpin2 UMNO semasa keceluparan Mr. Karpal Sing mengungkit campurtangan intitusi Raja dalam pentadbiran kerajaan malah ianya kini terus mengheret sama sehingga kepada institusi pengajian tinggi. Hanya dengan CADANGAN menuntut Melayu supaya BERSAING dengan bangsa lain telah dibantah dengan begitu keras oleh NC UiTM, orang penting yang menjaga kepentingan Institusi pengajian tinggi khas BANGSA MELAYU.
Cadangan MB Selangor itu kalau dilihat dari sudut lain, ianya juga menjaga kepentingan Bangsa Melayu supaya maju dengan bangsa yang lain sama seperti mana idea-idea yang di bawa oleh Tun M dulu, Melayu mesti bersaing dengan bangsa lain di dunia ini. MB Selangor dalam satu kenyataannya telah menyatakan bahawa isu tersebut tidak perlu dipanjangkan (klik sini) lagi, namun kalau kita lihat sehingga kini isu itu semakin melarat-larat dan NC UiTM itu diberi liputan seluas-luasnya oleh media sehingga pelajarnya hampir semua kampus seluruh negara dibenarkan berdemo. Kecelaruannya sehingga menjadikan Pakistan sebagai contoh (berbunuh sesama mereka walaupun mereka adalah ISLAM+PAKISTAN+ sembah ALLAH) huruharanya masyarakat Melayu yang dicetuskan PKR walaupun kita tahu politik Malaysia dengan Pakistan jauh berbeza.
Nampaknya tindakan dan ketegasan beliau seperti mendahului tindakan pemimpin-pemimpin Melayu UMNO yang lain terutama dikalangan kepimpinan tertinggi UMNO yang menjaga kepetingan orang Melayu dari semua sudut. Namun apapun tindakan yang dibuat sudah tentu ada yang pro dan kontra diatas isu yang ditimbulkan oleh MB Selangor itu. Apapun di sini beberapa post dari blog rakan-rakan (serta post comment di bawahnya) yang boleh kita jadikan rujukan dan pandangan dari beberapa sudut yang berlainan untuk kita bangsa Melayu fikirkan... Wallahualam.
1. Pelajar UiTM berarak protes - Serah memorandum bantah keras cadangan Menteri Besar Selangor (klik sini)
2. Handal sangat ke UiTM? Mari kita tengok dari segi ranking dunia. Menurut
http://www.web/:-ometrics.info/rank_by_country.asp?country=my, ranking Universiti di Malaysia adalah: - Harimau Menaip (klik sini )
3. Bila UiTM Dipolitikan - Melayu Angkat (klik sini)
4. UiTM Perhimpunan yang "Dihalalkan" - Anak Muda Parlimen Batu (klik sini)
5. Apabila Orang Melayu Mula Mengamuk - Anak Muda Parlimen Batu (klik sini)
6. Tahniah! Pelajar UiTM Berdemontrasi Dengan MB PR Saja Ke? - Pisau Toreh (klik sini)
salah satu post menarik:-
1. AnakMelayu // August 15, 2008 at 9:53 pm
Kepada pelajar UiTM…Seronok melihat anda berarak beramai-ramai melaungkan isu perkauman. Tapi sayangnya lawan anda itu hanyalah seorang MB Selangor, dimana anda sendiri tahu bahawa beliau hanyalah boleh cakap tidak boleh bikin. Kenapa diasak terus…? Kenapa pelajar takut UiTM dibuka kepada bangsa asing…? Apakah hilang hak dan keistimewaan orang melayu…? Sebenarnya isu ini remeh saja. Kalau pun UiTM terpaksa dibuka pada bangsa lain … itu tidak mengapa..!! Kita ramai-ramai buat permohonan pada PM supaya dibuka 10 lagi UiTM baru khusus untuk orang melayu. Lupakah kita bahawa UMNO itu menjaga kepentingan orang melayu…..!! Jangan biarkan diri anda dijadikan kuda yang dikepit (kuda kepang), terlampau taksub mendengar gendang fikiran jadi gila sehingga tak kenal siapa saudara seagama
2. bayumurni // August 16, 2008 at 5:50 pm
Kalau sudah begini lah cara BE END dan UMNO mengunakan pelajar-pelajar untuk berbuat demo tapi kalau PR nak buat demo siap dengan FRU nya dan POlLIS dengan sekatan yang di perketatkan, Baru lah nak cerita pasal hak-hak orang-orang melayu kononya,,yang BE END dan UMNO yang derhaka pada sultan,!! mereka tak sedar-sedarkah? PTPTN ada yang sampai dapat RM10 sahaja pelajar-pelajarnya kenapa mereka diam je? Betul-betul BE END dan UMNO ni tak tau malu dah,, dah hilang malu diaorang,, tak ada harga diri,,,
3. kakluna // August 16, 2008 at 12:25 pm
pelajar Uitm kene berpijak di bumi yang nyata, kalo dorang nak bantah sangat pun, esok grad, nak cari keje kat mana?kalau semua jadi usahawan, ALhamdulillah, bagus lah. yang selebihnya?Nak mengharapkan jawatan dalam kerajaan? Kemain susah melainkan kalau ada kabel. Dan selebihnya lagi…..nak kemana lagi..ke swasta juga lah, kan…kalau nasib baik dapat keje dengan Melayu….tapi,,,kita pun tau siapa yang menguasai bidang swasta…oh, dalam IPT kita tak bagi peluang kat bangsa lain, tapi bila dah keje nanti kita tak puas hati pulak orang tak bagi peluang kat kita? ni kan adil namanya…yang sebenarnya kan, bangsa lain pun tak teringin sangat pun nak masuk Uitm….takde pencapaian yang membanggakan…takde thrill…warga Uitm je takut bayang-bayang sendiri..kalau betul2 nak pertahan hak Melayu, kenapa tak demo bila Bahasa Inggeris digunakan dalam pembelajaran Matematik dan Sains? tak pun kenapa tak bantah Putrajaya dok guna perkataan BI seperti Precint, Boulevard dan sebagainya…dan cara pemakaian orang melayu, islam….jangankan menutup aurat…malah tak nampak macam melayu pun! sebenarnya melayu sendiri dah lama biar diri hilang identiti, hilang hak…jangan nak menyalahkan pendapat TSKI….tambahan pula Uitm bukan bwh kuasa dia..tp kuasa pusat….abistu yang melatah, berdemolanitaksupomulo tu kenapa nya??? saya bukan menyokong bangsa lain, tetapi saya berpijak di bumi yang nyata.
4. arbai // August 16, 2008 at 12:24 am
Baru cadangan belum lagi laksana (lagipun mana MB mana ada kuasa…akta kan ada) amende le yang korang kepohkan sangat tu dia cadangkan suruh bersaing je… ini lebih sudu pulak dari kuah…habis semua nak buat demo… tu hanya mempertahankan bangsa je…. TAPI KITA CUBA PULAK IMBAS PASAL ISU AGAMA YANG TERJADI SEMASA MATAN MUFTI SELANGOR MEMPERTAHANKAN PENAGKAPAN LIMA GADIS MELAYU YANG BERBOGEL …TAK ADE PULAK KAU ORANG BERDEMO MEMPERTAHANKAN MUFTI TERSEBUT YANG DITEMPELEK OLEH TUN DR, M DEMI AGENDA AGAMA ISLAM
5. Liz // August 17, 2008 at 6:59 am
Salam…
10% untuk non-bumis bukan masalahnya..masalahnya adalah…
1. pelajar melayu bukan didesign sebagai individu yg boleh bersaing.
2. pelajar melayu tidak mempunyai hala tuju hidup yang jelas.
3. pelajar melayu kurang maklumat mengenai kehidupan.
4. pelajar melayu hidup utk glamour mcm artis, bukan hidup untuk berjuang.
5. pelajar melayu telah mendapat latihan secukupnya untuk hidup sakadar cukup makan.
6. pelajar melayu kehilangan arah tujuan, macam politik juga. lihatlah pemimpin yg kita ada…
7. pelajar melayu tiada model yang boleh diikuti. siapa? pensyarah di kampus? merekapun melayu yang kurang berwibawa.....dan banyak sebab lagi.

jadi 10% untuk non-bumis ini bukanlah isunya. yg berarak ni tak tau apapun. ntah2 CGPA yg berarak ni semuanya kurang dari 2.5. ... dan lagi satu, masa berarak ni sepanduk yg dipegang adalah HIDUP MELAYU bukannya HIDUP BUMIPUTERA.

11 ulasan:

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

HAIRAN BIN AJAIB. kenapa Melayu kini tak jadi macam melayu dulu-sopan santun dan berbudi bahasa. Sejak kedatang superHERO Baru Anwar Bin Ibrahim-BABI muncul tidak semena-mena kita semua dah jadi 'MASYARAKAT JAHILIAH' terutamanya Melayu dan India.

Cina tidak pernah menganggap bangsanya penipu, tapi melayu boleh kutuk Melayu...

Betul kata orang kuat UITM, sunny dan syiah akan berbunuh sesama mereka macam di Pakistan walaupun mereka adalah ISLAM+PAKISTAN+ sembah ALLAH

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum Anakku Cendawan,

Sebenarnya kita mesti lihat isu ini dalam 'luar' scope. Bayangkan ianya dalam satu bulatan dan kita berdiri di luarnya. Baru kita mengerti mengapa ada golongan Melayu yang amat sensitif atas isu ini.

Sebenarnya Orang Melayu dulu-dulu semasa generasi Mak Cik membesar memang kami ditindas dengan cara 'halus' dan melalui banyak liku liku dan onak duri supaya generasi macam kamu semua sekarang 'ada' segalanya.

Sebab itu juga kami berTerima Kasih kepada Tun Razak, Hussien Onn dan Tun Dr. M kerana telah banyak berjasa menyelamatkan kami. Ini adalah kebenarannya, suka atau tidak kita menerimanya.

Jadi, sebab inilah Mak Cik rasa generasi muda muda tak seberapa 'terasa' dengan cadanganan nak masukkan non Malays 10% ke UiTM. Sebab kamu semua tidak melalui kegetiran yang kami semua lalui dan rasai.

Kita pun tak halang hak mereka dari bangsa lian nak lanjutkan Pengajian ke mana mana luar atau dalam negara, cumanya sekarang UiTM inilah satu satu yang tinggal yang hak mutlak kita.

Itupun, bukan semua pelajar UiTM Melayu seratus peratus, Banyak pelajar Sabah Sarawak yang Non Muslims dan juga pelajar luar lima peratus. Tenaga Pengajar juga ramai yang bukan Bumi dari dalam dan luar Negara.

Diharap isu ini akan reda sebaiknya sebelum kita menyambut Hari Kemerdekaan kita 51 tahun Merdeka.

WaAllahuAlam.

Harimau-Menaip berkata...

Salam bro.;

Entahlah. Makin mudah melatah bangsa kita ni. Kadang-kadang nak ketawa bila cadangan nak dijadikan isu meleret-leret. Apa cerita dengan "Kami nak Deris Natang!"?

kulatlapok berkata...

salam Makcik,

Terima kasih atas pandangan Makcik dan sesungguhnya saya amat menghargainya pandangan tersebut. Sememangnya saya tidak menafikan malah sebagai bangsa Melayu juga menyokong sehingga tidak akan hilang kemalayuannya hingga ke akhir hayat.

Namun apa yang penting kehidupan Melayu itu mesti berpaksikan atas nama Islam yang telah dijanjikan olehNya penyelamat umat sejagat. Saya juga tidak menafikan pandangan Makcik itu menepati kehendak pembelaan bangsa Melayu itu sendiri. Namun adakalanya ianya tidak selari dengan kehendak situasi semasa. Apa yang dilontarkan ketidak sehaluan pandangan adalah disebabkan sikap pemimpin Melayu itu sendiri yang terlalu hipokrit demi untuk menjaga kedudukan mereka yang telah diangkat atas balasan jasanya serta menjaga kedudukannya untuk berada di tahap yang lebih tinggi.

Bukan UiTM sahaja yang kita pertahankan untuk kepentingan Melayu malah banyak lagi isu-isu yang Melayu ketinggalan tidak dibela terutama berkaitan dengan kepentingan Islam yang dianuti bangsa Melayu itu sendiri...Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Salam sedara cendawan,

Tuk komen sedara abe mie ni:

"Betul kata orang kuat UITM, sunny dan syiah akan berbunuh sesama mereka macam di Pakistan walaupun mereka adalah ISLAM+PAKISTAN+ sembah ALLAH"

Klu sedara nak tau/dh tau wat2 tak tau:

Berdasarkan pengajian saya tentang Sunni dan Syiah ni

Sunni:
Terima ijtihad dan kepimpinan empat Khulafa' Ar-rasyidin (Saidina Abu Bakar,U'mar,Uthman dan Ali)

Syiah:
Terima ijtihad dan kepimpinan Saidina Ali SAHAJA....

Atas perbezaaan ni,yang mereka dok gaduh sampai la ni tak sudah....

Yang sunni punye diterima oleh kebanyakkan umat ISLAM didunia psl mengiktiraf ijtihad dan kepimpinan keempat empat khalifah

Tuk kes UiTM, maleh nak komen byk sgt....

Melayu = Bangsa

Islam = Agama

Mane lagi penting? Yang mana pimpin yang mane? Sendiri mau ingat....

kulatlapok berkata...

salam Master Yoda..

Adakah di negara kita ini bangsa Melayunya akan jadi macam Pakistan??
Setahu saya Melayu di Malaya ini tetap mempunyai pegangan yang sama hanya pandangan dan ideologi yang berlainan... bukankah itu hak rakyat negara ini yang telah diamalkan kebebasannya sejak 50 tahun yang lalu...tetapi pantangnya Melayu Islam ialah jangan kita buat bebas dalam agama Islam sudah... betullah kata Master Yoda....sendiri mahu ingat..!!!

Tanpa Nama berkata...

Salam sedara cendawan,

Mudah-mudahan tidak la...Kite tak mau keadaan di M'sia jadi seteruk sana...

Sampai menteri2 pon piki berkali-kali nak kuar,takut kene serang hendap dek pengebom berani mati atau sniper....

Nauzubillah.....

Sama2 la kite doakan....

P/S: Mujur ade rasionalnye rakyat2 M'sia ni...Klu kat Pakistan,dh jd arwah si polan itu,si polan ini,bla bla bla bla.......

Tanpa Nama berkata...

En Kulat..

saje nak menyampuk..bukanker cerita 10% ni sejak zaman Che Det lagi...

Dah lama dah depa bukak 10% untuk orang bukan Bumiputra tapi takdak yang nak masuk...yang VC di melatah kuat-kuat tu buat apa? nak jadi Menteri la kot...

Mana Cina nak masuk Universiti Semua Melayu..mampus mati kutu depa. Depa kalau tak makan Babi dengan tak mandi pagi tak boleh punya....kalau Hindu mungkin boleh kot pasai hindu tak makan Babi..dan boleh mandi pagi..

Cuba hang tanya dekat Prof Kho Khai ape kenamanya...tentu dia habaq kat hang cerita 10% masa Che Det memerintah..Isu lapuk tapi Si Khalid canang balik...Yang Ameno melatah tu buat hape..ceh...lomah pikiran macam Chong Wei betul bebudak UITM dan VCnya nih..

Wassalam...

man_helang berkata...

melayu yg pandai berkata2 bila melihat org lain melakukan kesalahan, bilamana diri sendiri lakukan, hanya diam membisu...hah itulah melayu bro...

kulatlapok berkata...

salam Hahahahahhahh.,


10% tahudah...itulah pasal kenape diorang ni tidak pulak buat demo cam tu.. hanya kerana takutkan TDM, mana boleh komen, pasai dah sedap dok di atas, nanti kena pecatlah pulak macam Pak hakim kita tu...kesian dia tapi akhirnya untung juga dapat ex-gratia yang tidak tahu berapa jumlah nilainya...fuh lumayan tu..

bab-bab bangsa ni aku ada sensitif sikit Bro... jangan pakai hentam kromo je.. kita nikan dok majmuk kenalah jaga sikit isu2 perkauman ni... walaupun aku tetap pelihara bangsaku MelayuIslam tapi psal perkauman ni ..sorrylah No Komenlah...mereka juga sama2 mebnagunkan negara ini...asalkan jangan mereka hina pula bangsa kita sudah..Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

salam

sedikit perspektif mengenai sjarah melayu

http://sejarahnagarakedah.blogspot.com

wasalam

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN