Jumaat, 29 Ogos 2008

HADIAH UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Baru-baru ni kecoh bilamana penyanyi punk pop Avril Lavigne dari Kanada yang mendapat bantahan keras dari rakyat negara tidak diendahkan oleh kerajaan. Apa yang menyedihkan penyayi seksi itu mendapat pembelaan dari kerajaan Islam Hadhari Malaysia apabila kabinet yang diketuai oleh kepala besarnya iaitu Datuk Shafei Apdhal merestui kedatangan ANAK IBLIS tersebut. Mungkin menteri yang bertanggungjawab itu hanya untuk mempersembahakan kepada rakyat Malaysia sebagai Hadiah Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Yang ke 51 untuk Negara Tercinta yang di katakan telah bebas dari PENJAJAHAN BARAT dan juga sebagai menyambut kedatangan RAMADHAN untuk umat ISLAM HADHARI negara ini.

Hadiah yang dipersembahkan untuk rakyat negara ini sempena menyambut 'Kemerdekaan Negara yang ke 51...??

Apakah Mufti Negara Islam Hadhari negara ini merestuinya..???

Paling menyedihkan sekali bila isu SUMPAH LAKNAT yang mencetuskan kontroversi kepada semua rakyat Islam negara ini mendapat liputan yang cukup meluas sehingga menjadi ISU NASIONAL. Tapi bila kes yang melibatkan soal moral yang lebih teruk lagi dibawa masuk ke negara ini, TIDAK ADA PULAK MANA-MANA MUFTI TERUTAMA TUAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN YANG DIBERI LIPUTAN KHAS BERKAITAN ISU SUMPAH LAKNAT TETAPI TIDAK PULA DIBERI LIPUTAN UNTUK MENENTANG KEMASUKAN ANAK SYAITAN TERSEBUT. Apa pun terpulanglah kepada Rakyat Malaysia sekalian, LIHATLAH PEMIMPIN2 ISLAM KITA YANG ADA DALAM KERAJAAN ISLAM HADHARI INI... Wallahualam.

Merdeka..! Merdeka..! Adakah hanya dengan sekadar laungan..???
Di akhir bulan Ogos ini, Cendawan Malaya ingin mengambil kesempatan mengucapkan "Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara Yang ke 51' dan juga 'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1429 H' - Semoga diri kita dan Rakyat Malaysia bebas dari PENJAJAHAN SYAITAN.

10 ulasan:

melayuangkat berkata...

Salam anakku Cendawan Malaya,

Syaitan yang paling perlu kita lawan, kawal dan hindari adalah Syaitan yang dalam Dada, jiwa dan akal kita sendiri.

Konsert ini Mak Cik pun tak setuju, tetapi Cendawan Mesti ingat, Ramai muda mudi dari kaum lain dan yang berAgama lain telah meminta supaya konsert ini diluluskan.

Kalau tak diluluskan mereka akan tuduh kerajaan kejam dan tidak adil pulak. Mengapa konsert lain untuk orang Melayu diluluskan? Kejamnya Kerajaan yang berat sebelah menyekat kebebasan Masyarakat Majmuk yang mahukan 'hiburan' mereka.

Mak Cik pasti kalau PR yang meneraju pemerintahan Negara sekarang, mereka pun akan beri kelulusan pada konsert ini jugak.

Apa yang perlu muda mudi Islam buat adalah jauhi atau jangan tonton langsung konsert sebegini. Tidak mendatangkan faedah langsung!!

Kalau boleh VCD sebegini pun tak usahlah ditonton dirumah masing masing. Atau pun melalui internet. Tapi apalah dan siapalah kita yang ingin memberi panduan kepada mereka apa yang patut dan tak patut mereka lakukan??

Ini semua tergantung pada didikan, Ilmu dan Iman yang ada pada dada muda mudi masing masing, maksud Mak Cik yang Islam.

Pasal Mufti Mufti ini tidak usahlah kita seret mereka dalam kancah politik. Ustaz Mak Cik berpesan, jangan kita cuba tuduh mereka, alim ulama ini apa apa yang kita tiada pengetahuan mengenai mereka.

Mereka ini rapat dengan Allah swt, tidak macam kita orang awam.Tahjud mereka tak miss, banyak ayat Quran dan hadith mereka hafal. Puasa Isnin Khamis tak miss. Jadi baik kita tak usah komen banyak banyak sangat, takut malaikat marah pada kita, tanpa kita sedari.

Tentang konsert ini mereka memang menentang dan pasti tiada komen sebab mereka pun memang tak minat langsung dan tahu pengelibatannya untuk yang bukan Islam.

WaAllahuAlam anakku Cendawan, Sabarlah. Mak Cik faham semangat berkobar kobar kamu mahukan segala mengikut Ajaran Islam, kita semua sama.

Tetapi dalam keadaan hidup rakyat berbilang kaum dan Agama berlainan, kita kena toleransi pada Selera mereka dalam banyak aspek. Asalkan kita sendiri tidak terikut ikut rentak mereka. Pandai pandailah kita mengelakkan diri dari terbabit dengan benda atau perkara yang tidak diridai Allah swt.

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Ulama Lim Kit Siang...ulama Malaysia-malaysian. setuju tak?

jangan hina ulama kerana tak sokong Pakatan pula. Ramai ulama dan tokoh agama yang berkecuali dalam politik. Tak macam Nik Aziz, anak menantu dalam menguasai ekonomi Kelantan sedangkan rakyat Kelantan hidup pagi kais pagi.

fikir lah. jangan jadi BARUA kepada orang Melayu sendiri. Jangan jadi BABI- Barua Anwar Bin Ibrahim

Harimau-Menaip berkata...

Tuan Kulat;

Apsal sikit je gambar avril tu? Boleh tahan...hehehehe..kurang pahala puasa den.

~♥ UmmiAnni ♥~ berkata...

salam,

cukup2lah masalah sosial yg dah kronik masa ni..tak payah nak ditambah2..sepatutnya kerajaan peka dgn masalah moral remaja skarng ni yg semakin membimbangkan..lebih2 lagi negara Malaysia ni dah istihar sebagai negara Islam..(Islam Hadhari la)..

nampak gayanya kepincangan pentadbiran negara ni makin terserlah...

wallahualam..

~♥ UmmiAnni ♥~ berkata...

salam nak tambah lagi sikit..nak komen pasal banner mr.kulat kat atas tu...apa mesejnya ye..??macam nak kena makan je..ngancam betul bibir model tu..hehehe

Tanpa Nama berkata...

Begitulah cerdik pandai yg kita ada.. hanya bersuara bilamana ada kepentingan politik.

Kerajaan Rakyat berkata...

Salam Kulat,

Menjelang Ramadhan Al-Mubarak, maaf dipohon.

Salam persaudaraan
Kerajaan Rakyat

Unknown berkata...

tuan, saya tengok muka mufti tu pun dah menyampah. macam betik kena pangkah peringat. tak ada nur langsung!

kulatlapok berkata...

salam Blogger semua,

bertemu kembali setelah 4 hari bercuti (balik kampung rumah isteri di Lembah Kelang untuk menyambut Ramadhan disana)semoga di bulan yg mulia ini, kita semua dianugerah kesihatan yang baik,,Insyaallah.

1.Makcik yg budiman: Memanmg diakui negara Hadhari ini adalah majmuk. Semua kaum perlu mendapat hak kebebasan yang sama rata.

Walaupun begitu memang kita berharap kerajaan tidak mengongkong kaum lain tetapi kerajaan perlu ingat, mereka juga perlu mendidik rakyat ini agar moral dan tatsusila perlu dijaga seperti yang tersurat dalam Rukun Negara.

Sejarah juga telah membuktikan penyayi ini mempunyai moral keterampilan yang melampau yang tidak sesuai untuk rakyat negara ini yang tempiasnya juga akan sama dirasai oleh kaum Muslimin.

Mufti juga perlu bertanggungjawab menasihatkan pemerintah. Itu yg kita mahukan peranannya jangan ada double standard. Kes yg kecil2 seperti peraduan Celcom contohnya dikesan ada unsur judi dibahas sehingga menjadi isu Nasional. Bukankah itu ada langkah2 pencegahan walaupun bukan umat Islam sahaja yang terlibat malah kepada kaum lain.

Jadi tidak salah kiranya Mufti2 atau pemimpin2 agama di Negara kita ini mengambil langkah yang sama atau hanya sekadar menasihatinya. Lebih baik ianya dicegah dari terus menjadi BARAH.....Wallahualam. Terima kasih nasihat Makcik.

2.abie Mie: Saya boleh deletekan post saudara tapi perlu juga menghormati hak bersuara saudara. Saya sokong Lim Kit Siang kalau ianya benar Ulamak Islam dan memeluk Agama Islam serta mendalami hukum hakam Agama Islam seperti Ustaz Reduan Tee Abdullah. Ustaz Husin Yee Abdullah dan yang lain2 lagi Mualaf yang menjadi Ustaz dan pendakwah TERSOHOR.... Wallahualam.

3. Harimau-Menaip: Nampak perutpun dah cukup... itupun pahala dah setengah.. kalau gambar yang lain, habis terus puasa hang..dah leh berbuka awal.

4.Ummianni....: Terima kasih, hasrat kita sama. Banner..?? yang mulut tu bukan mulut Avril Lavigne tau... tu lapaq sangat nak makan cendawan goreng... wau best berdentum..!!!

5.Biaqpilah hensem: Kita hanya rakyat biasa yang tiada kuasa bersuara, hanya dilaman ini sahaja yang dapat dikongsi bersama...terima kasih.

6.Kerajaan Rakyat: Semoga kita semua dilindungi olehNya.. Insyaallah. Terima Kasih maklumat tuan.

7. Mountdweller: Sabar tak perlu kita mengata dia cukup sekadar diruangan ini kita meluahkan segalanya... Wallahualam.

matcomot berkata...

buat semua

selamat menyambut ulang tahun gerakan reformasi yang ke 10. ( 20998-200908 )

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN