Isnin, 11 Ogos 2008

AKIM NAK TUMPANG TUII..!!






PARTI ANGKATAN KEADILAN INSAN MALAYSIA (AKIM)





Umumnya pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang dah pun dicanang. Parti penyandang yang sengaja mengosongkan dan seterusnya membuka gelanggang dah pun seantero mengetahuinya pahlawan utamanya DSAI akan memasuki gelanggang dan mencabar lawannya yang sudah tentu dari serteru utamanya dari pihak BN. Namun sehingga kini seterunya itu masih lagi tercari-cari panglima yang boleh diharapkan untuk menentang musuh yang bukan calang-calang untuk beradu kekuatan. Hanya dengan tipu muslihat mungkin kemenangan boleh dicpta oleh penentangnya nanti. Wallahualam.

Sebelum ini, selepas dirampas oleh PKR, pihak BN telah mencuba berbagai taktik antaranya cuba meletakan calon yang lebih Islamik namun 2 kali gagal walaupun masih dicabar oleh orang yang sama. Kali ini cubaan untuk mendapatkan calon yang sama acuannya (Islamik) hampir menjadi kenyataan tetapi katanya empunya diri menolak malah dinafikan pula oleh pihak yang mempelawanya. Ibarat hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

Dalam kesibukan siapa lawan siapa tiba-tiba terpacul pulak parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) yang sayup-sayup je datang menghinggap dan menawarkan diri untuk menentang DSAI di Permatang Pauh walaupun umumnya rakyat semua tahu kemunculannya ibarat "melukut ditepi gantang". Kehadiranya hanya sekadar datang untuk sama-sama memeriahkan lagi suasana majlis setelah hampir 10 tahun menghilangkan diri.

Parti serpihan PAS ini mendakwa partinya yakin calon AKIM akan mendapat sokongan penduduk Permatang Pauh khususnya daripada kalangan penyokong PAS. Akim yang ditubuhkan pada 1995 dan mendakwa mempunyai kira-kira 10,000 anggota di seluruh negara pernah bertanding pada pilihan raya umum 1999 bagi kerusi Parlimen Pasir Puteh dan Kota Baharu tetapi tewas.

Sejarah AKIM sendiri tidak pernah merekodkan peranan dan fungsinya secara jelas apatah lagi kemajuannya dalam bidang politik untuk membela nasib rakyat. Kemunculannya hasil dari kekecewaan sama seperti parti Semangat 46 dahulu yang juga tidak dapat bertahan lama. Kini kehadirannya di Permatang Pauh tidak lebih hanya semata-mata untuk menumpang tuii (tuah) orang lain untuk mempopolarkan semula parti yang telahpun lenyap 10 tahun yang lalu. Sama-samalah kita tunggu kehebatannya pada 26 Ogos nanti...Wallahualam.
rujukan sumber: Sinar Harian (sekilas pandang) 10 Ogos 2008

4 ulasan:

man_helang berkata...

bro...selamat kembali...lama benau kau berehat...ramai bloggawan aku dngar dah kene kondem blog mereka...aku harap ko akn terus menulis...

pasal parti AKIM nih aku ingat parti baru...pasal aku tak penah plak baca sebelum nih...aku ingat saja dia nak kacau daun...nak kasi pecah undi lah tu...supe mcm makcik tua kat terengganu dlu...kasi pecah undi bn n pas (mat sabu), sedangkan kalau kita lihat mereka bknnya bleh wat apapun kalau menang kerusi tu, so mcm mana nak bela nasib rakyat kat sana???

Tanpa Nama berkata...

Salam sedara cendawan...

Yang AKIM ni dok kacau undi je la...

Bagi kurang sket undi blah PKR ngan BN....

Mau test market samada ade lagi ke tak yg sokong depa ni....

Aku ase la..

melayuangkat berkata...

Salam Cendawan Malaya,

Mak Cik harap kamu telah dapat berehat seperti yang dihajatkan.

Mengenai AKIM ini biarlah mereka nak bertanding. Inikan Negara yang berdemokrasi. ( Mungkin ada juga nanti calon bebas, siapa tahu.) Tengoklah rezeki siapa nanti, jangan jangan si AKIM tu menang! Hah ha..

Politik aside, Salam kasih pada Puteri Nabilah, dari Nenek angkat.

Semoga hidup sentiasa dalam keselamatan Allah swt dengan limpahan Barakah yang berkekalan dan membesar sebagai anak yang soleha, Amin!!

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

abe MIE singgah di website YB PAS, seperti pemudaPC (anak Nik Aziz) dan ustaz Tantawi... mereka kecewa dengan PAS kerana PAS tidak boleeh memainkan peranan sebagai peneraju Islam dalam politik. Mungkin macam AKIM...

Abe MIE beranggapan;
PAS tidak layak dengan perjuangannya. Dia memecah belahkan Melayu macam Hadhi lakukan di terengganu ketika dahulu sehiingga dia gagal ambil alih terengganu daripada BN ketika BN karam hampir seluruh Malaya???

PAS kena kaji sistemnya yang tak betul. tidak ada peluang pekerjaan kepada orang Melayu dan islam macam di Kelantan, sistem ketinggalan zaman dan meletakkan agama Allah setaraf politik manusia.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN