Khamis, 17 Julai 2008

DEBAT - IBARAT PENINJU 'LIGHTWEIGHT' VS 'HEAVYWEIGHT' - TAN SRI RAHIM


Jika UMNO berminat mengadakan lagi debat pada masa akan datang, ia patut diadakan antara 'heavyweight' menentang 'heavyweight' - Tan Sri Abd. Rahim Tamby Chik.

Calonnya sudah pasti: PM, TPM dan 3 Naib Presiden UMNO sekarang.



15 JULAI LALU DEBAT YANG DIRANCANG AKHIRNYA TERLAKSANA SUDAH. DEBAT POLITIK MENJADI SATU SEJARAH NEGARA BILA MANA IANYA JULUNG KALI DIADAKAN SELAIN DARI DEBAT-DEBAT YANG MEMBABITKAN SEKOLAH ATAU IPTA. TAPI YANG MENGHAIRANKAN SELEPAS ITU TIADA SATUPUN KOMEN ATAU ULASAN-ULASAN DARI EDITOR PIHAK MEDIA TERUTAMA DARI PIHAK KERAJAAN . NAMUN HANYA BEBERAPA REAKSI DARI KALANGAN PEMIMPIN UMNO, ANTARANYA:

1.DATO' SERI NAJIB : HANYA MENGATAKAN KERAJAAN AKAN KAJI KESAN DEBAT DAN MENYIFATKAN HUJAH DARI DSAI CERITA LAMA DAN TELAHPUN DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN SEKARANG.

2.DATUK SERI ALI RUSTAM: SEJAK AWAL LAGI BELIAU TIDAK SETUJU MENGENAI PERDEBATAN ITU KERANA BERPENDAPAT AHMAD SHABERY TIDAK PERLU BERDEBAT DENGAN PEMIMPIN YANG MEMPUNYAI KES TIDAK BAIK.

3.DATO' SERI SHAHIDAN: DEBAT TERBUKA SATU PERMULAAN YANG BAIK UNTUK KESUBURAN SISTEM DEMOKRASI DI NEGARA INI.

4. DATO' ANI AROPE: BELIAU MENGAKU MELETAKKAN JAWATAN KERANA TIDAK BERSETUJU DENGAN INTIPATI PERJANJIAN IPP DAN SEHINGGA KINI PENDIRIANNYA TETAP TIDAK BERUBAH.

5. TAN SRI ABD. RAHIM TAMBY CHIK: SHABERY PERLU LAGI BANYAK BELAJAR BERHUJAH DENGAN FAKTA DAN MENYIFATKAN DEBAT 15 JULAI LALU SEPERTI PERLAWANAN TINJU YANG TIDAK SEIMBANG IAITU ANTARA LIGHTWEIGHT DENGAN HEAVYWEIGHT.

2 ulasan:

melayuangkat berkata...

Salam Cendawan Malaya di pagi Jumaat yang mulia dan di bulan Rejab yang mulia ini,

Syukur Alhamdulillah, kita masih diizinkan Allah swt merasai Rejab 1429 setakat ini.

Pasal DEBAT ini, elok juga mereka mereka ini fikir untuk DEBAT akan perpaduan orang Melayu dan cara cara yang patut difikirkan terbaik untuk kita semua bersatu teguh semula. Bangkit bersama-sama.

Ingat Bangsa lain sedang memerhatikan gelagat kita semua. WaAllahuAlam.

Tanpa Nama berkata...

salam MAKCIK,

Terima Kasih atas pesanan itu, Sememangnya pesanan itu dah dok ada dalam pemikiran saya ini...

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN