AKHIRNYA DEBAT ANTARA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM DENGAN DATUK SERI MOHD. SHABERY CHIK MENJADI KENYATAAN DAN IANYA AKAN TERUS TERCATAT 15 JULAI MENJADI LIPATAN SEJARAH NEGARA DEBAT ANTARA PEMIMPIN (PENASIHAT) UTAMA PEMBANGNKANG DENGAN WAKIL UMNO/BN. PENGISIAN KEDUA-DUA PENDEBAT SAMA HEBAT DAN SAMA MEMPUNYAI FAKTA-FAKTANYA TERSENDIRI SERTA MASING-MASING SANGGAH MENYANGGAH HUJAH ANTARA SATU SAMA LAIN.
NAMUN BEGITU, DALAM KEHANGATAN BERHUJAH, WAKIL DARI UMNO/BN TIDAK IKHLAS DENGAN MENGAMBIL KESEMPATAN "MENYERANG PERIBADI" DSAI TERMASUK JUGA KHADAM YANG DIBAWANYA. SYABAS KEPADA DSAI TIDAK MELATAH DENGAN SIKAP PROFESIONALNYA UNTUK TIDAK MEMBALAS SERANGAN PERIBADI TERSEBUT TETAPI HANYA MEMPERLI DATUK SHABERY DI AKHIR PERGULUNGGAN.
WALAU BAGAIMANAPUN DEBAT TERSEBUT TELAHPUN BERKAKHIR DAN TERSERAHLAH KEPADA RAKYAT MENILAI FAKTA-FAKTA YANG TELAH DIHURAIKAN OLEH KEDUA-DUA PENDEBAT TERSEBUT. APA PUN YANG JELASNYA DI SINI "HARGA MINYAK TIDAK JADI TURUN DAN IANYA KEKAL NAIK....RAKYAT HARUNGILAH JUA.."
6 ulasan:
Salam dan Selamat Pagi Desperado, Di pagi yang mendung ini Mak Cik doakan ianya akan menjadi hari yang penuh Berkat untuk kita semua dan begitu juga hari hari seterusnya, dengan izin Illahi.
Debat Melayu dengan Melayu telah berlalu. Mahu tak mahu kita terikut juga sebab keliling kita semuanya berkisar pasal Anwar dan Mak Cik akui telah lama benar tak dengar dia berucap, sejak dia tak jadi TPM lagi, kerana memang malas nak dengar dia mengutuk orang.
Jadi malam tadi sesekali dia kena serangan peribadi, tak mengapalah. Bukannya Sabery sebut pasal Saiful. Memang benar dia telah jadi TPM selama 16 tahun, mengapa senyap aja. Bila dah tak dalam kerajaan SEMUA tak betul.
Sabery orang muda kurang pengalaman bercakap, mungkin kalau dia tua nanti, InsyaAllah pun petah macam Anwar dan boleh menawan hati semua orang. Apatah lagi kalau dia gunakan rangkap "rakyat". Itu rakyat, ini rakyat.
Ialah nak jadi pemimpin mesti ingatkan rakyat 24 jam sehari. Kalau tak de rakyat macam mana nak jadi PM kan? Tapi ini bukan soalnya, pada Mak Cik kalau PM tu rezeki Anwar, adalah nanti. Kalau tak ada, tak adalah. 16 dalam tangan pun terlepas jugak sebab bukan rezeki.
Sabery banyak beri fakta fakta dalah debat itu tapi mungkin ramai yang tidak dapat memahami dan mengikutinya dek terbuai dengan salingan 'rakyat itu dan ini" Anwar. Bijak betul Anwar nak menawan hati kita semua.
Dan yang paling baik elok juga kita dibawa imbas 1974 bila Petronas ditubuhkan. Sekurang-kurangnya rakyat sekarang boleh ingatlah pada apa yang pemimpin negara dulu telah lakukan walaupun tak ramai yang menghargainya sekarang.
Tentang janji kalau hari ini jadi PM besok harga minyak turun ini, Mak Cik skeptikal sebab si Khalid Ibrahim tu pun janji macam macam pada kami di Selangor dan belum lagi tertunai seperempat pun janji manis yang ditabur dalam menifesto PR baru baru ini.
Mak Cik dah malas nak harap sangat dengan janji janji terutama pada mereka yang hendak sangat pada kuasa.
Macam-macam pandangan. Semua dapat kredit dari Debat ini. Yang membezakan ialah kredit positif atau negatif.
Kesimpulan Tuan Kulat itu memang tepat. Harga Minyak Tetap Tidak Turun.
Salam..
Sekurang-kurangnya ada juga faedahnya dan bermacam persoalan yang timbul selepas itu..(lihat Perbincangan dalam Astro Awani dimana salah satunya ahli panel yang agak disegani dalam ekonomi Datuk Salleh Majid)
saya minta maaf, makcik agak kurang memberi fakta yang bernas dalam memberikan komen ini.Diharap dapat membuat 'research' dengan mengambil kira pandangan buku-buku tentang minyak, ahli ekonomi (ASLI, MIER d.l.l) dan artikel-artikel dalam majalah (internet pun banyak)Sila buat pertimbangan yang wajar dan bernas.
Dan, sememangnya fakta yang Anwar beri itu sememangnya bernas.Sememangnya pahit, tapi kena telan juga.
Tidak kiralah walau sejarah menulis TUN RAZAK yang menubuhkan Petronas.Pokoknya sekarang ini.Siapa yang menguruskannya.Yang lalu biarlah berlalu.
Dan memang terbukti Dato' Shabery tidak dapat memberikan fakta yang kukuh sewajarnya.
Sayangnya, ahli parlimen BN juga tidak faham mengapa kenaikan ini berlaku.(Pak Lah bertemu dengan ahli parlimen BN di Bangunan IPTAR angkasapuri pada bulan lepas iaitu sebelum usul kenaikan minyak dibentangkan di Parlimen untuk menerangkan pasal minyak yang rata-ratanya memang agak menentang (dalam diam) kenaikan ini)sewaktu sesi pertemuan diadakan.
salam bro...
aku sian tgk si sabery sampai bebuih mulut nak lawan anwar...gelak besar aku, tulah dah tau dri tu kecik, nape nak belagak besau plak, apapun tahniah kerana dia amat berani...
DSAI pandai bermain kata sehingga ramai menganggap ia semudah kata-kata. Hakikatnya semestinya tidak.. NAMUN
Tekanan luaran sebegini penting supaya kerajaan sentiasa bekerja keras mencari penyelesaian 'lebih baik'(jika ada) utk menangani krisis minyak yg rata2nya membebankan rakyat.
Ayuh kerajaan buktikan 'kalian' bekerja keras untuk rakyat.
http://archemege.wordpress.com
Apa yang abe MIE hendak beritahu ialah seorang sahabat katakan bernama 'A' memberitahu yang Anwar nie memang suka MELIWAT SEJAK DI UNIVERSITI MALAYA lagi. Tapi pada masa itu siapa yang hendak percaya? Abe MIE bertanyakan kepada si A, kenapa dia boleh kata sedemikian sedangkan dahulu jenayah liwat, rakyat Malaysia masih tidak tahu apa-apa!!!
Hanya Allah saja yang tahu kebenaran. Pening dengan Anwar sekarang. Sokongan Keling yang pintar dan ingin menjadi YB nanti menyebabkan masalah ini menjadi sebenar-benar masalah dikala tiada pelaburan ke Malaysia dan perbehentian kerja berleluasa.
pkrpasdap.blogspot.com
Catat Ulasan