Isnin, 28 Julai 2008

AL-QURAN TEMAN DI DALAM KUBUR


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dari kawan isteri teman untuk renungan kita bersama...
From: Alida Abdul Alida Abdul JalainiTokyo


Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : 'Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya'. Melalui hadis di atas, kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa 'Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.


Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan. Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : 'Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekali pun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!'.
Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: 'Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat'. 'Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi'......Wallahualam

5 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Insaf den ni kulat.

Rasa macam hari Jumaat pulak bila baca blog ko ni.

kulatlapok berkata...

salam Harimau-menaip,

Bukan apa Harimau, isteri aku minta tolong postkan, katanya asyik tulis yang lain je..sekurang2nya dapat juga ingat mengingati... kepada semua blogger..bukan kena bayyorpun katanya..aku pun ikutkan jugalah ..benda baik.

Kerajaan Rakyat berkata...

Salam KulatLapok,

Terima kasih saudara, dalam gelodak bicara politik saudara berjihat mengingatkan pembaca akan kebesaran Allah dan kemuliaan Al-Quran.

Semoga rahmat Allah buat isteri saudara yang mencuit hati saudara menulis tentang ini.

Semoga Allah memberkati usaha saudara dan pembaca semuanya.

Salam takzim

kulatlapok berkata...

salam KERAJAAN RAKYAT,

Blog tuan tanpa sehari tidak keciciran untuk ku kunjungi, syabas atas kupasan berani..

melayuangkat berkata...

Al Quran teman kita masa hidup ini sekarang, dalam kubur nanti juga dan InsyaAllah juga di Akhirat kelak.

Salam.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN