Memaparkan catatan dengan label Senario Bolasepak Negara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Senario Bolasepak Negara. Papar semua catatan

Jumaat, 18 Disember 2009

KINI SESI PUJI-MEMUJI SEBELUM DIKEJI


Fuhh.. punyalah lama untuk mengutip satu pingat emas sehingga memakan masa bukan setahun lima tapi sampai berpuluh tahun. Bayangkanlah berapa banyak duit yang telah dihabiskan untuk membentuk sebuah pasukan negara hanya untuk sebutir pingat yang sekadar boleh dibanggakan di peringkat Asia Tenggara ini saja.
Kali terakhir negara memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki Sukan SEA ialah pada temasya 1989 di Kuala Lumpur dengan menewaskan Singapura 3-1. Kemudian selepas itu, pasukan negara seperti sudah tidak bermaya. Kekalahan demi kekalahan di terima. Lebih malang lagi, hinggakan pasukan yang tidak ternama seperti Myanmar pun sukar untuk ditewaskan. Selepas itu FAM telah membuat berbagai langkah drastik dan beberapa jurulatih datang dan pergi. Namun selama itu pasukan negara terus malap di arena antarabangsa. Malah bukan semangat yang diberi tetapi kritikan dan kejian terus dilemparkan kepada pengurusan FAM.
Semalam skuad negara telah menafikan pelbagai kritikan dari peminat negara ini apabila mengakhiri kemarau 20 tahun pingat emas dengan penuh bergaya selepas membenam Vietnam menerusi kemenangan tipis 1-0 pada perlawanan akhir acara bolasepak pada temasya Sukan SEA semalam. Berbagai pujian-pujian yang tinggi melanggit mulai kedengaran. Walaupun gol kemenangan disumbang jaringan sendiri pemain Vietnam, keseluruhannya skuad negara berjaya mempamerkan kerjasama sepasukan dan komitmen tinggi sehingga terhasilnya jaringan emas itu pada minit ke-83.
Harap selepas ini prestasi pasukan negara harus dikekalkan kepada 110%, agar dapat mengutip berberapa lagi kejayaan di peringkat antarabangasa untuk jangkamasa yang lama dan sekurang-kurangnyanya dapat membuktikan keupayaan pasukan negara ini pada kelayakan Piala Dunia.

Ahad, 26 April 2009

PKR Berjaya Benamkan PAS


Tahniah buat pasukan Selangor yang akhirnya berjaya merangkul Piala FA 2009 walaupun dari psikologinya para pemain Selangor begitu tertekan bila ketinggalan 0-1 pada masa tambahan. Namun berkat semangat juang yg tinggi, mereka akhirnya berjaya mengatasinya sehingga ke wisel penamat menerusi sepakan penalti.

Tahniah juga buat pasukan Kelantan yang berjaya beraksi di perlawanan akhir sejak 39 tahun. Syabas juga kepada Tan Sri Anuar Musa yang mencetuskan deminsi baru bolasepak Kelantan. Keputusan penuh Selangor 4 Kelantan 1 setelah terikat 1-1. Syabas juga kepada penganjur serta pihak2 berwajib yg berjaya mengawal keadaan tanpa ada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Jumaat, 24 April 2009

DENDA HALIM NAPI TAK BERBALOI


gambar laporan akhbar Kosmo semalam 23 April 2009


cerita yg sama pernah dilaporkan oleh Kosmo pada 14/6/2007

Mohd. Halim Napi digantung tiga bulan dan denda RM3,000 di sini. Itu hukuman yang dikenakan ke atas penjaga gol Kelantan dan Kebangsaan itu yang berkelakuan ganas ke atas pemain Negeri Sembilan, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak pada perlawanan separuh akhir pertama Piala FA di Kota Bharu awal bulan ini. Ramai pemerhati dan peminat sukan bolasepak menyifatkan denda yang dikenakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke atas pemain itu agak tidak berbaloi berbanding apa yang telah dicetuskan oleh pemain tersebut yang menyebabkan banyak kerugian serta kemusnahan harta benda.

Penjaga kebangsaan itu seperti tidak serik dan lupa kepada keadaan dirinya dahulu yang dihimpit kesusahan sehingga nekad meninggalkan terus kerjaya profesional yang dikecapi sejak 15 tahun lalu. Penjaga gol tinggi lampai itu, pernah bertekad tidak akan lagi terbabit dalam sebarang kegiatan bola sepak termasuk sebagai jurulatih kerana mendakwa bosan sikap tidak profesional persatuan dalam Liga Malaysia. Beliau pernah bertekad beralih angin memulakan kerja kampung termasuk mengembala lembu, bagi menyara kehidupan isteri serta lima anaknya.

Kulat: Sebelum itu, hambo raso hambo kena minta maaf terlebih dahulu kepada peminat2 bolasepak Kelantan kerana mungkin mereka marah dengan posting ni.. Namun itulah hakikatnya, kedegilan dan sifat panas baran penjaga gol Kelantan ini tidak harus dibuat contoh. Malah hukuman yang dikenakanpun rasanya memang tidak berbaloi langsung jika nak dikirakan kemusnahan dan kesusahan orang lain. Mohd Halim sepatutnya dikenakan denda lebih berat atau nama lainnya gantung terus kasut bolanya sebagai pengajaran kepada lain2 pemain.
Rasanya FAM tidak boleh berlembut lagi dengan sikap samseng yang cuba ditonjolkan sesetengah pemain ditengah padang tidak akan diberi muka. Rasanya selepas ini Halim tak payahlah nak susah2 lagi bermain bola kerana kerap menimbulkan kekecohan di tengah padang. Selepas bersara nanti, Halim dinasihatkan bolehlah kembali mengembala lembu semula dan selepas ini pasti kekecohan di tengah padang tidak akan berlaku lagi. Peminat bolasepak Kelantan khususnya negara ini akan terus mengingati Mohd Halim Napi sebagai 'Masterprovok' bolasepak negara.
DAN MALAM INI, JANGAN LUPA SAKSIKAN FINAL PIALA FA 2009. RAMAI PEMINAT NAK SAKSIKAN KEHEBATAN BUKAN PASUKANNYA TAPI SUSDAH PASTINYA UNTUK MELIHAT AKSI GELAGAT KEDUA-DUA PENYOKONG MERAH DAN KUNING. SELAMAT MENONTON..!!

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN