Perubahan dalam UMNO sudah bermula. Presiden UMNO yang baru, Dato Seri Najib Tun Razak telah menyatakan bahawa UMNO perlu 'berubah' kalau tidak mahu 'rebah'. Maka visi itu kini menjadi misi utama UMNO selepas berakhirnya perhimpunan yang lalu sebagai fokus utama yang perlu ditangani oleh UMNO. Justeru reform dalam UMNO itu secara tidak langsung akan mengheret sama kepimpinan UMNO yang lain yang tidak mendapat kepercayaan ahli2 UMNO sendiri. Ini termasuklah kepada mereka yang tewas yang memegang jawatan utama dalam kabinet Pak Lah.
Kepimpinan negara kini telah berubah. Baru tidak sampai beberapa jam, PM Malaysia yang ke 6 itu telah membuat beberapa 'kejutan'. Tindakannya itu selari dengan hasrat reformnya dalam UMNO dan Kerajaan. Antara kejutan lain yang akan dinantikan oleh rakyat ialah rombakan kabinet tidak lama lagi. Ramai yang menunggu siapakah pemimpin yang akan membawa misi dan visi yang sama digalas oleh Najib. Adakah mereka pemimpin dikalangan yang berjaya sewaktu pemilihan jawatan UMNO atau Najib akan terikat kepada acuan lama yang memilih kepentingan kedudukan politik idividu yang akhirnya muka2 lama itu nanti akan turut sama berada 'selesa' dalam bahtera Najib.
Keputusan pemilihan UMNO yang lalu menyaksikan beberapa kejutan kekalahan semua empat Menteri Besar yang bertanding dan dua menteri Kabinet. Keempat-empat Menteri Besar yang tewas ialah Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Tiga menteri Kabinet yang tewas ialah Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri KKLW, Tan Sri Muhammad Mohd Taib dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad. Turut gagal pada pemilihan MT ialah bekas Ketua Pergerakan Puteri UMNO yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad. Dua Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Johari Baharom dan Datuk Hassan Malek turut tewas.
Kulat: Justeru Dato Seri Najib kini sudah boleh berkira-kira untuk memilih barisan kabinetnya yang terbaik untuk membawa misi dan visi reformnya dalam UMNO dan khususnya halatuju cabaran negara Malaysia itu sendiri. Adakah bahtera Najib itu nanti akan dibarisi dengan krew kepimpinan baru atau krew lama yang sebelum ini 'indah khabar dari rupa'. Kesemua krew lama kecuali Dato Sharir Samad sehingga hari ini dilihat seperti masih berminat untuk terus berada dalam kabinet sekurang2nya sehingga PRU13. Mereka juga seperti berharap bahawa Najib akan terus memilih mereka berada dalam barisan reform yang baru. Sama2lah kita saksikannya.