Memaparkan catatan dengan label Maklumat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Maklumat. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Jun 2008

WEB/BLOG VS TV/AKHBAR



Satu kajian ‘Peranan dan Pengaruh Internet dan Kewartawanan Blogger Terhadap Pengundi Semasa Pilihan Raya Umum Malaysia 2008' telah dilakukan oleh Prof Madya Dr Baharuddin Aziz, Dr Rahmat Ghazali dan Dr Abd Rasid Abd Rahman dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM dan mengakui 80% rakyat negara ini melayari blog.

Hasil kajiannya mendapati tiada data kukuh mereka yang kerap melayari blog menentukan kecenderungan mengundi pembangkang. Benarkah begitu? Beliau juga mendakwa bahawa peranan blog belum dapat lagi menandingi peranan TV sebagai sumber maklumat mutakhir. “Selepas dibuat silang perbandingan, kami mendapati tiada bukti statistik kukuh yang dapat menyokong bahawa kandungan internet mempengaruhi pengundi untuk mengundi pembangkang. “Ramai responden yang hanya memilih televisyen dan akhbar arus perdana sebagai sumber maklumat turut memilih pembangkang, begitu juga pembaca blog yang mengundi parti pemerintah,” kata Dr Baharuddin. (Berita Harian -18 Jun) .

Maksudnya di sini ketiga-tiga Prof Madya tersebut masih menyangkal peranan blog terutama yang condong kepada blog protes banyak membantu mempengaruhi perubahan PRU-12. Namun ianya diakui sendiri oleh Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dalam satu wawancara bahawa salah satu punca kemerosotan undi BN ialah pengaruh blog. Mereka lupa, pengunjung blog boleh mendapat maklumat dengan pantas dan cepat berbanding dengan TV apatah lagi mereka bebas mendapat maklumat atau gambar2 yang tidak terdapat di TV yang mungkin disekat. Itulah kelebihannya blog berbanding dengan maklumat yang terdapat di TV.
Jadi nampaknya maklumat dunia tanpa sempadan ini memainkan peranan penting terutama kecenderungan golongan muda dipercayai paling ramai melayari blog. Apakah pengaruh blog ini bakal sekali lagi mempengaruhi PRU ke 13 nanti? Apatah lagi pada 2012/2013, pengundi baru yang layak mengundi adalah berjumlah 1.8 juta.

ps* Blog terkini inspirasi pengundi.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN