MENAKJUBKAN (B/Harian-21Julai) Seekor harimau bintang menerkam dan membaham buaya yang berenang di air. Aksi luar biasa ini dirakam buat kali pertama oleh seorang jurugambar hidupan liar Amerika di taman haiwan Afrika Selatan baru-baru ini. Rakaman luar biasa serangan harimau bintang ke atas buaya itu dilakukan julung kalinya di taman haiwan Afrika Selatan oleh Hal Brindley, seorang jurugambar hidupan liar Amerika, yang sepatutnya mengambil gambar badak sumbu dari keretanya di Taman Negara Kruger. Tiba-tiba seekor harimau bintang melompat keluar dari celah pokok renik dan belukar serta terus menerkam buaya yang berenang di air, menyebabkan berlaku pergelutan berdarah antara kedua-dua haiwan ganas itu. Apakah yang boleh kita pelajari dari peristiwa ini??PS* Itu belum lagi ketangkasan sang Harimau-Menaip.......