Memaparkan catatan dengan label Isu Ceramah Tanpa Tauliah.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu Ceramah Tanpa Tauliah.. Papar semua catatan

Selasa, 8 Disember 2009

ISU TAULIAH: JAIS IKHLAS, EGO ATAU DENDAM?


Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin sangsi dengan sikap Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang enggan memperjelaskan secara terperinci bentuk ceramah agama yang memerlukan tauliah di Selangor. Menurut Mohd Asri, mungkin jika JAIS membuat penjelasan berhubung perkara berkenaan akan menjatuhkan ego jabatan berkenaan.

"Saya minta rakyat Malaysia tafsirkan adakah tindakan JAIS menjelaskan maksud ceramah itu satu kebijaksanaan ataupun satu keegoan... rakyat Malaysia kena nilai," kata Dr Mohd Asri sebagai mengulas mengenai keengganan Mohammed Khusrin untuk melayan gesaannya agar memberi penjelasan terperinci berhubung isu tauliah di Selangor.

Keengganan JAIS untuk tidak memberi penjelasan mencerminkan ianya seperti bukan sebuah badan penasihat agama kepada masyarakat Islam. Ramai pemerhati meletakan JAIS bukan bertindak atas dasarnya tetapi lebih kepada soal peribadi dan 3 kategori tindakan JAIS sekarang iaitu: KEIKHLASAN, KEEGOAN DAN DENDAM.

Ahad, 8 November 2009

ISU DR. ASRI: 'TAULIAH' JAIS HANYA SATU ALASAN

Isu berceramah tanpa tauliah yang dikenakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) terhadap bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin sepatutnya tidak timbul. Sebenarnya JAIS boleh menggunakan budi bicara mereka di bawah klausa 'Pengecualian' seperti yang tercatat di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, iaitu klausa pengecualiannyanya seperti di sini.

Justeru Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 jelas bahawa dakwaan Dr Asri memberi ceramah tanpa tauliah hanyalah sebagai alasan sahaja. Isu 'tauliah' oleh JAIS kini hangat dipersoalkan termasuklah soal kelulusan tokoh agama yang berusia 38 tahun itu yang telah memperolehi Ijazah Hadith, iaitu 5 ijazah sanad menerusi jalur ulama India (2001).

Beliau juga adalah Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis dan pernah menerima Anugerah Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 1427H, Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Perlis Tahun 1429H dan Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah USM Tahun 1430H. Namun pengiktirafan yang diterimanya itu masih lagi tidak layak mengikut peraturan JAIS dan tangan-tangan ghaib yang ada di Selangor. Wallahuaalam.

Isnin, 2 November 2009

DR. ASRI KE MAHKAMAH TANPA PERTUDUHAN

Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak pagi ini tetapi tidak ada pertuduhan disebut, dan beliau kemudian dibebaskan dengan bon jaminan tanpa cagaran. Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu yang mendakwa Dr. Asri berceramah tanpa tauliah menimbulkan pelbagai persoalan.

Turut mempersoalkannya ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang musykil motif penahanan itu ini kerana tangkapan dah dibuat tetapi proses pendakwaan tidak berjalan sepatutnya. Dr. Asri telah pergi mahkamah sejak pukul 9 pagi tetapi sampai tengah hari tiada pertuduhan dikenakan. Namun pihak JAIS sebenarnya cuma memohon jaminan BON yang tiada cagaran hanya semata-mata untuk menyiapkan kertas siasatan yang didapati tidak lengkap untuk menuduh Dr. Asri.

Bila pihak JAIS membangkitkan isu TAULIAH ni, banyak pihak yang mempersoalkannya. salah satunya seperti ini.. SAPA NAK JAWAB PULAK NIE? ADA TAULIAH KE DIA BAGI KULIAH DI SURAU NIE (klik sini) . Wallahuaalam.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN