Memaparkan catatan dengan label Hina Nabi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hina Nabi. Papar semua catatan

Selasa, 30 Jun 2009

ARTIS 'PUJAAN' KERAJAAN NEGERI MELAKA HINA NABI?

Artis Bolywood yang menjadi kotroversi isu penganugerahan darjah kebesaran kerajaan negeri tahun lepas, Datuk Shah Rukh Khan kali ini didakwa cuba menimbulkan kontroversi paling sensetif terhadap umat Islam apabila kenyataannya dalam majalah 'Time'n Style' (sila klik) dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Datuk yang menjadi artis pujaan pilihan kerajaan negeri Melaka itu dikatakan mengeluar kenyataan bahawa Nabi Muhammad SAW seorang tokoh yang tidak berpengaruh sepanjang sejarah dunia.

Kerajaan negeri Melaka terutama Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam dikatakan berang dan minta ianya disiasat. Jika didapati benar, kerajaan negeri dijangka akan menimbang semula akan membatalkan kerjasama penubuhan studio perfileman Bolywood di negeri ini. Tapi bagaimana pula dengan anugerah 'Datuk'? Kerajaan negeri juga perlu menimbang untuk menariknya semula.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN