
Paklah telah mengarahkan elaun keraian menteri dan timbalan akan dipotong 10%. Menurut kenyataan akhbar utusan Malaysia, elaun-elaun menteri ni rupanya sehingga berbelas ribu. Itu tidak temasuk elaun keluar negara. Fuh!! punyalah banyak. (kasihan petani dan nelayan, membanting tulang di ladang dan menyambung nyawa di lautan).
Patut lah ramai sangat nak jadi menteri. Macam kata izoblog. Mereka rasa itulah habuan yang patut mereka dapat. Maklumlah mereka menteri harus memikirkan masalah negara agar rakyat mendapat faedah hasil dari perancangan bijak pemerintah. Isu pemotongan ni, rasanya Pak Lah seperti baru mendapat ilham. Kerajaan Kelantan telahpun lama mengamalkannya seperti dalam depa-kata.blogspot.
Selain daripada pemotongan elaun, Pak Lah juga harus mengecilkan segala majlis-majlis keramaian yang melibatkan jutaan ringgit. Contoh pembaziran keramaian seperti pertunjukan bunga api yang hanya 15 ke 20 minit sahaja yang mana perbelanjaannya boleh mencecah ratusan ribu ringgit. Tak caya tanya penganjur Citrawarna Malaysia? Namun begitu rakyat masih lagi tunggu dan lihat apa lagi langkah Pak Lah seterusnya. Yang pastinya apakah rakyat mampu bertahan dan membiasakan kehidupan seharian dalam situasi ini terutama mereka yang berpendapatan rendah?