Ahad, 4 September 2011

RAKYAT JOHOR TERMASUK MUHYIDIN IKTIRAF PERJUANGAN MAT INDERA?

Mat Sabu kini telah mencetuskan suatu fakta yg tidak boleh dipertikaikan. UMNO dan lain-lain penjuak parti itu dengan merepek merapu sengaja memainkan isu komunis Mat Sabu. Namun hakikatnya ramai yg tidak tahu bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan dan ianya sendiri telah diktiraf oleh Kerajaan Negeri Johor sendiri.


Buktinya sila rujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor di sini.. pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah pejuang yg menjadi isu hangat kini iaitu Mat Indera. Sehingga kini isu Mat Indera menyebabkan pihak polis telah menerima puluhan malah mungkin ratusan laporan polis yg dibuat oleh penjuak2 UMNO untuk mendakwa Mat Sabu Malangnya sehingga kini pihak polis belum lagi bertindak menahan Mat Sabu.



JANGAN TAK PERCAYA..??? Yayasan Warisan Johor sendiri meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002.



Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.



Maklumat seterusnya baca lagi di sini... (daripada Jasin Online).

Tiada ulasan:

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN