Ahad, 5 Julai 2009

ALI RUSTAM SEMAKIN MENDEKATI BUDAYA KELANTAN

Larangan keatas pegawai dan kakitangan kerajaan Melaka untuk melawat Kelantan pada tahun 2000 telahpun di tarik balik atas arahan Ketua Menteri Melaka itu sendiri. Itupun kerana beliau tepaksa juga pergi ke negeri Cik Siti Wan Kembang itu kerana berkempen untuk dirinya sebagai calon Timbalan Presiden UMNO.

Arahan itu menunjukan sifat 'kebencian'nya yang mendalam pada kerajaan Kelantan pada suatu ketika dahulu. Tetapi sejak akhir-akhir ini Ketua Menteri Melaka itu seperti terkena sumpahan rakyat Kelantan bilamana budaya masyarakat di sana diimport atau dibawa berhijrah ke negeri Hang Tuah itu.

Kali ini Datuk Ali mencetuskan idea baru yang tidak terfikir oleh pegawai2nya iaitu dengan a mengimport beberapa ekor beruk dari Kelantan. Tarikan terbaru di negeri Melaka ialah aksi beruk memetik buah kelapa sambil para pelancong berkunjung ke Taman Buah-buahan Tropikal di Sungai Udang. Aksi beruk yang tidak asing lagi di negeri Pantai Timur itu rupanya sudah mendapat perhatian Ketua Menteri Melaka sejak sekian lama sebagai tarikan pelancong ke negeri itu. Buat permulaan kerajaan negeri telah membawa lima ekor berok bersama dengan jurulatihnya sekali yang akan menjaga dan menyelia beruk2 tersebut.

Selepas beruk, mungkin beberapa lagi budaya masyarakat Kelantan akan dibawa masuk oleh Datuk Ali bagi menggalakan lebih ramai pelancong ke negeri ini selain daripada lambakan kedai2 masakan citarasa kelantan yang telah sedia ada di negeri ini sejak sekian lama.

Tiada ulasan:

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN