Jumaat, 3 April 2009

LANGKAH PERTAMA NAJIB UNTUK MEMBELI JIWA RAKYAT



Dato Seri Najib Tun Razak membuat kejutan awal dengan membuat pengumuman secara langsung seluruh negara dengan menarik balik permit 2 akhbar utama pembangkang. Antara yang paling mengejutkan lagi ialah pembebasan 13 tahanan ISA berkuat kuasa serta merta serta bersedia membincangkan penghapusan isu ISA di bawah pentadbirannya nanti.
Keputusan Najib ini ibarat langkah pertama Perdana Menteri Malaysia ke -6 ini untuk cuba membeli 'jiwa' rakyat yang berseteru dengannya. Najib cuba membuktikan kepada rakyat bahawa beliau akan mengamalkan dasar keterbukaan yang lebih 'mesra rakyat' dari Pak Lah.
Namun begitu peralihan kuasa sebelum ini telah mendapat tentangan bukan sahaja dari pembangkang malah dari ahli UMNO sendiri yang mahukan isu rasuah diselesaikan terlebih dahulu. Apapun segala perancangan seperti telah direstui oleh Yang Maha Kuasa dan hari ini perlantikan itu telahpun dimakbulkan. Apapun diucapkan tahniah kepada Najib yang akhirnya menjadi pelengkap kepada teori 'RAHMAN' yang menjadi teka teki selama ini.
Ada mengatakan tindakan Najib itu dilihat sedikit sebanyak cuba mempengaruhi pengundi di 3 PRK yang bakal dilangsungkan serentak bulan ini. Walau bagaimana pun suka atau tidak, beliau telah secara rasmi menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6. Walau apapun pandangan dan selisih pendapat tentang tindakan awal Najib itu sekurang2nya beliau telah mengembirakan 13 ahli keluarga yang selama ini menanti pembebasan (ISA) mereka. Wallahua'alam.

Tiada ulasan:

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN