Isnin, 27 Oktober 2008

TUHAN ITU ESA...AWAS BLOG RAKAN SISWA.COM

AWAS! AWAS! AWAS! AWAS! AWAS! AWAS!
Tuhan itu Esa
Enam alasan yang kukuh untuk membuktikan kewujudan Tuhan.
Mengapa Pilih Tuhan dalam Alkitab?
Siapakah atau apakah yang kita pilih untuk disembah...
Siapakah Tuhan?
Bagaimana sebenarnya Tuhan itu? Satu muka surat huraian
DI ATAS BEBERAPA PERSOALAN YG CUBA DIRUNGKAIKAN OLEH SEBUAH BLOG CIPTAAN PELAJAR2 KRISTIAN YG MUNGKIN BOLEH MEMERANGKAP TERUTAMA PELAJAR2 MUSLIMIN DAN MUSLIMAT AGAR BERHATI-HATI DENGAN BLOG TERSEBUT SUPAYA TIDAK TERPERDAYA DAN TEPERANGKAP DENGAN BLOG RAKANSISWA.COM (SILA LIHAT DISINI..) TERSEBUT.
Kulat: Rakan2 blogger muslimin dan muslimat, cantaslah mereka sepantas kilat, semoga Allah melindungi umat Islam seluruhnya, ”Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” Surah Muhammad : Ayat 7 . Wallahualam.

17 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Bagi mereka, tuhan itu Allah juga? Ada mana-mana mufti yang nak bantu? Kenapa senyap? Mulut hanya khas untuk UMNO ke?

Thanks bro. kerana menyedarkan. Kenapa anak muda seperti kita tidak berdakwah seperti mereka? Itu juga satu persoalan. Apa halangannya? Kita mesti lebih depan dari mereka jika kita sayangkan Agama Allah ini iaitu Islam.

~♥ UmmiAnni ♥~ berkata...

salam mr.kulat..,

ummi penah gi kat blog dorang ni dulu..dorg ni macam sedang mencari..tapi takde panduan..sepatutnya ada pemantau..

wallahualam..

Tanpa Nama berkata...

Salam Saudara Kulat,

Terima kasih atas peringatan saudara terhadap blog-blog songsang seperti ini.

Semoga saudara dan keluarga sentiasa berada dalam peliharaan ALLAH.

Salam takzim

Tanpa Nama berkata...

Salam Cendawan..
Berita yang didedahkan diatas tu sebenarnya pernah berlaku dulu, tapi tidak diendahkan oleh sesiapa. Hari ini cerita itu keluar lagi...

Pada pandangan saya ianya tidak perlu panik, kerana ajaran agama kristian dan islam hampir sama namun ia tetap tidak sama. Kita jangan lupa bahawa taurat, zabur, injil dan quran datang dari Allah... Oleh kerana itu jika kita ingin mempertahankan Islam, maka kita mesti bersiap sedia dengan hujah yang lengkap dengan fakta. Semua agama dalam dunia ini adalah parti ugama yang mementingkan peraturan dan undang-undang ugama masing-masing.

Saya percaya, demi islam cendawan mampu menghadapi badai ini...insyaalah!

kulatlapok berkata...

salam Blogger:

1. HARIMAU-MEAIP
2. UMMIANNI
3. TANPA NAMA 11:58

Terima kasih keperihatinan sdr/sdri, semoga Allah memlihara umat islam sejagat terutama mereka2yang mempertahankan agama Allah swt. Insyaallah.. sdr/sdri ganjarannya yang menanti seperti yg telah dijanjikan..masyaallah.!! olehNYA..Insyaallah.

Tanpa Nama berkata...

ini lah masalah besar orang melayu malaysia (muslim sahaja)....... terlalu sensitif dengan agama lain. kononnya agama lain itu memerangkap, memperdaya orang muslim beralih arah ke agama lain. logiknya... jika u faham dengan agama u sendiri tidak perlu risau kewujudan agama lain. sama2 la kita senang dengan agama masing2. tidak perlu berharat dengki...... ISLAM ITU BAIK, TAPI YANG TIDAK BAIKNYA SIKAP MELAYU DAN ORANG YANG MENGANUTINYA....

kulatlapok berkata...

salam sejahtera TANPA NAMA 17:50,

Terima kasih atas titipan anda dan terima kasih juga kenyataan anda yang saya anggap jujur bertutur. Dari kenyataan anda, Tidak mustahil saya anggap anda bukan muslim.

Apapun bangsa bukanlah suatu ANUTAN tapi pengenalan asal usul dan tidak lebih dari itu. Berbeza dengan AGAMA kerana ianya suatu anutan dan memiliki amalan untuk keseluruhan hidupnya hingga di bawa ke akhir hayatnya.

MELAYU..?? Ya memang ku akui segelintir bangsa ini yang hidup kianat mengkianati, itu adalah suatu perbuatan dan perbuatan itu dimiliki oleh semua bangsa lain didunia lebih-lebih lagi bangsa YAHUDI. kenapa YAHUDI?? Sila rujuk sejarannya, kalau ingin tahu...

Secara jujurnya dari segi agama Islam, memelihara agamanya adalah WAJIB setiap pengganutnya supaya mereka tidak lari atau tergelincir AKIDAHNYA.. sebagai pengganut Islam juga sesorang itu wajib menyampaikan kepada antara kaum muslimin dengan muslimin yang lain agar sentiasa memlihara agamanya.

Terima kasih ingatan sdr. Saya juga menghormati agama lain.

Unknown berkata...

Sdr,

Saya pun fikir tidak perlu di risaukan sangat. Yang penting kita tingkatkan akidah bermula dari anak-anak kita, cucu kita, adik beradik kita, anak buah kita dan seterusnya kawan-kawan kita. Kalau ini kita usahakan, insya Allah agama kita dan bangsa kita yang Islam akan selamat.

Se masa saya remaja, ketika itu saya tinggal hanya dengan abang angkat kerana ibu/bapa telah meniggal. Pada satu pagi minggu/hari jumaat datang 2 orang muballigh kristian cuba menjaja kristianiti kepada saya.

Kami berbahas dari jam 9.00 pagi sehingga jam 12.30. Semua hujah mereka saya patahkan dengan Nas yang di akhirnya menyerlahkan kebenaran Islam.

Jam 12.30 tengahari saya mohon izin untuk ke masjid dan 2 orang muballigh tadi pulang. Semasa mereka nak pulang saya minta mereka datang lagi jam 3.00 nanti.

Petang tu saya tunggu tetapi mereka tidak datang. Maknanya mereka sudah kalah berhujah. Mungkin mereka takut yang mereka pula akan masuk Islam. Boleh jadi...Wallahu aklam.

kulatlapok berkata...

salam MOUNTDWELLER:

Syabas dan tahniah di atas usaha tuan memelihara agama suci Allah SWT. dengan cara berhujah. Saya tabik spring pada tua Mountdweller.

Tanpa Nama berkata...

saudara kulalapok & mountdweller. Sikap tuan inilah yang harus dijunjung seumpama di malaysia. kita perlu hidup ikut acuan kita di malaysia. tidak perlu mengambil contoh yahudi, mahupun bangsa lain. kalau u jadikan isu yahudi di malaysia, nampaknya x relevan bagi non-muslim di malaysia. bercakap camanapun org muslim, org non-muslim tidak akan dengar. lama ke lamaan sikap non-muslim bosan dengan sikap muslim.

kalau kita nak mengungkit bangsa luar dari malaysia. u tahu tak apa pandangan orang non-muslim di malaysia? u kena dengar masalah2 macam ini agar u dapat mempertahankan kekuatan agamamu. jangan dengan cara memburukan bangsa lain demi kebaikan bangsa atau agama masing2. begitu juga dengan yang non-muslim. sebabnya yang saya maksudkan disini adalah. dimana-2 di dunia ini. di mana adanya muslim mesti ada kekacau belaku: coth: thailand, fhilipina, indonseia. arab sendiri sekalipun, tidak perlu cakap lagi la isu israel-plestin.... persoalannya mengapa?
kedua di negara lain muslimnya berbeza dengan malaysia. mengapa berbeza? sedangkan ianya satu agama sahaja?

jujur... saya katakan saya mempunyai lebih 10 orang keluarga islam. saya tidak perlu risau pun... sebab saya tahu tuhan hanya satu. nabi yang mempunyai pengikut nya.

Di malaysia saya berbangga sebab mempelajari agama islam. dengam Tamadun Islamnya. TITAS nya. saya mempelajari semua ini. sekurang2nya saya tahu yang islam itu baik. Jadi, sebaliknya adakah u tahun dengan agama yang lain? kita demokrasi? pelbagai etnik? pelbagai kebudayaan? mengapa tidak? u cakap perpaduan juta kalipun tidak ada maknadnya jika tidak mengenali orang lain?

ketiganya. kalau kita masing2 tahu kelahiran kita di dunia ini. kita tidak mempersoalkan mengapa saya jadi melayu, india, cina... kalau kita tahu orang melayu itu baik, mengapa saya tidak akan mahu dilahirkan sebagai org cina. begitu juga sebaliknya.

moralnya adalah kekuasaan tuhan pencipta alam. perlu bersyukur dan menghormati antara satu sama lain, tidak perlu dengki dan iri hati. kekalkan keamanan dan keharmonian. jika semua ini ada..... kehidupan kita tidak perlu dihantui oleh masalah seumpama ini.
terima kasih...... jumpa lagi

Tanpa Nama berkata...

aha ahaaa... mana ulasan saya? dah berkulat agaknya...

kulatlapok berkata...

salam TANPA NAMA BERKATA 12:33,

Sudah tentu sdr. ni saya beranggapan memang jenis orang yg tak sabar. Malah kenyataannya juga berbentu sinis/perli... kalau iapun ianya dah berkulat, ada kalanya yg itulah mereka cari....

Apapun terima kasih titipan anda yg panjang lebar. Saya rasa anda jujur dalam memberi pandangan. Saya boleh terima dan percaya ramai blogger juga boleh terima,dan mengapa harus saya menolak pendapat sdr itu kerana memang ada kebaikannya yg sdr terangkan iaitu 'PERPADUAN'.

Apa2 contoh yg diambil tentang YAHUDI dan sebagainya kerana Al-Kitab sendiri memberi contoh tentangnya kerana disanalah bermulanya sejarah dan tauladan yg harus kita ambil untuk iktibar. Dalam kitab sahaja tentang Yahudi dan Nasrani ini sememangnya sengaja Allah SWT tunjukan untuk umat Muhamammad supaya ianya menjadi iktibar untuk umatnya yg diakhir zaman ini.

Saya sebagai Muslim seperti yg saya katakan dan Allah sendiri menekankan betapa mempertahankan agamanya adalah WAJIB setiap umat ISLAM. dan juga sentiasa INGAT MENgINGATI antara satu sama lain seperti mana ALLAH swt BERPESAN kepada hambanya supaya berpegang pada SATU TALI iaitu TALI ALLAH (Al-Quran). wALLAHUALAM

sepertimana yg diseruNYA.
”Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” Surah Muhammad : Ayat 7

Kulat: INGAT MENGINGATI JUGA MENJADI SATU KEWAJIPAN UMAT ISLAM. TERIMA KASIH INGATAN DARI..... TANPA NAMA 12:33

Unknown berkata...

Tuan tanpa nama,

Saya hanya ikut pesan Muhammad Rasulallah supaya jangan keji agama lain dan jangan caci orang lain kerana kepercayaannya.

Kita berhujah dengan cara yang tidak menyakiti hati antara satu sama lain.

Tanpa Nama berkata...

ya bro.... sememangnya macam itu. kekuatan diri adalah terletak pada diri masing2. kekuatan diri bukan kerana kita kuat daripada orang lain. kemenangan daripada penindasan atau menidakkan orang lain.... adalah dengki dan iri hati..... sikap dengki dan iri hari.... harus dihapuskan dalam diri masing2..

jadi.... tidak perlu lah risau walau seinci pun dalam naluri...... BUAT BAIK, DIBALAS BAIK, BUAT JAHAT NESCAYA MALAPETA MENIMPA.....

Tanpa Nama berkata...

UZTAS.... INI BANGSA YANG KEJI DENGAN ORANG LAIN....

http://www.masterdedah.com/

kulatlapok berkata...

salam Tanpa Nama 12:22

Islam tidak suruh mengeji tetapi berhati2 dan memelihara agamanya... itulah yang disuruh.. tapi bukan mengeji dan perli sesorang melalui KAREKATOR yg BERWAJAH BINATANG.. kiasan yg TERLALU HINANYA orang yg dimaksudkan... melalui post yg sdr maksudkan... Wallahualam

Unknown berkata...

assalammualaikum,.
bagi saya web rakan siswa bukanlah apa2 melainkan mengajak org islam untuk menganuti agama mereka dengan menggunakan taktik yg 'mengecewakan'.

cukuplah dgn mnyedari taktik yg lemah ini,kita mnjadi smakin waspada dan semakin yakin bahawa Islam adalah agama yg diredhai Allah.Dan dengan mnyedari taktik yg lemah ini juga, kita mnjadi semakin yakin bahawa yahudi dan nasrani akan mncuba sedaya upaya untuk memes0ngkan aqidah org Islam agar mengikut jejak langkah mereka.

maka tugas kita sbg org islam, ialah membesarkan Allah dgn mengagungkan namaNya,melakukan apa yg diwajibkan keatas kita serta menyebarkan kebesaran Islam kpd yg golongan yg tidak mndapat info yg tepat ttg islam,seswai dgn tugas kita sbg khalifah dimuka Bumi...

sbg tambahan, Quran ada mnyebut 'janganlah kamu mmbenarkan apa yg dibawa oleh mereka, dan janganlah pula kamu menidakkan'..ini kerana kita sedia maklum bhw taurat dan injil (yg asli/sblm ditokok tambah) juga adalah kitab Allah dan pastilah ahli kitab yg benar2 mncari kebenaran akan menemui Islam...

wallahua'lam

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN