Rabu, 8 Oktober 2008

PAK LAH BERUNDUR - PEMIMPIN UMNO SENYUM TERSIMPUL

Perdana Menteri, Dato'Seri Abdullah Badawi sah tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai presiden Umno pada Mac tahun depan. Abdullah berkata, beliau akan menyerahkan jawatan perdana menteri selepas Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi presiden Umno. Keputusannya itu adalah muktamad dan juga mengakui bahawa beliau "tidak membuat cukup baik dalam pilihanraya umum lalu" setelah kehilangan empat negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor - kepada barisan pembangkang - Pakatan Rakyat.
Justeru inilah sebenarnya saat2 yang dinantikan oleh pemimpin UMNO lain yang sebelum ini dilihat yang terlalu mendesak supaya perlalihan kuasa dipercepatkan. Nah bermula dari pengumuman Pak Lah ini, maka mereka yang asyik berkokok telah mula untuk mengembangkan sayap masing2 dan seperti satu perlumbaan, persidangan UMNO kali ini adalah yang paling 'luar biasa' (klik sini) sejak ianya ditubuhkan sedekad yang lalu.

Dalam pemlihan kali ini, suatu senario yang tidak pernah berlaku sebelum ini dimana begitu ramai pemimpin UMNO seperti 'kelaparan' dengan 'rakus' menawarkan diri untuk bertanding jawatan utama Umno. Apa yang lebih menarik lagi, ada kalangan pemimpin yang tidak popular juga turut tampil menawarkan diri. Dahulu, ketika Datuk Najib Razak mengumumkan bertanding timbalan presiden Umno, tiada seorangpun yang mahu bertanding, tetapi sebaliknya, kali ini mereka berlumba-lumba mahu bertanding.

Sehubungan itu, ramai pemimpin UMNO menyuarakan kebimbangannya kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku, termasuk perpecahan dalam parti. Apa gunanya kalau memegang jawatan tinggi tetapi mereka tidak boleh menyatukan Umno dan orang Melayu. Ini dapat dilihat apabila orang yang tidak mempunyai jawatan yang sepatutnya dalam parti, turut menawarkan bertanding jawatan utama Umno. Ini menggambarkan Umno kini dalam keadaan kritikal. Ramai yang menawar diri seolah-olah dilihat penyakit Umno telah mencapai tahap yang cukup kronik.

Pengunduran Pak Lah juga dilihat memang dialu-alukan. Pengundurannya diibarat 'orang mengantuk disorongkan bantal' oleh ramai pemimpin tertinggi UMNO yang berkepentingan. Siapa pemimpin tertinggi UMNO yang bermati-matian mempertahankan Pak Lah? Hanya kecuali mungkin menantu kesayangannya, Khairi Jamaludin sahaja. Cuba kita imbas dan perhatikan, sejak PRU12, Pak Lah dihentam kiri, kanan, atas, bawah oleh ahli2 UMNO sendiri. Samada kita semua perasan atau tidak? Semua orang2 kanan PakLah ni tak ada seorang pun yg cuba sedaya upaya cuba membantu mempertahankan. Mempertahankan hanya sekadar 'melepaskan batuk ditangga' sebaliknya mereka hanya menunggu masa untuk meninjau kerusi yang lebih empok walaupun Presiden masih lagi belum membuat keputusan muktamadnya.

Akhirnya Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke 5 itu terpaksa akur dengan kehendak ahlinya sendiri dan berundur pada Mac tahun hadapan. Ini ibarat sebagai satu sumpahan dimana Pak Lah dilantik mengikut terlunjuk, akhirnya terbukti pengundurannya juga mengikut telunjuk juga tanpa proses sebenar (pemilihan oleh ahli sendiri). Beliau berundur dengan membawa misinya 'cemerlang, gemilang dan terbilang' yang belum tercapai. Wallahualam.

11 ulasan:

Unknown berkata...

Begitulah adat manusia. Siapa yang tidak gembira bila menerima lubuk emas sebagai pusaka.

Kalau tidak kerana lubuk emas, saya percaya tidak seorang pun yang akan menawarkan diri untuk menjadi pemimpin.

Tunjukkan contoh adakah sesiapa di dalam UMNO sekarang sedia berkorban tenaga dan harta sebagaimana YM. Tunku lakukan sebelum dan selepas merdeka demia bangsa dan negara?

Jawapannya adalah "illek". Kerana kuasa dan hartalah manusia di dalam UMNO berebut-rebut nak jadi pemimpin.

kulatlapok berkata...

salam MOUNTDWELLWE;

uLASAN SDR. TEPAT DAN PADAT. BERJUANG UNTUK RAKYAT..?? MEREKA SEMUA SEBENARNYA ADALAH HIPOKRIT... TURUN PADANG MEREDAH BANJIR, SANGGUP BERSUSUAH BERSAMA RAKYAT WAKTU MENGUNDI TAPI BILA MAJLIS UMNO....ADA PULAK SINGBOARD.. 'HANYA UNTUK VVIP N VIP' SAHAJA.... RAKYAT..?? MEREKA BOLEH DUDUK DI SUDUT-SUDUT DEWAN ATAU MAKAN DI TEPI LONGKANG BERSAMA SEBUNGKUS KUEH DAN AIR MINERAL...???????????????

sumandak bayu berkata...

Sumandak golongan muda dalam era politik zaman skang.....Sumandak rindukan pemimpin yang benar-benar berjuang untuk rakyat....

Sanggup bergadai harta demi rakyat.. sanggup gadai maruah demi rakyat... sanggup mati demi rakyat.... ini lah yang rakyat MALAYSIA nak....

Memandangkan perjuangann belum selesai kita tunggu, lihat dan dengar bakal pemimpin yang akan menerajui negara ini lagi...

Sumandak doakan juga Pemimpin UMNO pada hari ni fikirkanlah perjuangan demi rakyat bukan diri sendiri ye.... Belajar daripada kesilapan BRO dan SIS

Tanpa Nama berkata...

Salam sedara cendawan,

Den ingat sedara tersalah tulis la..

"Akhirnya Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-6...."

Sepatutnye,

Akhirnya Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5....."

Perdana Menteri Malaysia ke-6 mungkin DSNR atau DSAI atau.......???

Adakah DSAR teringin plak nak fight jd Presiden UMNO???

Adakah lawak ni kan terjadi??

Sama2 kite nantikan...

kulatlapok berkata...

salam MasterYoda;

Betullah ada tersilap taip... Pak Lah PM ke 5 tapi Presiden UMNO ke 6PM ke ^ seperti gambor yg dok sebelahnya tu.....

Terima kasih memperbetulkan...

KMF berkata...

Elak Umno, BN berpecah : http://www.malaysiakini.com/news/90860

Bercakap dalam sidang akhbar selepas mesyuarat tersebut, Abdullah berkata beliau tidak akan mempertahankan jawatan presiden kerana tidak mahu Umno dan BN berpecah.

"Umno dan BN perlu bersatu untuk menghadapi cabaran global yang lebih besar," katanya dalam sidang akhbar yang penuh sesak itu.

SAH ABDULLAH PUNCA SEGALANYA: SEMENJAK AKHIR-AKHIR INI PELBAGAI ISU DIBAWAH PERTADBIRAN ABDULLAH IAITU, UMNO-BN, ISA, PERPADUAN, EKONOMI, PERTADBIRAN PM.

melayuangkat berkata...

Whatever the comments are/were:

Shukran Pak Lah,

BarakaAllah fi ka.

Salam Cendawan, from Mak Cik.

kulatlapok berkata...

Salam KELING MENUA FORUM;

SEMEMASA KEMENAGAN BERGAYA PADA PRU11, RAMAI YG MEMUJI, SEMUANYA BERKAT KERJASAMA DARI SEMUA AHLI UMNO DARI AKAR UMBI KATA PEMIMPIN UMNO. TAPI PADA PRU12, MALANGNYA PAK LAH YG DIPERTANGGUNGJAWABKAN TANPA SOKONGAN DARI RAKAN-RAKANNYA.. DAN MENUDUH PAK LAH PUNCA SEGALANYA: SEMENJAK AKHIR-AKHIR INI PELBAGAI ISU DIBAWAH PERTADBIRAN ABDULLAH IAITU, UMNO-BN, ISA, PERPADUAN, EKONOMI, PERTADBIRAN PM DAN LAIN2 LAGI. BILA ORANG TUA TU DAH LETAK JAWATAN, DAH ADA PULAK YG MEMUJI DAN KEHILANGAN PEMIMPIN YG BERWIBAWA DA SEBAGAINYA..... INILAH HIPOKRIT DUNIA POLITIK.....

Tanpa Nama berkata...

Jangan kata beruk, akupun terkejut beruk sbb pak lah kata taknak bertanding. Sebab apa aku kata begitu,sebab firasat aku kata paklah akan berundur bulan 3 ni menjadi realiti, maka tunggu lagi satu firasat aku yang mengatakan najib tak sempat jadi pm, sebab dsai akan jadi pm bulan 11 ni...heheheee..

kulatlapok berkata...

salam BIAQPILA:

yA, AKU ADA TERBACA. MEMANG TEPAT TELAHAN HANG.AKU TAHU MANA HANG BELAJAQ?? HANG DAPAT ILMU NUJUM DARI 'MERONGMAHAWANGSA'. BETUI TAK??

Tanpa Nama berkata...

wah..hang dah tau merongmahawangsa..bila hang ceroboh aku punya pc ni? hehehehe...tu nama pc aku tu...

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN