Jumaat, 17 Oktober 2008

MELAYU DIGANYANG, BANGSA ASING DITATANG

SITUASI 1:

Penduduk kampung membuat benteng manusia yg akhirnya rumah mereka terus dirogohkan

Pada 11 Ogos lalu, jawatankuasa bertindak Kampung Baru Plentong, Johor Bahru telah menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman agar kerja-kerja merobohkan kampung mereka ditangguhkan sehingga penempatan baru di Bukit Dagang siap sepenuhnya. Namun Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin menjelaskan, pihaknya terpaksa bertindak selepas penduduk mengingkari arahan untuk bersurai dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak merempuh penduduk yang menghalang (berita seterusnya....)


SITUASI 2:

Para penguatkuasa MPAJ dengan segala kekuatan jentera yg dibawanya berjaya juga akhirnya merobohkan.....

Rakyat masih mengingati sejarah hitam yang terukir pada 20 November 2006 apabila benteng manusia di Berembang telah dirempuh dengan ganas oleh pihak FRU dan penguatkuasa MPAJ. Mereka dipukul, ditendang dan dihambat dengan kayu. Pergelutan berlaku kerana para penduduk dan sukarelawan enggan membiarkan surau berkenaan dirobohkan. Setelah berjaya, meleraikan benteng manusia yang didirikan oleh penduduk, beberapa orang penguatkuasa MPAJ dilihat meluru ke dalam surau dengan memakai kasut but dan menendang barang-barang yang ada disamping memecahkan semua tingkap surau. Pada masa yang sama mereka menemui sekumpulan kanak-kanak dan orang dewasa yang turut berkubu didalam surau. (berita seterusnya........)

SITUASI 3:

Pahlawan BABI, mereka akhirnya berjaya menghalang pihak kerajaan bertindak ke atas mereka dan sehingga kini BABI tersebut dapat hidup aman dan damai di Paya Menkuang...

ALOR GAJAH: Operasi bersepadu bagi mengurangkan ternakan khinzir daripada lebih 100,000 ekor kepada 48,000 ekor di kawasan Bukit Beruang, Paya Mengkuang dan Man Lok di Melaka ditangguhkan petang ini apabila berlaku ketegangan diantara penternak dengan pihak berkuasa. Operasi hari ini yang membabitkan beberapa jabatan dan agensi kerajaan termasuk polis, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Jabatan Alam Sekitar dan Majlis Perbandaran Alor Gajah. Namun pada kali ini, pihak berkuasa terpaksa pulang dengan hampa apabila enam jentera pengorek yang dibawa untuk menggali lubang bagi menghapuskan babi di ladang tersebut serta enam trak polis, termasuk yang dilengkapkan dengan meriam air tidak dapat menyempurnakan tugas untuk membunuh babi-babi sepertimana yang dirancang. (baca seterusnya....)
Kulat: Terserlahnya sikap double standard pihak kerajaan BN yang masih terus berlaku zalim dan kejam terhadap rakyat. Ketiga tiga situasi ini membuktikan UMNO sanggup menganyang bangsanya sendiri demi menjaga kepentingan politiknya. Tahniah kepada penternak-pemnternak babi di Melaka yang mencatatkan satu sejarah menarik di mana kuasa rakyat adalah lebih tinggi dan bermakna dari kuasa meriam, cota, pistol, perisai dan senapang pihak berkuasa. Sekarang jelas juga kepada kita, pihak berkuasa milik kerajaan BN ini lebih gentar kepada tuntutan penternak babi dari rayuan dan rintihan rakyat marhain di Kampung Berembang dan Kampung Baru Plentong.

4 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Malam tadi, den memang membara nak tulis isu ni. Den nak quote tulisan sukj, tup-tup hang dah tulih. Kito ni kombar ko? Apo dalam kepalo den, mesti ado kek kau..

Melayu adalah Hamba Dalam Tuan..bro.

melayuangkat berkata...

Assalamaualaikum anakku Cendawan,

Mak Cik rasa ini semua berpunca pada kelemahan dan sistem penguatkuasaan yang tidak cekap pihak berwajib dalam menyelesaikan segala masalah yang bersangkut sama ada dengan pihak setinggan atau apa apa masalah pun.

Yang jadi mangsa adalah penduduk penduduk sendiri. Tapi kalau kita kata sistem kerja mereka tidak cekap, malas, lembab dan banyak red tape mereka tak suka pula.

Amat menyedihkan, perkara begini boleh berlaku dalam era internet di mana sepatutnya semua pihak boleh berkomunikasi dengan lebih baik dan dapat menjimatkan masa.

Dan kesempatan ini akan digunakkan pihak tertentu untuk keruhkan lagi keadaan. Bukan mententeramkannya.

Anakku Cendawan pasti telah tahu bagaimana di New Zealand jumlah kambing biri biri negara itu berjuta-juta melebihi jumlah penduduk New Zealand itu sendiri.

Kita pun berharap supaya satu hari nanti di Melaka pula jumlah Babi babi TIDAK melebihi penduduk Melaka itu sendiri.

WaliyazubillahminZalik!!!!

Unknown berkata...

itulah tindakan sebuah parti politik yang dilaungkan sebagai pembela melayu... kini dan selamanya. kah...kah.. kah.... ketawalaaaah!

Hei melayu... selamatkah kau rasa di bawah BN ini sekarang dan duluu?

sumandak bayu berkata...

Bro Kulat,

Hang terlalu lantang kata kerajaan macam tu.. bukan sumandak nak pihak mana-mana tapi hang pikirlah peristiwa kedua-dua ni macam mana berlaku...

Sememangnya bila sentuh Surau atau Masjid nak kena roboh; orang rempuh siap lagi guna kasut;.... pecahkan tingkap... kita marah....sebab isu ni sensitif...dan menyentuh hati khususnya orang Melayu...

Sama juga keadaan bila isu robohkan kuil di Selangor heboh gak ceta ni...

Beza dia satu kes dapat dilaksanakan...manakal satu kes lagi tertunda sebab-sebab tertentu....

Kalo kulat pi Sabah lagi lah rumah-rumah setingan kat sabah pun sama juga...tapi bila fikir tanah tu sape punya....walaupun mereka dah beranak pinak sampai 5 generasi kena juga berdepan dengan isu ni.....kena juga dipindahkan....

Kita tunggu dan lihat keadan BABI-BABI kat MELAKA sampai bila dapat bertahan kita Bro dah ada suara....Sumandak yakin mereka ni tak akan bertahan...

Sumandak tengok kejadian di Melaka ni pegawai Jabatan Haiwan datang bawa ape aje; pengusha BABI-BABI pula dijadikan benteng ape... FAKTOR nilah yang Sumandak yakin nape tak jadi projek bunuh BABI.....Tapi pasti ada episode ke-2 nantikan saje usaha Jabatan haiwan kita....

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN