Muhammad Ahmad Zahid mengharumkan nama Malaysia apabila menjuarai kategori bacaan terbaik pada majlis Anugerah Al-Quran Antarabangsa Dubai (DIHQA) ke-12 yang berakhir di Dubai, kelmarin. Apa yang lebih membanggakan rakyat Malaysia ialah al-hafiz berusia 13 tahun itu juga diberi penghormatan memperdengarkan bacaan Al-Quran pada majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan Putera Mahkota Dubai Sheikh Hamdan Bin Mohammad Bin Rashid Al Maktoum.
Adik Muhammad Ahmad Zahid hanyalah salah seorang anak muda yang lahir dalam sistem pendidikan sekular Malaysia yang hanya mengutamakan ‘pembacaan’ al-Quran. Inilah contoh sepatutnya yg harus rakyat Malaysia, bangsa Melayu yg beragama Islam patut sanjung dan banggakan. Beliau harus menjadi kebanggaan rakyat Malaysia iaitu anak remaja Melayu Antara Bacaan Terbaik Dengan Umat Yang Terbaik. Ulasan mykhilafah (sila klik disini) . Bukan dibanggakan menyertai program2 realiti seperti AF yg siap dengan kesal dan nangis2 lagi bila gagal jadi penyanyi. Wallahualam.
PS* Masyaallah, rasa takjub menerjah dalam hati ini. Aku dah beberapa kali khatam pun tapi masih tak jadi al-hafiz lagi. Moga Allah memberi pertunjuk yg sama kepada anak2ku, Insyaallah.
9 ulasan:
Den hafiz..tapi hafiz lagu Enjit Semut.
Memang den bangga ada anak Melayu macam ni. Ptut kah dia dipertimbangkan untuk dapat Datuk?
SALAM PM hARIMAU;
EH EH TOK RIMAU NI, GERHARU CENDANA PULA.....?? KAN TOK RIMAU BAKAL NAK JADI PM, BUKAN SAJA DATUK, KEPALA DATUK PUN KABINET TOK RIMAU BOLEH BAGI.... PENAT AJE AKU VOTE KAT HANG... BANYAK KALI DAH....!!!!!!
Salam sedara cendawan,
Aku sokong entry hang yg ni...
Tapi mentaliti kebykkan org2 M'sia suka yg melalaikan dr yg bgus mcm ni...
Nak wat mcm mane....
Lagi suka nangis bakal penyanyi pujaan tersingkir dr nangis mengahayati ilmu2 Al-Quran...
Dunia akhir zaman...
salam masteryoda;
Tak tahulah apa yg ditangisi dalam program realiti tu..??? Sepatutnya setiap individu muslim harus menagis kerana tidak pandai mengaji atau jahil tentang Al-Quran iaitu Qalam peneman tidur di alam Baqa. Wallahualam
Assalamualaikum Anakku Cendawan Melayu,
Memang kita semua berbangga dengan anak muda Melayu Malaysia yang mengharumkan namanya, keluarganya, bangsanya dan Negaranya di Dubai ini!!
Syabas dan Tahniah kepada seluruh keluarga besar
Muhammad Ahmad Zahid!!
Memang tiap tahun ada pertandingan tilawah di Dubai. Hebat hebat belaka perserta yang rami dari negara Teluk.
Mak Cik pernah Puasa di Abu Dhabi, ibu negara UEA beberapa tahun dulu dan turut menyaksikan pertanding ini live dalam TV sahaja.
Ingin nak pergi tapi tak berkesempatan sebab di Dubai dan faham fahamlah orang perempuan bukan boleh bebas naik turun teksi macam di sini.
SYABAS KEPADA KELUARGA MUHD AHMAD ZAHID!!!SEPATUTNYA INILAH YG KITA BANGGAKAN. GENERASI MELAYU YG BIJAK PANDAI. TAPI NAMPAKNYA KITA LEBIH SUKA FITNAH MEMFITNAH DAN SALING DENGKI KHIANAT. KESIAN KELUARGA DSAI YG SENTIASA JADI MANGSA FITNAH.
SHANA
kat malaysia ni habya itu je yg boleh kita tangiskan...gagal jd penyanyi..
salam Makcik;
Banyak pengalaman Makcik di luar negara. Jauh perjalanan, luas pemandangan.
salam blogger;
1. tanpanama 16:26 - politik hari ini Melayu hentam Melayu. Bangsa lain dok pandang aje.
2. kulupsakah - Melayu mesti maju mengikut acuan sendiri seperti kata mereka wawasan 2020 dan Melayu Islam mesti maju mengikut pelan Islam Hadhari.
Catat Ulasan