Tak ada seorang pun di dunia ini yang ingin dilahirkan cacat atau kurang sempurna. Mereka adalah insan istimewa yang dijelmakan olejh Allah swt. untuk insan lain memberi sedikit simpati serta merasa syukur diatas kesempurnaan diri sendiri yang ada.
Allah menjadikan manusia itu tiada bezanya antara satu sama lain malah disuruhnya saling bantu membantu agar dapat sama-sama dapat merasa segala kekurangan yang ada. Tetapi hal ini tidak terjadi kepada seorang graduan kerdil berumur 26 tahun yang menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan walaupun memiliki Ijazah dari IPTA.
Mohammad Fadhly sudah menghadiri 50 temu duga dalam tempoh setahun gagal mendapat sebarang pekerjaan walaupun segulung Ijazah Pengurusan Perniagaan dari Universiti Darul Iman (UDM) bukti yang boleh melayakan individu itu memegang jawatan yang baik di sektor awam ataupun swasta.
Selain daripada Ijazah, beliau juga pemegang diploma dalam bidang Pengajian Maklumat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) mendakwa didikriminasikan kerana keadaan fizikalnya yang tidak sempurna. Beliau menjadi mangsa keadaan dari pihak-pihak swasta malah juga dari pihak kerajaan seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Badan-badan Berkanun.
Harap pihak kerajaan atau piahk=pihak NGO yang lain agar dapat membantu Mohammad Fadhly mendapatkan pekerjaan bersesuaian dengan kelayakannya yang ada. Kalau mereka tidak memberi peluang, sia-sia saja golongan istimewa ini belajar sehingga mendapat ijazah.
Muhamad Fadhly berkata, walaupun tidak boleh bergerak aktif tetapi beliau boleh melakukan kerja-kerja perkomputeran. Sebagai anak sulung beliau perlu menanggung keluarga kerana ibu bapanya sudah bersara, selain menanggung hutang pengajian RM28,000 daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Kepada pihak-pihak yang berwajib, tolonglah manusia istimewa ini. Mungkin apa yang dipaparkan ini hanyalah sebahagian sahaja yang sebenarnya masih lebih ramai lagi diluar sana yang menghadapi masalah seperti Mohamad Fadhly.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan