Khamis, 30 Oktober 2008

1 ZULKAEDAH BERMULANYA LAMBAIAN KAABAH..

Hari ini 1 Zulkaedah 1429 Hijrah, maka bermulalah perjalanan umat Islam mengunjungi rumah suci Allah 'Kaabah' di Kota Makkah. Seluruh umat Islam tanpa mengira darjat dan pangkat akan berkumpul untuk menunaikan satu tujuan hanya untuk Allah SWT.


"لَبَّيْكَ اللّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ، لاَشَرَيْكَ لَكَ."
“Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada perintah-Mu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagi-Mu kami sahut seruan-Mu, sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan, kesemuanya adalah bagimu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagi-Mu.”

Begitulah seruan ibadah haji ini merupakan galakkan kepada umat Islam untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan dalam masa yang sama ia mengajak supaya bekerja dan mengumpul keperluan perbelanjaan untuk ke Baitullah serta untuk keperluan harian yang lain. Kepada semua kaum muslimin dan muslimat di negara ini diucapkan 'Selamat Jalan dan Selamat Menjalani Ibadah Haji'. Bagi yang belum mempunyai kemampuan seperti Kulat, kita masih ada lagi masa untuk mengumpulkan perbelanjaan bagi menunaikan fardhu haji dan yang penting mesti ada niat yang tersemat dihati. Wallahualam.

Kulat: Masih lagi mengumpul duit. Kekadang rasa irihati juga kepada rakan2 yang seusia telahpun dapat melaksanakan rukun Islam yang ke Lima itu. Apapun ku pohon jua kepadaNya semoga aku, isteri dan anak-anakku di anugerahkan kesihatan yang baik serta permudahkan kami sekeluarga untuk menyahut panggilan Kaabah pada suatu hari nanti. Insyaallah.

Rabu, 29 Oktober 2008

EH...APA 'KJ' BUAT DISEBALIK KELAMBU TU....??



Eh.. KJ ke tu..?? Rupa macam KJ je . ..?? Apa yang dia buat di sebalik kelambu tu..?? Eh..tak caya lah... setahu aku KJ sekarang sedang sibuk berkempen pemilihan UMNO ni. Perhimpunan Agung dah tak lama lagi, tak kan KJ ni gi enjoy lak dengan kekawannya. Kata nak prepair berdebat dengan Mukhriz, tapi apa dia buat kat sini..?? Mmmm...Betulah KJ lah, hai KJ, KJ rupanya kat sini kau enjoy ngan kekawan kau sedang minum-minum. Tapi pelik lak minuman atas meja tu macam musykil je bentuknya..?? Kalau nak tahu juga... jom klik kat 'perisikrakyat'... (apa kata 'perisikrakyat' makna 'KJ' itu sendiri..??)

Gambar botol....?? Gambar botol disebelah kanan ni lebih kurang sama dengan botol minuman dalam gambar sebelah kiri ni bersama dengan botol minuman yang ada dekat depan KJ dalam gambar dekat atas tu.... Minuman apa tu ya..??? Tak kan buat hiasan je atas meja tu ..?? Wallahualam.
Kulat: Kata orang kalau kita berkawan dengan orang yang berkerja angkat tahi, badan kita turut sama ada bau tahi, awas elakkan diri anda dari difitnah.

Isnin, 27 Oktober 2008

TUHAN ITU ESA...AWAS BLOG RAKAN SISWA.COM

AWAS! AWAS! AWAS! AWAS! AWAS! AWAS!
Tuhan itu Esa
Enam alasan yang kukuh untuk membuktikan kewujudan Tuhan.
Mengapa Pilih Tuhan dalam Alkitab?
Siapakah atau apakah yang kita pilih untuk disembah...
Siapakah Tuhan?
Bagaimana sebenarnya Tuhan itu? Satu muka surat huraian
DI ATAS BEBERAPA PERSOALAN YG CUBA DIRUNGKAIKAN OLEH SEBUAH BLOG CIPTAAN PELAJAR2 KRISTIAN YG MUNGKIN BOLEH MEMERANGKAP TERUTAMA PELAJAR2 MUSLIMIN DAN MUSLIMAT AGAR BERHATI-HATI DENGAN BLOG TERSEBUT SUPAYA TIDAK TERPERDAYA DAN TEPERANGKAP DENGAN BLOG RAKANSISWA.COM (SILA LIHAT DISINI..) TERSEBUT.
Kulat: Rakan2 blogger muslimin dan muslimat, cantaslah mereka sepantas kilat, semoga Allah melindungi umat Islam seluruhnya, ”Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” Surah Muhammad : Ayat 7 . Wallahualam.

TERLEWAT UCAP HARI DEPAVALLI

HALLO..MACHA..!! INI MAKAN KE MENTEKEDAHGAH..??

Kulat rasa agak terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Depavalli kepada semua kaum India seluruh negara walaupun hari ini (Isnin-27 Oktober) jatuhnya perayaan Pesta Cahaya buat kaum India, Kulat baru nak postkan ucapan ini sebentar tadi (sekitar jam 9.00 malam tadi). Apapun semoga perayaan ini memberi lebih makna kepada kaum India di Malaysia semoga mereka semua memahami erti kehidupan majmuk di negara Malaysia tercinta dan tidak terpengaruh dengan mana-mana pertubuhan (terutama......?) yang mengugat keamanan negara ini.

Kulat: Terlewat kerana sama2 menikmati cuti selama 3 hari ni sampai terlupa nak buka laptop.

Jumaat, 24 Oktober 2008

MENUNGGU BANTUAN SEHINGGA AJAL

Apa sudah jadi apabila seorang mangsa kemalangan jalan raya dibiarkan menggelupur atas jalan raya selama satu setengah jam gara-gara kelewatan ambulans yang dipanggil untuk menyelamatkan nyawa lelaki warga emas itu. Lebih menyedihkan mangsa yang cedera parah akibat dirempuh lori hantu, hanya mampu dilihat anggota polis dan media mengalami muntah darah sebelum menghembuskan nafas terakhir tanpa sempat dibawa ke hospital. Kejadian menyayat hati itu yang disaksikan ramai pengguna jalan raya menimbulkan tanda tanya berhubung kelewatan bantuan perubatan walaupun panggilan kecemasan sudah dibuat ke talian 999 berulang kali oleh polis dan petugas lebuh raya. (berita seterusnya, klik sini....)

urutan kejadian

mangsa terbaring cedera parah di kepala

Lebih 1 jam terbaring mengerang kesakitan baru ambulan sampai

Mangsa diperiksa oleh pegawai perubatan

Dua minit kemudian ambulans Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dari Klang pula tiba

Lima minit kemudian sebuah lagi ambulans dari Petaling Jaya muncul

Walau sepuluh ambulan pun yang datang, "nasi sudahpun menjadi menjadi bubur", Selepas lebih satu jam bergelut dengan kesakitan, mangsa muntah darah sebelum menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.05 pagi.

Kulat: Agak mengejutkan apabila tidak lama selepas kematian mangsa, muncul 3 ambulans hospital yang tiba untuk memberi bantuan kecemasan. Kelewatan itu menimbulkan tanda tanya orang ramai yang tidak pasti berhubung masalah dihadapi petugas pusat panggilan kecemasan terbabit dalam memberi bantuan dalam tempoh sepatutnya. Wallahualam.

Khamis, 23 Oktober 2008

PA TERBARU DATO' SERI ANWAR IBRAHIM?








Photo ini diterima dari seorang rakan yang emelkan pada Kulat semalam. Menurut emel tersebut, inilah wajah jambu PA terbaru Dato'Seri Anwar Ibrahim. Namanya Mie. Bertugas selaku Setiausaha Peribadi kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim. Pehh...!!! Boleh tahan jugak Mie ni, kalah Saiful Bukhari...... auwwww !!

Kulat: Memang tidak dinafikan, boleh dikatakan semua pembantu DSAI handsome2 belaka. Apa pun kita semua janganlah pulak memanipulasikan pembantu2 peribadinya. Namun memang ada juga timbul persoalan, Adakah semua perwatakan dan ketrampilan pembantu2 DSAI ini suatu 'kebetulan atau suratan'? Wallahualam.


Rabu, 22 Oktober 2008

MAHATHIR ADA 'LOCUS STANDI', WAJARKAH BELIAU UNTUK MENGHENTAM UMNO?

Ketua Umno Bahagian Jelebu Datuk Seri Dr Rais Yatim telah membidas mereka yang mengkritik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana membuat kenyataan tentang Umno. Rais berkata Dr.Mahathir berhak buat kenyataan tentang Umno kerana beliau ada locus standi (kedudukan) untuk membuat apa jua kenyataan tentang Umno kerana beliau juga telah menerajui parti itu selama 23 tahun. Kata Menteri Luar itu lagi, Dr Mahathir berhak untuk menyatakan apa saja yang beliau mahu tentang Umno. (berita selanjutnya...)

Kulat: Kenyataan Menteri Luar itu seolah-olah menempelak Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membuat kenyataan menuduh Dr Mahathir menjadi punca perpecahan yang berlaku dalam parti itu. Apakah dengan kedudukan 'locus standi' itu, Mahathir boleh menghentam kepimpinan UMNO sesuka hatinya, apatah lagi beliau kini bukan lagi ahli UMNO. Dengan pengalaman menerajui parti selama 23 tahun, sepatutnya Mahathir lebih banyak membantu menasihat bukan banyak menghentam. Tindakan Mahathir ini dilihat mempengaruhi ahli2 UMNO yang lain untuk turut sama mengambil peluang menghentam presidennya sendiri. Ini dapat dilihat sejak akhir2 ini setelah pengumuman peralihan kuasa yang pasti berlaku pada Mac depan, ramai pemimpin UMNO yang mula menunjukan taringnya menekan dan membidas PM secara terbuka. Apa yang pastinya kini Pak Lah mungkin sudah terlewat dan tersedar dari lamunan untuk memilih yang mana sebenarnya rakan politiknya. Wallahualam.

Ahad, 19 Oktober 2008

NASIB 2 LAGI CALON TIM PRESIDEN UMNO DI JANGKA SAMAR?

Gambar terbaru yang dikirimkan oleh seorang teman ketika kedua-dua pemimpin veteran ini yang juga calon Timbalan Presiden UMNO bertemu dalam satu majlis Anugerah Desa Cemerlang (ADC) di Kampung Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, Melaka pada 18 Oktober lalu. Kemampuan kedua-dua calon ini merai sokongan dari akar umbi sehingga kini dilihat masih lagi samar dan belum mencapai tahap sebenar berbanding dengan calon favourite, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang kini selesa dan semakin hampir layak (sekarang 38 pencalonan) bertanding Timbalan Presiden. Sehingga setakat hari ini (19 Oktober), Menteri KKLW itu menerima 4 pencalonan berbanding Datuk Seri Ali Rustam yang masih kekal 3. Kedudukan Ketua Menteri Melaka itu dijangka berubah apabila beberapa bahagian di Melaka telah bersidang mulai hari ini. Namun kedua-dua calon ini mendakwa tetap optimis layak untuk bertanding memandangkan masih ada seratus lebih bahagian lagi belum bersidang. Berikut beberapa petikan dan hasrat calon-calon yg bertanding di awal pencalonan:
1. TAN SRI MUHYIDDIN YASIN : "Jangan Ragui Saya"
Petikan: "Jika saya diberi peluang ertinya kedudukan saya adalah orang nombor dua dan sebagai orang nombor dua kena bersikap orang nombor dua lah.."
2. DATUK SERI MOHD ALI RUSTAM : "Bantu kukuhkan parti"
Petikan: "Saya berharap ahli-ahli UMNO akan membuat pertimbangan berasaskan kepada rekod perkhidmatan dan sumbangan calon yang menawarkan diri, pilih yang terbaik. Siapa sahaja yang dipilih harus disokong"
3. TAN SRI MUHAMMAD MOHD TAIB: "Utamakan sikap setia"
Petikan: " Kalau pemimpin nombor satu tidak percaya kepada timbalannya sudah pastilah beliau tidak boleh menumpukan perhatian kepada tugasnya"
Kulat: Dari segi apakah sebenarnya ketiga2 calon ini yang patut dipilih dan yang paling layak memegang jawatan orang no. 2 negara? Yang pastinya salah seorang calon iaitu Menteri KKLW sudah hilang kepercayaan dari ahli2 UMNO bahagiannya sendiri. Wallahualam.

Jumaat, 17 Oktober 2008

MELAYU DIGANYANG, BANGSA ASING DITATANG

SITUASI 1:

Penduduk kampung membuat benteng manusia yg akhirnya rumah mereka terus dirogohkan

Pada 11 Ogos lalu, jawatankuasa bertindak Kampung Baru Plentong, Johor Bahru telah menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman agar kerja-kerja merobohkan kampung mereka ditangguhkan sehingga penempatan baru di Bukit Dagang siap sepenuhnya. Namun Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin menjelaskan, pihaknya terpaksa bertindak selepas penduduk mengingkari arahan untuk bersurai dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak merempuh penduduk yang menghalang (berita seterusnya....)


SITUASI 2:

Para penguatkuasa MPAJ dengan segala kekuatan jentera yg dibawanya berjaya juga akhirnya merobohkan.....

Rakyat masih mengingati sejarah hitam yang terukir pada 20 November 2006 apabila benteng manusia di Berembang telah dirempuh dengan ganas oleh pihak FRU dan penguatkuasa MPAJ. Mereka dipukul, ditendang dan dihambat dengan kayu. Pergelutan berlaku kerana para penduduk dan sukarelawan enggan membiarkan surau berkenaan dirobohkan. Setelah berjaya, meleraikan benteng manusia yang didirikan oleh penduduk, beberapa orang penguatkuasa MPAJ dilihat meluru ke dalam surau dengan memakai kasut but dan menendang barang-barang yang ada disamping memecahkan semua tingkap surau. Pada masa yang sama mereka menemui sekumpulan kanak-kanak dan orang dewasa yang turut berkubu didalam surau. (berita seterusnya........)

SITUASI 3:

Pahlawan BABI, mereka akhirnya berjaya menghalang pihak kerajaan bertindak ke atas mereka dan sehingga kini BABI tersebut dapat hidup aman dan damai di Paya Menkuang...

ALOR GAJAH: Operasi bersepadu bagi mengurangkan ternakan khinzir daripada lebih 100,000 ekor kepada 48,000 ekor di kawasan Bukit Beruang, Paya Mengkuang dan Man Lok di Melaka ditangguhkan petang ini apabila berlaku ketegangan diantara penternak dengan pihak berkuasa. Operasi hari ini yang membabitkan beberapa jabatan dan agensi kerajaan termasuk polis, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Jabatan Alam Sekitar dan Majlis Perbandaran Alor Gajah. Namun pada kali ini, pihak berkuasa terpaksa pulang dengan hampa apabila enam jentera pengorek yang dibawa untuk menggali lubang bagi menghapuskan babi di ladang tersebut serta enam trak polis, termasuk yang dilengkapkan dengan meriam air tidak dapat menyempurnakan tugas untuk membunuh babi-babi sepertimana yang dirancang. (baca seterusnya....)
Kulat: Terserlahnya sikap double standard pihak kerajaan BN yang masih terus berlaku zalim dan kejam terhadap rakyat. Ketiga tiga situasi ini membuktikan UMNO sanggup menganyang bangsanya sendiri demi menjaga kepentingan politiknya. Tahniah kepada penternak-pemnternak babi di Melaka yang mencatatkan satu sejarah menarik di mana kuasa rakyat adalah lebih tinggi dan bermakna dari kuasa meriam, cota, pistol, perisai dan senapang pihak berkuasa. Sekarang jelas juga kepada kita, pihak berkuasa milik kerajaan BN ini lebih gentar kepada tuntutan penternak babi dari rayuan dan rintihan rakyat marhain di Kampung Berembang dan Kampung Baru Plentong.

Khamis, 16 Oktober 2008

PENGAMPU YANG MELAMPAU 2.- KULAT DAH KATA DAH.....

Ini statement Kulat pada posting "PENGAMPU YANG MELAMPAU" yang telag dipostingkan pada 11 Oktober 2008:

"Kulat: Sependapat dengan SUKJ. Kita lihat dimana rasionalnya anugerah ini diberikan kepada pelakon bolywood ini. Apa jasa-jasanya yang telah dicurahkan untuk pembangunan dan kemajuan negeri Melaka? Apa cabang seni yang telah dia 'martabatkan'? Dondang sayang? Nazam? Joget? Ghazal? Adalah lebih baik ianya diberikan kepada artis2 di negara kita yang telah berjasa dan menaikan imej negara. Apapun kita tunggu dan lihat apa kenyataan dari pemimpin2 UMNO. . Kalau di Melaka sudah tentu menyokong tanpa berbelah bagi."

Telah Kulat katakan, pemimpin2 di Melaka akan menyokong tanpa berbelah bagi. Bulat kata pemimpinnya bulatlah kata pengikutnya. Putih, hitam, biru dan apa jua kata pemimpinnya begitulah kata pengikutnya. Jelas telahan Kulat ini ada kebenarannya apabila sebuah akhbar rasmi kerajaan negeri "Melaka Hari Ini" yang dihantar oleh kawan Kulat memaparkan berita utamanya iaitu "Gerakan Belia 4B Membidas Persatuan Seniman" (klik sini).


YB. En. Hassan Abd Rahman, ADUN Sg. Rambai & Pengerusi MIC Melaka, Datuk R Raghavan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi GB4B Malaysia, YB. En. Hassan Abdul Rahman yang juga ADUN Sg. Rambai dalam sidang medianya hari ini berkata, pertubuhan belia yang dianggotai kira-kira 300,000 ahli seluruh negara ini turut membuat pendirian menyokong penuh keputusan Kerajaan Negeri menganugerahkan DMSM kepada Shah Rukh Khan dan keputusan Kerajaan Negeri itu adalah relevan serta mempersoalkan kenapa rakyat tidak mempertikaikan apabila CEO Ferrari, John Tort menerima anugerah Dato dari kerajaan negeri Terengganu?

Kenyataan beliau itu juga disokong oleh Pengurus Bahagian Promosi Pelancongan Negeri Melaka, En. Abdullah Bakar bahawa anugerah ini membolehkan Malaysia dan Melaka dipromosikan dengan lebih meluas dalam filem Bollywood secara percuma tanpa perlu belanja berjuta-juta ringgit untuk promosi. Katanya untuk mempromosi negeri melaka, kerajaan negeri perlu memperuntukan kewangan yang banyak sedangkan peruntukan itu boleh digunakan kepada yang lebih berfaedah seperti membantu rakyat miskin di negeri Melaka. Malah kata pengurus ini lagi, penduduk India berjumlah lebih 1 billion dan dengan penganugerahan ini akan memberikan promosi percuma dalam media India yang mana Pengurus Pelancongan Negeri mMelaka ini lupa India ini adalah merupakan negara yang paling miskin di dunia.

Sokongan yang dikuatkan dan disahihkan lagi ialah dari Pengerusi MIC Melaka, Datuk R Raghavan (klik sini) yang menyatakan anugerah ini perlu dilihat daripada sudut yang lebih positif dan bukannya dari aspek negatif kerana ianya adalah selaras dengan usaha kerajaan negeri menarik pelabur dan pelancong ke negeri ini.


Kulat:
1. Sebenarnya Kulat tidak mempertikaikan apa yang telah dibuat oleh kerajaan negeri Melaka itu kerana kuasa ditangan mereka. Kalau orang lain yg bakal memimpin, belum tahu juga apa hal pulak yg akan berlaku selepas ini.
2. Logiknya anugerah ini sepatutnya diberikan kepada penerbitnya atau pengarah2 produksinya yang bertanggungjawab memilih lokasi untuk filem. SRK ini hanya menerima skrip dan melakonkan watak je serta hanya menerima arahan kat mana lokasinya berlakon. Bukan dia yang tentukan lokasi berlakon.
3. Kepada mereka yang menyokong secara terbuka (terutama seperti yang dia atas itu) maklumlah kedua-duanya belum lagi dianugerahkan Datuk, Insyaallah dengan sokongan dan kenyataan terbuka ini mereka bakal di anugerahkan Datuk. Harap bersabar.
4. Kepada Pengurus Bahagian Promosi Pelancongan Negeri Melaka, harap berhati2 membuat kenyataan yang membabi buta, kerana ianya dapat menunjukan bahawa beliau tidak membuat kerja untuk mempromosikan negeri Melaka. Nak chance free nak kerja goyang kaki je baik jangan pegang jawatan tersebut buat 'peghabis bogheh' je bayar gaji.
5. Promosi kat penduduk India yang berjumlah 1 billion supaya pelancong India datang beramai kat negara ini sedangkan dia lupa India sebuah negara yang paling miskin didunia dan rakyatnya yang datang ke negara ini pun dah ramai. Tak caya gi kat restoran2 mamak.
6. Kalau anugerah itu untuk tujuan promosi percuma lagi menjimatkan seperti yang didakwa selepas ini setiap tahun mesti diperuntukan untuk seorang pelakon dari seluruh dunia termasuk pelakon2 'Playboy'.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN