Rabu, 3 Mac 2010

BARU KENA GERTAK, TERUS TAK JADI BOIKOT

Mula-mula bukan main garang lagi. Apa nak jadi, jadilah. Mereka ahli-ahli persatuan pengimport ikan segar tetap dengan pendirian dengan mengugut akan memboikot mengimport ikan dari negara jiran. Berikutan itu, kesannya harga ikan dijangka naik mendadak di seluruh negara.
Namun begitu, Menteri Pertanian Asas Tani, Dato Noh Omar, telah mengertak kepada persatuan tersebut, jika enggan, lesen mereka akan ditarik balik dan diberikan kepada syarikat lain yg berminat.
Kemudian tetiba je, semua pengimport dan pemborong ikan hari ini dah berubah angin pulak menarik balik boikotnya tu dan bersetuju untuk menggunakan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG) secara berperingkat sehingga November ini. Persatuan pun dah mula ikut macam angin politik. Nasib baik tak ada insiden lompat melompat. Apapun yang pastinya syarikat pembekal tong KIBFG juga yg untung.

Selasa, 2 Mac 2010

SYABAS, FAIRUS MUNGKIN JADI CALON YB BN PADA PRU13


Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin kini secara rasmi telah diterima menjadi ahli UMNO di sebuah cawangan. Kepulangan beliau kepangkuan UMNO bukanlah sesuatu yg mengejutkan. Ini termasuklah beberapa lagi ahli PKR yg berbangsa Melayu, kerana mereka semua bukanlah asing lagi dengan parti Keramat tu. Ini kerana mereka sebenarnya adalah bekas2 ahli UMNO juga dulu.
Kepulangan beramai2 ahli PKR yang diramalkan ni bak orang tua2 kata ibarat "Sireh Pulang Kegagang", "Ikan Pulang Ke Lubok" dan macam2 lagi kiasan yg menjurus kepada tempat jatuh lagi dikenang. Ramai yg kata, PKR sekarang telah menunggu masa untuk rebah. Partinya dikatakan dah reput dari dalam. Sekarang ni dengar kata, ramai ahli2 PKR yg bermasalah terutama yg dah berjawatan YB. dah mula cari tempat baru.
Kalau dah bermasalah apa lagi tunggu, PRU13 sudah tentu nama dah tak naik. Lebih baik cabut, dan buat2lah isu. Pas tu, dapat pulak sokongan dari geng2 lama dalam UMNO. Buatlah statment keluar parti ramai2. Untung2 ada yg simpati, PRU13 bolehlah jadi YB dari UMNO pulak. Harap2 pemimpin2 yg keluar dari PKR seperti si Fairuz ni nanti akan menjadi YB pilihan BN pada PRU13 nanti. Tapi pemimpin lama dalam UMNO yg dah lama berangan jadi YB, macamana pulak??

Ahad, 28 Februari 2010

MB SELANGOR DAPAT KEISTIMEWAAN DALAM AKHBAR UTUSAN?



Hah haa... terkejut juga aku tengok, gambar MB Selangor bukan main besar lagi dalam iklan poster akhbar Utusan Melayu pada 26 Februari. Seperti macam tidak percaya. Aku pasti akhbar tersebut memang tidak tersilap pastekan gambar Tan Sri Khalid? Ada strategi baru ke??

Setahu aku, MB Selangor ni, memang menjadi sasaran akhbar ini untuk dijadikan sebarang isu? Baru2 ni beliau baru saja kena hentam dek akhbar penjuak ni kerana isu menurunkan poster gergasi PM oleh MPK di Kelang sempena sambutan Tahun Baru besar-besaran yang dihadiri oleh PM sendiri di Kelang. Tapi kali ni, agak ganjil sedikit, MB Selangor ni diberi keistimewaan (penuh satu muka) dalam akhbar ini bagi meraikan perayaan Chop Goh Mei di i-City, Shah Alam semalam (27 Februari).
Rata2 dari makluman yang aku terima, ramai yang musykil dengan keikhlasan dan tindakan akhbar ini. Agak jarang rasanya pemimpin2 pembangkang mendapat tempat iklan seperti ini dalam akhbar milik seteru PR ini. Kalau adapun yang tersiar hanyalah isu2 yang memberi keuntungan kepada pihak pemilik akhbar itu sendiri. Apa strateginya, hanya orang dalaman Utusan ini sahaja yang tahu. Wallahuaalam

Sabtu, 27 Februari 2010

IkutSukaAku - Isa: Terlatest: Sepol Putus Tunang...????

IkutSukaAku - Isa: Terlatest: Sepol Putus Tunang...????

WARGA KOTA YG LEBIH DAIF DARI WARGA LUAR BANDAR

Sukar dipercayai, masih ada rakyat negara ini yang hidup bergelandangan di ibu kota. Ingatkan warga Bangla yang bergelimpangan tidor di bawah jambatan, rupanya mereka adalah warga kota yang bertaraf WARGANEGARA. Ada tu siap dengan berkeluarga lagi bersama dengan anak2 yang masih kecil. Kehidupan mereka dilihat lebih daif, berbanding dengan masyarakat luar bandar walaupun hidup susah namun sekurang2nya mereka masih lagi ada tempat berteduh walaupun layak dipanggil pondok buruk dan boleh lagi mencari makan hasil dari kampung.

Apa yang paling menyedihkan yang digelar WARGAKOTA ini ialah mereka sanggup menyelongkar sampah di premis2 makanan segera untuk mengutip sisa2 makanan demi untuk mengalas perut untuk mereka, anak2 dan keluarga golongan yang tidak berumah ini. Namun bagi mereka, mungkin itu lebih baik daripada mereka melakukan kerja2 yang melanggar undang2. Itulah sebahagian kehidupan taraf WARGAKOTA. Kesiann... Wallahuaalam.

Jumaat, 26 Februari 2010

RUPANYA INDIA MUSLIM YG MENAIKAN MARTABAT ISLAM P.PINANG, BUKAN MELAYU?



Seorang bukan Melayu tidak boleh bertukar menjadi Melayu. Itu memang hakikat. Tapi hakikat yang ramai orang tak tahu ialah tentang yang mengangkat sedikit sebanyak nama orang Islam di Pulau Pinang bukanlah Melayu tetapi 'India Muslim' di sini.

Baru kita semua tahu, rupa-rupanya Pak Lah, Anwar Ibrahim, Tun Abdul Rahman Abas, Haji Abdullah Fahim, Haji Ahmad Badawi, Haji Hamdan Sheikh Tahir - dan ramai lagi tokoh Pulau Pinang yang lain - bukanlah Melayu, tetapi India Muslim belaka.

Keh keh keh... Melayu Pulau Pinang kalau gitu takleh nak banggakan sangat lambang UMNO. Mereka patut letakkan lambang KIMMA atau Perjuangan Bangsa India/Melayu Muslim semasa berdemontrasi tempoh hari. Kesiann.. lembu punya susu sapi yang dapat nama. Rupanya selama ni juga, ramai Melayu Pulau Pinang tertipu dengan demontrasi menentang Lim Guang Eng hanya semata-mata dia berbangsa Cina dengan dakwaan Ketua Menteri itu menindas bangsa Melayu di Pulau Pinang.

Namun hakikatnya Melayu Pulau Pinang memang sudah berpuluh tahun ditipu. Apa tidaknya, sejak dari dahulu lagi, Ketua Menterinya memang diperintah oleh bangsa Cina hasil dari perancangan UMNO sendiri. Apapun sambutan Maulidur Rasul di P.Pinang telahpun diadakan di sini. bersama dengan Guan Eng sekali. Adakah kehadiran Guan Eng tu juga nanti akan jadi isu umat Melayu P.Pinang?? Fikirkanlah, mana yang boleh mana yang tidak.... Wallahuaalam.

Rabu, 24 Februari 2010

HAH! INILAH BARU DIKATAKAN 5000 YG HADIR.!!



Minggu lepas, aku ada entrikan di sini isu sebuah akhbar penjuak yang rakyat menjadi HAIRAN membacanya bila melaporkan LEBIH 5000 RAKYAT KELANTAN HADIR mendengar ceramah isu berkaitan Royalti Minyak Kelantan anjuran UMNO/NGO.
Hah..! tapi yang ni pulak kalau dilihat seperti dalam gambar ni, lagi pembaca naik HAIRAN. Kenapa tidaknya, ceramah "Maulidur Rasul dan Isu-Isu Semasa" anjuran Pakatan Rakyat di Stadium Mini Pasir Mas, Kelantan semalam sekali lagi berjaya menghimpunkan ribuan audience yang hadir dari kawasan sekitar (ada juga yang datang jauh dari Gua Musang dan Kuala Krai bersama seisi keluarga) dan dianggarkan hampir 7 ke 8 ribu yang hadir di sini malam semalam . Inilah baru dikatakan kalau nak menipu pun jumlah yang hadir, gambar diatas sudah cukup membuktikannya.

Isnin, 22 Februari 2010

EKSKLUSIF: BATU PAHAT DAH KENA PAHAT SAMPAI GONDOL.

Haa.. ha... ini story memang betul-betul real punya. Dulu rakyat manyak malah sama kelajaan Malaya pasal itu PULAU BATU PUTIH terlepas kat tangan olang lain. Tapi kali ini pulak, Johor punya negeli memang BATU punya celita talak habis punya. Kali ni sebuah Daerah yang namanya BATU PAHAT memang BETUL-BETUL dah kena PAHAT. Dah sampai naik botak dibuatnya semua batu-batu yang telah diPAHAT di BATU PAHAT. Berita EKSKLUSIF ini telah disiarkan oleh TV3suku malam tadi ( klik pada vedio) 20 Februari.

Difahamkan batu-batu yang diPAHAT di Hutan Simpan Minyak Beku, luasnya lima kali ganda saiz padang bola. Fuhh yoo..!! besaunya. Tapi mereka dah lama beroperasi dan dah hampir togel kawasan batu tersebut dibawa ke negara jiran. Kerajaan negeri pula dikatakan tidak memungut cukai kira2 RM500,000 setahun hangus begitu saja. Pejabat Daerah dan Tanah Daerah pula dikatakan mengenakan caj hasil cukai tanah dengan kadar yang terlalu rendah.

Adakah isu ini diluar pengetahuan MP Batu Pahat, Y.B. Dr. Hj. Mohd Puad bin Zarkashi?? Sama-sama kita tunggu, apa kata beliau.??

Ahad, 21 Februari 2010

Berita Harian jadi HAIRAN, 500 JADI 5000??


Semalam satu Ceramah Perdana anjuran NGO Kelantan (tapi kerjasama UMNOlah jugak) berkaitan Royalti Minyak, Antara Politik atau Hakikat telah diadakan di perkarangan bangunan UMNO Kelantan di Kota Bharu.
Sebuah akhbar perdana yang rakyat menjadi HAIRAN membacanya ialah melaporkan disini LEBIH 5000 RAKYAT KELANTAN HADIR. Pehh..!! Kalau seramai itu yang hadir rasanya ianya boleh memenuhkan separuh Stadium Sultan Mohamamad. Namun malam tu, inform yang diterima, cuma lebih kurang 500 saja yang hadir. Itupun banyak lagi kerusi dan ruang-ruang yang lompong. Khabarnya juga mereka yang hadir adalah ahli2 UMNO dari seluruh bahagian/cawangan di Kelantan telah diangkut beramai2 ke ceramah tersebut.
Menurut sumber lain yang diterima, kalau dari logik akalnya mana mungkin perkarangan pejabat UMNO tersebut dapat memenuhi semua ruang legar tersebut dengan jumlah kapasiti 5000 orang? Kalau ada padang mungkinlah juga. Ramai juga pembaca BERITA HARIAN menjadi CERITA HAIRAN. Kompius! kompius!

AKHBAR PERDANA JAJA KISAH 'HOMOSEKSUAL'??



Sebuah akhbar perdana sejak kebelakangan ini semacam galaknya menceritakan kisah golongan songsang. Dalam bulan (Februari) ini saja dua rencana mengisahkan tabiat sodomi telah dikeluarkan oleh sebuah akhbar yang dikatakan paling meloyakan. Penulis ni nampaknya begitu cenderung dan prihatin dengan gejala tabiat songsang masyarakat negara ini dengan dua kali artikelnya kisah yang sama telah disiarkan di sini dan satu lagi di sini . Mengikut dari pengamatan pembaca, tindakan akhbar ini dipercayai berikutan dengan prosiding kes DSAI yang sedang berjalan sekarang.
Tindakan penulis ini mungkin ada niat yang baik untuk memberitahu masyarakat tentang bahayanya tabiat budaya gay ini yang semakin menular dalam masyarakat negara ini. Mungkin juga ada niat disebaliknya akhbar ini begitu galak menyiarkannya kisah sodomi bagi mengingatkan kepada penyokong2 DSAI betapa bahaya jika ada pemimpin yang mengamalkan budaya gay seperti dalam artikelnya.
Namun begitu, apa gunannya kalau asyik menceritakan saja bahaya tentang budaya ini, sedangkan HAKIKATNYA KERAJAAN sendiri TIDAK MEMBENDUNGNYA budaya ini yang telah lama MENULAR DI DEPAN MATA SENDIRI.??

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN