Khamis, 31 Disember 2009

SELAMAT 'BERPESTA' MALAM JUMAAT

Tinggal tidak berapa jam lagi detik-detik menghitung tepat waktu jam 12 malam bakal melabuhkan tirainya pada pagi ini dan suasana yang pastinya gamat itu akan disambut serentak oleh seluruh penghuni dunia.
Tidak ketinggalan acara majlis Yahudi itu akan disambut juga oleh rakyat negara ini yang pastinya gamat dengan sorak serta laungan 'Happy New Year 2010'. Dunia seakan bergegar dek sorakan penghuninya menyambut kedatangan tahun baru 2010.
Malam ini (malam Jumaat), Kerajaan Islam Hadhari bakal menghidang majlis tetap iaitu konsert hiburan untuk dihidangkan kepada semua rakyat Malaysia berpesta seperti di sini tak kira bangsa dan agama. Sesungguhnya yang terpalit sama ialah anak-anak bangsa Melayu yang beragama Islam akan turut sama terlonjak-lonjak mengikut rentak muzik sambil ditangan mereka memegang minuman iblis dan asap-asap rokok yang mengasyikan.
Apa yang pastinya malam ini adalah suatu majlis sambutan yang mendapat restu dari pihak berkuasa dan sesungguhnya juga mereka yang tidak berdosa terpaksa bersubahat seperti pengawal-pengawal keselamatan, anggota-anggota penguatkuasa beragama Islam yang terpaksa bertugas sehingga awal pagi mengawal pesta agar iannya terkawal.
"Ya Allah, ampunilah pemimpin2 kami, ampunilah juga mereka yang tidak berdosa yang terpaksa menjalankan tugas kewajipan mereka. Rahmatilah negara ini agar tidak Engkau turunkan bencana akibat perbuatan pemimpin2 dan segelintir rakyat negara ini" Wallahuaalam.

7 ulasan:

  1. Pub dan disko haram dibenarkan beroperasi sampai lewat malam, tapi dewan komuniti tempat kanak2 mengaji al-Quran pulak yang dirobohkan...

    http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20091231084748/Article/index_html

    Nak tunggu kena timpa bala baru nak insaf kot?

    BalasPadam
  2. salam tuan....

    moga Allah selamatkan pewaris-pewaris tanahair Malaysia...ameen.

    BalasPadam
  3. Inilah pengiktirafan Kerajaan Hadhari Islam Malaysia yang mahukan Islam itu maju dengan hiburan. Syabas pemimpin Islam Hadhari.

    BalasPadam
  4. Setahun sekali nak enjoy apa salahnya beb..

    BalasPadam
  5. Assalam wbt.
    Semuanya tahu haram halal, baik buruk ttp mengapa masih salah membuat pilihan? Kerana kita lebih fikirkan dunia drp akhirat.

    BalasPadam
  6. Salam Tok Cendawan

    Utk dptkan pahala, dgn berniat baik pon, kite dah dapat

    Senang kan tuk berbuat baik dan dpt pahala

    Tapi berbuat buruk juga yg kite suke

    Kah kah kah

    Melayu Baru, matlamat tak menhalalkan cara ye...

    Jenguk2 lah blog usang den (baru nak blaja main blog)

    http://masteryoda1983.blogspot.com

    BalasPadam
  7. salam MASTER YODA

    selamat datang ke alam BLOGGER. Semoga kita sama2 dapat meluahkan segala yg terbuku. jangan memfitnah sudah...ok. MASTERYODA akan ko blogrollkan dalam cendawan Malaya.

    BalasPadam