Isnin, 29 September 2008

UNTUK SEMUA BLOGGER........!!

To: You and Your Family
May this be a Month of inspiration filled with Imaan and Taqwa. May Allah bestow Noor and Barakah in your Life and may Allah always keep You on straight path. May the Almighty shower His choices blessings on your entire family during this month as well as the rest of the year.

Istimewa untuk semua Blogger di bawah blogroll Cendawan MALAYA. Tidak kira samada kalian semua ada hubungan 'diplomatik' dengan Cendawan MALAYA atau tidak, kalian semua tetap ku kunjungi dan menjadi sahabat Kulatlapok. Tak lupa juga kepada lain-lain blogger yang kerap mengunjungi ke titipan blog ini.

"Fikiran kadang salah anggap, Hati kadang salah menduga, Mulut kadang salah berucap, Maafkan kesilapan yang pasti ada".

Kepada semua Blogroll Cendawan MALAYA; diucapkan

"Salam Aidilfitri"

Afrar Yunus, Arah Kita, DEBAT RAKYAT, Dr. Aisar Yee, HarimauMenaip , Husin Lempoyang , Kerajaan Rakyat , Ketua Perusuh , Kuda kepang , Kuda Ranggi , Kuda Trojan , Mat Saman Kati , Melayu Angkat, Mykmu , Pemuda Pelapis , Penarik Beca , Rockybru , Sang Kelembai , Ayor Lemuju, Anak Malaysia, Minda Intelek Melayu, Bila Melayu Bersuara , Pemuda Malaysia , Pemuda Umno Malaysia , Pilihan Anda , Wacana Pasca PRU12 , Al Banjari , Aloha , Anti Khairy , Biaq Piirah , CheguBard , Harapan Malaysia, Ilham Najmi , Laman Reformasi , Lawan Tetap Lawan , Mat Comot , Nyatakan Kebenaran , OfficeBoyTkt4 , Pemuda Bukit Katil , PerakXpress , Perisik Rakyat , Pisau Toreh , Siasah, Sukj , Al Bima Sakti , Al Muslimin, Anak Muda Parlimen Batu , Cik Widuri , Direktori Blog , Faisal Tehrani , Keris Silau , Kulup Sakah , Man Helang, Motor Cabok , Perwaris Reformasi, Tak Gedebeh, UmmiAnni , Warung Pakteh .

Tak lupa masteryoda, mountdweller, mogen ali rico, m'steen guy, wan baki, cerita bonus cni, penunggu malam, one love, indraputra80, raktamritikka dan lain-lain tanpa nama yg kerap mengunjungi ke titipan Cendawan MALAYA. Insyaallah jumpa lagi selepas Aidilfitri ini...!!

22 ulasan:

  1. Salam...

    Salam Aidilfitri buat kulatlapok...

    Teman beraya di Bandar... x balik kampung.

    Tradisi kami Aidifitri kecil-kecilan,Aidiladha besar-besaran...

    Teman nak pi cari bangla... nak ajak depa beraya dirumah 1 syawal nanti.

    BalasPadam
  2. salam topengperak_xinwungi;

    Jangan lupa Bangla yg tido di bawah jambatan tu.. ajak depa sekali kesian depa.. itulah nasib perantau....!!

    BalasPadam
  3. insya-Allah... hari ni depa susah, kita tolong depa... esok2 dalam2 kita kesempitan, siapa tau jika Allah hantar depa untuk bantu kita.

    warna kulit & beza agama tak jadi masalah.

    bumi ini bukan hak kita, sekadar pinjaman... tapi kalau ada yang buat bumi ni macam pak depa yang punya...

    paham2 la kan...

    BalasPadam
  4. Selamat Hari Raya Bro..

    Dah macam kelibat Dato' K je den nengok kan..hahaha..

    BalasPadam
  5. Salam bro...

    Walaupun kita tidak ada hubungan diplomatik...tapi kita ada hubungan akal & bijak matematik...pasal tuh gomen takleh nk menipu kiter...

    Di hari mulia & bulan yang mulia..sama2 ampun & maaf di pinta,moga lebaran ini lebih beerti kepada kita rakyat marhaen di bawah ini...amin...

    Selamat Eidul Fitri,Maaf Zahir & Batin..

    BalasPadam
  6. salam blogger;

    1. Harimau-Menaip; Dato' K , manusia yg berharta, tapi den ni apo lah ado sangat... apa pun Post Harimau-Menaip boleh dikatakan saban hari kukunjungi...

    2. Aloha2; ko memang bijak Bro..!! itu pasal Blog ko tersenarai dalam Blogroll aku... syabas teruskan titipan Minda untuk rakan2 yg lain..!!

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Anakku Cendawan Melayu,

    Maaf Zahir Batin terlebih dulu sebab pandai pandai panggil kamu Cendawan Melayu pulak, saja..

    Selamat Hari Raya AidilFitri, pejam celik dah sebulan kita berPuasa.
    Bagaimana agaknya para Malaikat kiri kanan kita 'rate' Puasa wajib kita kali ini ya?

    InsyaAllah, yang terbaik disisi Allah swt.

    Apa-apa pun Selamat Menjalin SiratulRahim antara keluarga, para sahabat dan kita semua, Selamat Menjamu Selera dan Nabilah Selamat Mengumpul duit raya lepas itu suruh Ayah ibu kamu bawa pergi bank buka akaun simpanan..ha ha.

    BalasPadam
  8. kulat ar cendawan... sexy tu, apa maknanya?

    selamat hari raya

    http://aberamly.wordpress.com
    http://aberamly.wordpress.com

    BalasPadam
  9. Salam,

    Kiranya ada tersilap bicara,
    Maaf ku pohon tidak terkira,
    Dihari mulia, kita beraya,
    Sudilah singgah teratak saya,

    Selamat Hari Raya Aidilfitri
    Maaf zahir dan batin.

    Salam saya, dengan lafas Assalammualaikum
    buat saudara dan seluruh keluarga saudara.

    Ikhlas dari lubuk hati
    Mohd Sofi Yassin,

    BalasPadam
  10. salam;

    1. MAKCIK: Terima kasih atas nasihat serta persahabatan maya ini.

    2.OTAI: Terima kasih juga kunjungan sdr. Saya selalu juga ke post sdr. Ada 3 post sdr..tapi mana satu yg menjadi idaman??

    3. KERAJAAN RAKYAT: Salah satu Post yg menjadi kegemaran saya untuk disinggah. Banyak idea dan pengalaman. Insyaallah, kalu ada rumah terbuka akan singgah ketaratak tuan... antra laluan Kelang-Selatan..tak jauh....

    BalasPadam
  11. salam aidil fitri bari motor cabok... semoga ikatan blogger kita berkekalan hendaknya...

    BalasPadam
  12. salam Motor Cabok;

    semoga ikatan blogger kita berkekalan hendaknya...begitulah yg diharapkan..Insyaallah.

    BalasPadam
  13. salam..,

    Semoga Syawal ini memberi kegembiraan InsyaAllah...
    Moga menjadi manusia yang soleh/solehah InsyaAllah...
    Hati-hati bila pulang ke kampung... InsyaAllah...
    Ingatlah Allah selalu... Jaga diri dan hiasi peribadi InsyaAllah...

    Salam AidilFitri Maaf zahir & Batin buat anda sekeluarga..

    BalasPadam
  14. Makacih 'Lat kerana ingatanmu menjelang hari lebaran ini. Makacih kerana mengunjungi blog teman walaupun ianya jarang dikemaskini kerana kesibukan kerja. Teman pun ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada mike dan sahabat-sahabat pengunjung blog mike ni. Maaf zahir dan batin, samada realiti atau maya. Minal Aidin Wal Fa'izin.

    BalasPadam
  15. Salam lebaran tuk sedara cendawan...

    Maaf le klu ade la komen den kat blog ni ade wat sedara terguris...

    Balik kampung tue, berhati2 la ye...

    Klu naik kete,nagntuk,lek2 dulu..

    Klu naik motor,tiub bocor,panggil Tok Hisham Jelebu..

    Kah kah kah

    Den dah slamat sampai "kampung"....Tp tak ase ape dah....(Psl hari2 balik umah mak den....)

    Kah kah kah

    BalasPadam
  16. salam untuk:

    1. Ummianni; Terima kasih atas ingatan sdri.

    2. Ayor Lemuju; Utamakan kerja hakiki sdr dahulu, post ni untuk masa lapang aje lehlah kita kongsi bersama, ok jumpa lagi..!!

    3.Master Yoda; Terima kasih kerana hang kerap mengunjungi titipan cendawan Malaya. Hang nak komen aku ke nak kondemkan ke aku x kisah, yg penting kekadang yg kondem itu datangnya nasihat dan idea yang membina...trima kasih.

    BalasPadam
  17. Salam sdra
    Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu, salam Eidul Fitri dan maaf zahir batin dari saya dan sekeluarga.

    BalasPadam
  18. Selamat Hari raya, brader. Dalam dunia blog ini, tak perlu visa, tak perlu passport dan tak perlu hubungan diplomatik.

    We are all brothers and sisters.

    BalasPadam
  19. salam Mat Saman Kati;

    Terima kasih atas komen sdr. Salam Aidilfitri.

    BalasPadam
  20. salam Tuan Afrar;

    Teima kasih, salam bermaaf2an anatara kita sambil membina ukhwah umat Islam terutama di Malaya ini.

    BalasPadam
  21. Salam encik Kulatlapok

    Terkejut sungguh bila nama cikwiduri ade kat list diplomatik tue. Seronok sungguh rasanya bila dapat kawan bloger baru.

    Papehal pon...cikwiduri ucapkan Selamat Haghi Ghayo kepada empunya blog nie dan rakan-rakan bloger sekalian.

    Buat la perjumpaan pertama rakan diplomatik kulatlapok. Ble lah cikwiduri join. Hehehehe...

    BalasPadam
  22. salam Cikwiduri;

    Kulat ni suka tumbuh melata, apa saja blog yang melintas, kulat ni akan on klik... tengok blog menarik pasti jadi blogroll cendawan malaya, 'Salam Aidilfitri'
    semoga bergembira di bulan Syawal..

    BalasPadam